*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

> -----Original Message-----
> From: "Ramli Rahim" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> Sent: Wed, 06 Jun 2001 06:33:46 
> Subject: [ADIL-Net] Fwd: RE: Re: [fikrah] Politik Islam
>
>Salam,
>
>Di Malaysia ada golongan yang lurus bendul, nampak politik PAS-UMNO 
>semata-mata. Kedua-dua puak akan bertegang urat mempertahankan aspirasi 
>perjuangan mereka. Jangan tanya orang UMNO, mereka tak akan menghayati 
>perjuangan Hassan Al-Banna, Abdul Kadir Audah, Hassan Al-Banna, Sayyid Saki
>t 
>Arsalan, Abdul Bahi, Muhammad Abduh, Sayyid Qutb, Ibnu Rusyd, Muhammad 
>Redha, Jamaluddin Al-Afghani, Fathy Yakan, Umar Telmansani....
>
>Ramli Abdul Rahim
>
>
>>From: Ahmad Mustafa <[EMAIL PROTECTED]>
>>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: RE: Re: [fikrah] Politik Islam
>>Date: Tue, 5 Jun 2001 09:27:50 -0700 (PDT)
>>
>>Waalailkumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
>>
>>Meluruskan definisi politik.
>>
>>Bila berbicara tentang politik Islam, perhatian umat
>>Islam lebih memfokuskan soal politik setakat satu
>>parti melawan parti lain untuk menang dalam
>>pilihanraya. Kemudian dengan kuasa majoriti ini, Umat
>>Islam memerintah dan Negara tersebut menjadi Negara
>>Islam. Kenaifan umat Islam dalam memikirkan soal
>>politik Islam menjadikan kenapa umat Islam dikalahkan
>>oleh ideologi asing. Bila memperkatakan istilah
>>politik, umat Islam hanya memikirkan buku-buku
>>karangan barat, contoh “The Prince”, “The End of the
>>History”. Mereka lupa khazanah politik umat Islam
>>seperti Kitab Ahkam AsSulthaniah dan Siyasah Syariah
>>dan lain-lain lagi. Jadilah mereka orang yang
>>meletakkan politik Islam menurut perspektif politik
>>barat dan kemudian di‘adjust’ supaya menjadi politik
>>Islam. Maka tidak hairanlah bila ada seorang bekas
>>‘politikus’ memfatwakan sesuatu yang asing menggunakan
>>kerangka politik Barat, bukannya politik Islam.
>>Penerapan politik “matlamat menghalalkan cara” menjadi
>>sandaran kepada politikus Islam samada ia sedar atau
>>tidak sedar. Lihat sahaja fatwa secara ringkasnya
>>“TIDAK MENGAPA MENYERTAI MANA-MANA PERTUBUHAN ...YANG
>>PENTING KITA BAWA ISLAM”.
>>
>>Tiga golongan dari kalangan umat Islam yang mempunyai
>>pandangan politik masing-masing :
>>
>>i)    Dalam Islam tidak ada politik, politik itu kotor.
>>ii)   Soal dunia, kita banyak belajar dari barat,
>>kemudian kita sesauikan dengan Islam.
>>iii)  Islam adalah way of life, maka disitu ada urusan
>>politik, ekonomi dan sosial.
>>
>>Perpecahan  ini terjadi kerana umat Islam memisahkan
>>politik dengan hukum-hakam syarak.  Sehingga aktiviti
>>politik mereka lebih mencerminkan definisi yang dibuat
>>oleh para pakar politik Barat yang cenderung membatasi
>>politik hanya pada usaha merebut dan mempertahankan
>>kekuasaan. Robson sebagaimana dikutip Miriam Budiarjo
>>(lihat Asas-asas Ilmu Politik) mengatakan:
>>
>>“…Fokus perhatian sarjana ilmu politik itu …tertuju
>>pada perjuangan untuk mencapai atau mempertahankan
>>kekuasaan, melaksanakan kekuasaan atau pengaruh atas
>>orang lain, atau menentang pelaksanaan kekuasaan itu”.
