*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di kirimkan semula atas permintaan.

> ****** Original Message ******
> From: mohamad <[EMAIL PROTECTED]>
> >saya sangat berbesar hati jika saudara/i dlm net ni
> >dapat cadangkan universiti yang sesuai berdasarkan 
> >pengalaman saudara/i terutama dari segi kehidupan sosial
> >dan akademiknya. Saya bercadang akan pergi kesana 
> >bersama isteri dan anak2.

> -----Original Message-----
> From: [EMAIL PROTECTED]
> To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], > <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Tue, 15 May 2001 10:15:11 -0400
> Subject: Re: Re: H-Net* Tanya pasal U di USA...
>
>Assalamu'alaikum,
>Lupa nak cakap benda yang amat penting dari kacamata Islam-
>Ada dua masjid di Knoxville. Sebuah masjid kecil dekat 
>Knoxville College (kolej kecil di Knoxville) dan sebuah 
>masjid utama berdekatan Uni. of Tennessee. Masjid utama 
>agak besar setelah masyarakat Islam menabung dan berusaha 
>membinanya selama lebih 5 tahun. Ianya siap pada tahun 
>1992.
>
>Namun, pada masa solat Aidil Fitri, biasanya diadakan di 
>padang terbuka sebagai mengambil sunnah.
>
>Setiap beberapa tahun, masyarakat Islam akan memilih AJK 
>baru dan president baru.
>
>Wassalam.
>****** Original Message ******
>From: [EMAIL PROTECTED]
>Sent: Tue 05/15/2001 10:06 AM
>To: [EMAIL PROTECTED], <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: Re: H-Net* Tanya pasal U di USA...

>>Assalamu'alaikum,
>>Saya nak cerita sikit fasal Univ. of Tennessee, Knoxville.
>>
>>Ianya terletak di negeri Tennessee, USA (southern).
>>
>>
>>
>>Saya tak bolehlah nak kata samada mass com program dia ok
>>atau tidak. Sebab saya dulu bukan jurusan itu, tetapi
>>engineering. Tapi memang ada program mass. com. Di UTK, 
>>boleh dikatakan semua jurusan ditawarkan termasuk Nuclear
>>Engineering, Agriculture Eng, Accounting, Architecture, 
>>dan lain-lain. Kalau tak silap, dulu ada juga student
>>Melayu yang buat mass com. Malangnya saya dah lost contact.
>>
>> 
>>
>>UTK ni kalau di Tenessee kira U terbesar. Selain di Knoxville,
>>ada beberapa cawangan lagi di bandar-bandar Tennessee lain.
>>Sebab state-funded, yuran pun murah sikit berbanding U swasta.
>>UTK diasaskan sejak tahun 1879. 
>>
>>Knoxville merupakan sebuah bandar ketiga terbesar di Tennessee
>>selepas Memphis dan Nashville. Bagi saya, ianya amat baik untuk
>>kita tinggal. Cuanyanya taklah sejuk sangat. Musim saljinya
>>adalah setebal setengah inci sahaja. 
>>
>>Bandarnya taklah sebesar KL atau Penang. Mungkin sebesar Alor
>>Setar. Kalau tak silap, ada 300 ribu penduduk. Masyarakat Islam
>>juga agak ramai. Masa saya di sana, saya anggar mungkin ada
>>dalam 600 orang penganut Islam dari berbagai bangsa termasuklah
>>African-American Muslim. Ada pendatang dari Pakistan, India,
>>Mesir, Palestin, Syria, Yaman, dan lain-lain yang kerja sebagai
>>doktor dan jurutera. 
>>
>>Melayu dan Chinese Malaysian pun ramai (dulu ler sebelum duit
>>jatuh). Tahun 1993, ada seramai 70 orang Melayu dan mungkin
>>dalam 100 orang Chinese Malaysians. Student Indonesia adalah
>>seramai 30 orang, mostly buat Master.
>>
>>Disebabkan Knoxville ni bandarnya sederhana besar, sara hidup
>>pun murahlah. Pada tahun 1993, sewa apartment saya (satu bilik
>>antara US150-250 sahaja. Jika tinggal 4 orang, baru US75
>>sorang.
>>
>>Nak beli makanan halal pun senang. Ada sebuah kedai orang
>>Pakistan yang menjual ayam dan daging halal dan lain-lain
>>keperluan dapur. Nak cari barang-barang spt kicap atau Maggi
>>Mee, ada dijual di kedai runcit orang Cina. Dulu, ada 3 buah
>>kedai sebegitu.
>>
>>Satu lagi- kalau kaki pancing, banyak tempat boleh 
>>memancing spt di tasik-tasik, empangan dan sungai-sungai.
>>
>>Selain itu, kira-kira 50 KM dari Knoxville terdapat taman
>>negara Smokey Mountain National Parks. Kita boleh drive 
>>through park ni untuk sight seeing melihat keindahan alam
>>dan peninggalan sejarah penduduk awal Amerika. Dekat 
>>dengan Smokey Mountain, ada pula sebuah bandar peranginan
>>Gatlinburg. Disitu, ada bermacam-macam tenpat menarik 
>>boleh dilawati termasuk menaiki kabel car ke puncak bukit
>>Untuk melihat keindahan alam. Kira-kira 100 KM dari 
>>Knoxville pula, ada Chattanoga. Disitu ada sebuah 
>>akuarium air tawar terbesar di US atau di'dunia'?
>>
>>Begitulah sedikit sebanyak mengenai Univ of Tennessee, dan
>>bandar KnoxvilleTapi, ini berdasarkan apa yang saya rasai di
>>tahun 1987 hingga 1993 ler.
>>
>>Saya amat rekomenkan sesiapa juga untuk study di sana. Jika
>>diberi peluang buat Master di US, saya akan kembali ke
>>Knoxville.
>>
>>Maklumat lanjut di http://www.utk.edu
>>
>>Center for International Student: http://web.utk.edu/~globe/
>>
>>Alamat Muslim student's Association: http://web.utk.edu/~msa/
>>
>>Satu link ke akhbar Knoxville:
>>
>>http://knoxville.com
>>
>>Wassalam.

>>Subject: H-Net* Tanya pasal U di USA...


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke