Hadi tokoh ke tujuh paling berpengaruh di Asia. Mahathir ketinggalan di tangga ke 39
Oleh Mohsin Abdullah

KUALA LUMPUR, Mei 27 (Hrkh) - Menteri Besar Terengganu Haji Awang dilihat oleh majalah antarabangsa Asiaweek sebagai seorang tokoh yang "melakukan apa yang disarankan".

Dan kekuatan Haji Hadi menurut Asiaweek ialah - sifatnya sederhana, berakhlak, penyayang dan merendah diri. Semua itu kata majalah itu lagi ialah "asas utama Islam".

"Beliau buat apa yang beliau sarankan, memilih untuk tinggal di rumah kampung tempat beliau dibesarkan daripada tinggal di kediaman rasmi Menteri Besar", kata Asiaweek.

Bagi ramai golongan pengundi Melayu yang kecewa dengan kronisme, rasuah dan kekalutan materialisme teladan yang ditunjukkan oleh Haji Hadi "lebih jelas daripada apa apa perkataaan".

Asiaweek akui "pihak lawan menggambarkan Haji Hadi sebagai seorang yang merbahaya yang bertekad untuk menyembunyikan wanita dibelakang kelubung, mengharamkan arak, karaoke, judi dan semua bentuk keriangan yang berunsur keruntuhan moral".

Namun kata Asiaweek "golongan yang kerap menyerang Haji Hadi di media yang dikuasai kerajaan pun perlu berwaspada". Ini kerana kemahuan pengundi masih "menghantui" Perdana Menteri. Sambil menyifatkan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang "sekular yang kuat" Asiaweek berpendapat Perdana Menteri sedang berusaha gigih untuk membawa Umno menghampiri iklim negara yang pro Islam.

Bagi Asiaweek itu semua menguntungkan PAS. Parti itu kata mereka "hanya mempunyai sedikit peluang untuk merampas kuasa yang dicengkam oleh Umno selama 43 tahun pada pilihanraya akan datang pada tahun 2004.

"Dan jika PAS berjaya Haji Hadi tentulah pilihan mereka", kata Asiaweek. Berdasarkan pandangan itu Asiaweek memilih Haji Hadi menduduki tangga ketujuh senarai tokoh paling berpengaruh rantau ini untuk tahun ini.

Setiap tahun Asiaweek menyenaraikan 50 tokoh paling berpengaruh dan tahun ini kriteria pemilihan ialah tokoh yang "pada pandangan kami bukan sahaja mengubah wajah Asia tetapi juga jiwa dan raga rantau ini".

Senarai yang dinamakan Power 50 <http://www.asiaweek.com/asiaweek/features/power50.2001/toc.html> itu disiarkan dalam keluaran terbaru Asiaweek dan juga dilaman webnya

Asiaweek melihat rantau ini sekarang berubah dengan pesat berikutan ledakan teknologi. "Pemimpin Asia dulu hanya memberi arahan. Si ayah tidak mahu berbincang dengan anak ketika menggariskan peraturan dan tidak mahu menjelaskan mengapa sesuatu perkara tidak boleh dilakukan".

"Pemerintah pula memberi arahan apa yang perlu rakyat lakukan." kata Asiaweek. Semua itu berubah di rantau ini sekarang, kata Asiaweek."

Warga Asia kini bangkit dan perkembangan teknologi meruntuhkan fahaman lama itu". Mungkin berdasarkan itu,Asiaweek menempatkan Dr Mahathir pada tangga ke 39, jauh dibelakang tokoh lain.

Disenaraikan di tempat pertama ialah pemimpin Falungong, Li Hongzhi yang pada pandangan Asiaweek telah berjaya membina "satu pergerakan dengan keahlian berjuta juta orang dalam masa singkat sembilan tahun", sesuatu yang membinggungkan China.

"Walaupun Beijing dengan dasar kejamnya cuba menghancurkan pergerakan itu, ahli pergerakan itu berkembang dengan menggunakan teknologi audio dan kaset".

Bagi Dr Mahathir pula,Asiaweek berpendapat Perdana Menteri berusia 75 tahun yang menguasai kepimpinan Malaysia selama dua dekad itu tidak boleh diketepikan "sama ada kita suka atau benci beliau".

Ini kerana Dr Mahathir telah mengawal selia perkembangan ekonomi negara ini dan berjaya mendahului musuh poltiknya.

"Tapi sejak kebelakangan ini tanda tanda kelemahan sudah timbul. Pemecatan dan hukum penjara bekas timbalannya Anwar Ibrahim telah memberi nafas baru kepada penentangan terhadapnya.

Malah ada ahli partinya sendiri pun yang melihatnya sebagai halangan kepada perubahan", menurut Asiaweek.

"Walaupun Mahathir berkata beliau mahu membina satu malaysia yang moden generasi muda negara menganggap beliau sebagai ketinggalan zaman", kata majalah itu lagi. Pun begitu kata Asiweek, Mahathir kerap membuktikan kemampuan sebagai seorang yang licik dalam mempertahankan kedudukannya.

"Musuh politik beliau tidak boleh memandang perkara ini enteng. Sekurang kurangnya buat waktu ini", kata Asiaweek.

Kedudukan Mahathir di tangga ke 39 meletakkan beliau dibelakang presiden Filipina yang singkirkan Joseph Estrada. Mungkin lebih memeritkan beliau ialah beliau turut "dikalahkan' oleh pengasas Malaysiakini.com, Steven Gan dan Premesh Chandran.

Pedih kerana akhbar internet Malaysia itu tidak disenangi oleh kerajaan khususnya Dr Mahathir sendiri.

Namun ada juga penawar untuk beliau. Perdana Menteri berjaya menewaskan 11 tokoh lain. Mereka termasuk bekas wakil malaysia ke Pertubuhan Badan Bangsa Bangsa Bersatu Tan Sri Razali Ismail yang menduduki satu tangga dibawah.

Dan Dr Mahathir juga menewaskan penyanyi seksi Coco Lee yang menduduki tempat ke 42.

Comments ? E-mail Us <mailto:[EMAIL PROTECTED]>



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions $2 Million Sweepstakes - Got something to sell?

Kirim email ke