>>
>>Tatkala para aktivis politik yang menjalankan definisi
>>tersebut adalah orang-orang yang fasik dan jahat,
>>bahkan memiliki paradigma bahwa politik itu sesuatu
>>yang kotor, menganut fahaman Machiaveli, yakni tujuan
>>membolehkan segala cara, dan aktiviti politik itu tak
>>ada hubungannya dengan agama, aktiviti politik itu
>>adalah aktiviti keduniaan.
>>
>>Siyasah atau Politik dalam Hadis
>>
>>Persoalan yang kedua ialah adakah Rasulullah pernah
>>menggunakan istilah “politik atau siyasah”, supaya
>>senang kita mendefinisikan biarlah sesuai dengan
>>Al-Quran dan Sunnah.
>>Di dalam sebuah hadis Riwayat Muslim Rasulullah ada
>>bersabda;
>>
>>"Dahulu Bani Israel urusan mereka dipimpin (TASUSU)
>>oleh para nabi. Apabila para nabi itu telah wafat,
>>mereka digantikan oleh nabi yang baru. Sedangkan
>>setelahku, tidak ada lag seorang nabi, dan akan ada
>>khalifah yang banyak., maka sempurnakanlah baiat yang
>>pertama, maka yang awal”
>>(Muslim, Sahih, bab Imarah, hadith no. 3429,
>>al-Bukhari, Sahih, bab Ahadith al-Anbiya’, hadith no.
>>3196. Keduanya bersumber dari Abu Hurairah.)
>>
>>Kata politik dalam bahasa Arab masdar SASA – YASUSU-
>>SIASATAN. Politik menurut makna bahasa adalah
>>pemeliharaan kepentingan. Dalam kamus Al-Muhith
>>dikatakan Sustu Ar Ra’iyata Siyasatan, Ai Amartuha Wa
>>Nahaituha, Ar Rai’tu Syu’unaha Bil Awamir Wa Nawahi
>>[Aku memimpin rakyat dengan sungguh-sungguh, atau aku
>>memerintah dan melarangnya, atau aku menguruskan
>>urusan mereka dengan perintah dan larangan-larangan
>>tertentu]
>>
>>Mafhum Hadis: Politik pada zaman sebelum kedatangan
>>Rasulullah dikendalikan oleh Nabi-nabi, kemudian pada
>>masa Rasulullah baginda Saw sendiri yang menjaganya,
>>kemudian urusan ini diambil alih oleh khalifah, atau
>>dengan nama lain Imam atau Amirul Mukminin. Yang mana
>>dalam hadis lain bahawa Imam ini adalah Ra’in
>>(penjaga). Dari berbagai hadis yang menerangkan tugas
>>khalifah iaitu pemimpin politik umat Islam selepas
>>Rasulullah.
>>
>>Dari pelbagai hadis ini maka dapatlah dibuat
>>kesimpulan definisi politik yang benar ialah mengurusi
>>urusan umat Islam dengan menerapkan hukum Islam dalam
>>Negara dan luar negara. (Buku Islam Politik dan
>>Spritual, Hafidz Abdrrahman ms 264).
>>
>>Kesimpulan
>>
>>Definisi politik dan aktiviti politik telah diajarkan
>>oleh Islam sejak lama dulu, maka setiap perbincangan
>>berkaitan politik hendaklah dirujuk kepada fikrah
>>politik Islam. Bukannya kepada politikus yang telah
>>dikembiri oleh fikrah politik ala Machiaveli, (ends
>>justify means)...
>>
>>Bersambung Insya Allah.Dengan isu – dalil penubuhan
>>parti politik, larangan dalam jemaah yang tidak
>>berasaskan Islam dan sebagainya.
>>
>>
>>--- jaharo jamal <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>> > A(l)ssalaamu-'aalaaikum.
