KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Pemuda PAS akan meminta kebenaran Kementerian
Pendidikan untuk membuka kaunter pendaftaran keahliannya sebagaimana yang
dibuat oleh Puteri Umno di kampus-kampus sekarang.
Ketuanya, Mahfuz Omar berkata, "Pemuda PAS akan bersama-sama ke kampus
semasa sessi pendaftaran pelajar di kampus bagi sama-sama meningkatkan
kesedaran politik di kelangan pelajar. "Jika Puteri Umno boleh, mengapa
tidak Pemuda PAS," kata Mahfuz kepada Harakah.
Semasa pendaftaran pelajar-pelajar baru di universiti tempatan baru-baru
ini, Puteri Umno mengambil kesempatan dengan pendaftaran pelajar-pelajar
baru dengan membuka kaunter pendaftaran mereka.
Malah ada pelajar mendedahkan, pertubuhan itu didakwa memaksa
pelajar-pelajar baru dengan pelbagai ugutan termasuk menghalang daripada
mendapat pinjaman sekiranya enggan menyertai pertubuhan tersebut.
Selain itu, pelajar perempuan yang enggan mengisi borang Puteri Umno
kemungkinan besar ! tidak dapat tinggal di kolej kediaman pelajar.
Sementara itu, pemberita Harakah melaporkan dari KUALA KRAI, seorang pelajar
yang baru mendaftar di sebuah IPTA di Kuala Lumpur, Zakiah Mohamad berkata,
kehadiran Puteri Umno pada sesi pendaftaran menyebabkan suasana menjadi
kelam kabut.
Katanya, ada pelajar yang mengambil keputusan enggan melaporkan diri kerana
kecewa dengan tekanan dikenakan petugas-petugas dari Puteri Umno.
Beliau yang kebetulan pulang ke sini untuk menemui anggota keluarga yang
sakit berkata, keadaan seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana
universiti adalah tempat pelajar menimba ilmu dan bukan badan politik.
"Saya cukup hairan bagaimana pihak pentadbiran universiti boleh membenarkan
pihak yang kaitan dengan Puteri Umno menjadi 'tukang sibuk' pada sesi
pendaftaran pelajar, baru-baru ini.
"Puteri Umno bukan badan bebas dan ia adalah jelas sayap kepada Umno dan
mengapa harus dibiarkan bergerak tanpa sebarang kawa! lan di kampus-kampus,"
katanya kesal.
Puteri Umno adalah sebuah badan baru yang diwujudkan untuk menarik minat
golongan muda mendekati parti tersebut. Ketua Penaja di peringkat pusat
sekarang iaitu seorang peguam, Azalina Othman.
Penubuhan Puteri Umno di peringkat negeri sekarang sedang dijalankan, malah
gerakan mendaftar ahli-ahli dijalankan dengan masuk dan keluar kampung.
Sehingga kini tidak ramai gadis-gadis yang berminat dengan perjuangan
pertubuhan itu, melainkan mereka yang berkepentingan sesuatu termasuk
mendapat pekerjaan di jabatan kerajaan dan seorang dua artis.
Biarpun baru ditubuh konflik dalaman dengan Wanita Umno sudah kelihatan
apabila ketua Pergerakan Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz dilaporkan
sudah mengingatkan Puteri Umno tidak menubuh sayapnya di peringkat cawangan,
di kampung-kampung.
Sementara itu, pelajar-pelajar universiti tidak senang dengan kehadiran ahli
jawatankuasa Puteri Umno yang mengganggu pelaj! ar dengan mengedar borang
keahlian di kampus-kampus.
Orang ramai tidak berpuas hati dengan pentadbiran universiti yang
membenarkan Umno memasuki kawasan kampus bagi menarik simpati pelajar.
Seorang guru, Daud Kamarudin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sering
sering menuduh parti pembangkang menghasut pelajar, sedangkan hakikatnya
parti itu sendiri yang memainkan peranan sedemikian.
Husin Kamal, 49 seorang kakitangan kerajaan di sini memberitahu Umno sudah
terlalu terdesak untuk mendapat sokongan rakyat, sehingga menggunakan taktik
halus melalui Puteri Umno yang menyinap masuk ke kampus-kampus.
Oleh itu, beliau menasihatkan pelajar tidak mudah terpengaruh dengan
pelbagai janji manis mana-mana wakil dari Umno ketika berada di kampung
kerana perjuangan parti itu jelas sudah bankrap.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE! .ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions $2 Million Sweepstakes - Got something to sell?

Kirim email ke