>> >
>> > CATATAN: [Sila lihat attachment hanya sekiranya
>> > posting saya ini tdak sampai
>> > selengkapnya dengan diakhiri tanda <<< emjeijei >>>
>> > ]
>> >
>> > Soalan: Siapa Nakhai atau siapa Nik Aziz atau siapa
>> > Mahadir?
>> >
>> > Jawapan saya: Mereka semua manusia ... seperti saya
>> > dan tuan-tuan. Siapa
>> > diantara kita yang beriman dengan benar kepada
>> > Allaah SWT mengikuti jalan
>> > Rasulu-(A)llaah SAW dan Sahabat RA maka semuanya
>> > Islam dan bersaudara.
>> >
>> > Sebagai manusia biasa niscaya kita terdedah kepada
>> > kesalahan dan kesilapan.
>> > Semalam kita ada buat silap. Hari ini kita mungkin
>> > sedang buat silap. Esok
>> > pun mungkin kita buat silap juga. Setiap kita harus
>> > berlapang dada dan
>> > bersikap terbuka.
>> >
>> > Setiap individu sangat perlu untuk muhasabah diri
>> > sendiri dan bukan
>> > muhasabah diri orang lain. Muhasabah diri sendiri
>> > ini pun bukan semudah yang
>> > kita ucapkan. Seringkali kita gagal mengenalpasti
>> > kesilapan dan kesalahan
>> > diri sendiri. Lazimnya kita hanya nampak kebenaran
>> > dari sudut pandangan
>> > kita. Benar disana ada Alqur_an dan A(l)ssunnah
>> > untuk digunakan sebagai
>> > wazan tetapi kadangkala atas kelemahan kita maka
>> > kita telah melihatnya
>> > menurut tafsiran yang salah.
>> >
>> > Justeru itu kita kena mohon bantuan langsung dari
>> > Allaah SWT sentiasa supaya
>> > dilorongkannya kita di atas jalan yang benar dan
>> > dapat melihat sesuatu
>> > perkara menurut perspektif yang Allaah SWT redha.
>> > Tanpa bantuan Allaah SWT
>> > kita akan melihat sesuatu menurut perspektif akal
>> > dan nafsu kita.
>> > Allaahumma-(i)hfazna! Sekira mana Allaah biarkan
>> > kita mengurus diri dan
>> > kehidupan kita sendiri ... niscaya kalangkabutlah
>> > diri dan kehidupan kita
>> > ... gagal total!
>> >
>> > Apakah kita mampu memperbetulkan semalam kita? Kita
>> > sangat perlu menoleh ke
>> > hari semalam untuk menilik salah silap diri namun
>> > pembetulan hanya
>> > insyaa-Allaah boleh dilaksanakan hari ini atau esok!
>> > Selagi hayat dikandung
>> > badan dan nyawa belum melepasi halqum maka di sana
>> > insyaa-Allaah masih
>> > terbuka ruang untuk bertaubat dan memperbetulkan
>> > sekurang-kurangnya
>> > diperingkat iman dan fikir walau pun amalinya sudah
>> > terlewat!
>> >
>> > Dalam pada kita memperbetulkan dan mempertingkatkan
>> > diri; apakah tidak perlu
>> > kita menoleh ke kiri, kanan, hadapan dan belakang?
>> > Siapa dihadapan kita,
>> > siapa di sisi kita dan siapa di belakang kita?
>> > Bukankah kita kena saling
>> > bantu membantu dalam hal kebajikan dan taqwa dan
>> > usaha meghalang-halangi
>> > keburukan dan permusuhan? Pastinya jika yang
>> > dihadapan tersilap kita kena
>> > ingatkan; begitu juga yang di sisi dan di belakang;
>> > begitu juga jika mereka
>> > pula yang tegur kesilapan kita. Pastinya jika yang
>> > dihadapan buat silap dan
>> > tak mahu diperbetulkan maka kita ganti saja dengan
>> > orang lain atau kita ada
>> > pilihan untuk ikut kumpulan lain! Jika tidak kita
>> > sama pun akan menerima
>> > bahana dari kesilapan orang yang di hadapan kita
>> > itu! Kita jadi orang di
>> > belakang pun tak boleh main angguk kepala sahaja!
>> > Manakala jika yang
>> > dibelakang buat silap dalam mengemudi gerakan
>> > tentulah perlu ditegur ...
>> > jika tak boleh ditegur terpaksa ganti orang lain
>> > juga ... jika tidak bahana
>> > datang dari belakang pula!
>> >
>> > Soalan: Apakah politik Islam yang sebenarnya?
>> >
>> > Jawapan saya: Ini suatu persoalan penting dan orang
>> > yang dhaif seperti saya
>> > sebenarnya kurang kemampuan untuk menjawabnya! Walau
>> > bagaimana pun marilah
>> > kita lihat kepada fikir Rasulu-(A)llaah SAW dan
>> > fikir nabi-nabi yang sebelum
>> > daripadanya. Apakah asas rangka pemikiran mereka?
>> > Apakah ciri-ciri keutamaan
>> > akhlak dan kedudukan mereka?
>> >
>> > Kita lihat dari Nabi Adam AS ... saya yang dhaif ini
>> > tidak pernah dengar
>> > sebarang hadith atau athar yang kononnya dia
>> > melantik diri dia jadi raja
>> > atau pemerintah mana-mana bahagian dunia ini! Nabi
>> > Nuh AS pun begitu juga!
>> > Please correct me if I'm wrong! Nabi Musa yang
>> > terkenal gagah perkasa pun
>> > tidak diceritakan sebagai bercita-cita menumbangkan
>> > kerajaan Firaun supaya
>> > dia dilantik menjadi pemerintah! Nabi Ibrahim yang
>> > diselamatkan Allaah SWT
>> > dari api yang disejukkan dan disejahterakan pun tak
>> > pernah claimed nak ganti
>> > Namrud! Siapa lagi? Nabi Daud AS! Dia jadi raja dari
>> > proses pilihan dan
>> > bukan kehendak! Nabi Sulaiman AS pula mewarisi
>> > kerajaan! Nabi Yusof AS
>> > melalui lantikan! Nabi Muhammad memilih untuk
>> > menjadi hamba Allaah SWT yang
>> > lapar sehari dan kenyang sehari! Tidak juga saya
>> > temui satu statement sirah
>> > yang mencatatkan bahawa Rasulu-(A)llaah ditabalkan
>> > jadi Raja Arab!
>> >
>> > Kita lihat pula dalam sirah Sahabat RA! Setakat yang
>> > saya belajar masa
>> > sekolah rendah dan melalui pembacaan atas kita-kitab
>> > sirah ... Abu Bakar RA
>> > pun tidak lobby Sahabat lain supaya lantik dia jadi
>> > Amiru-(a)lmu'minin!
>> > Bagimana pula lantikan Umar RA sebagai
>> > Amiru-(a)lmu'minin ... tidakkah ianya
>> > beasaskan pilhan Abu Bakar RA! Othman RA pula
>> > dilantik atas pilihan Syura
>> > Sahabat yang dipilih oleh Umar RA! Ali RA pula
>> > dilantik dalam keadaan
>> > kecamuk atas keutamaan-keutamaan peribadi beliau!
>> > Once again ... please do
>> > correct me if i'm wrong!
>> >
>> > Adakah saya mengeluarkan ungkapan ralat sekiranya
>> > saya menafikan bahawa
>> > politik Islam sebenarnya bukan politik untuk untuk
>> > jadi pemerintah seperti
>> > yang dipolitikkan sekarang! Apa yang saya nampak
>> > seperti yang dimaklumkan
>> > oleh elders dan tuan-tuan guru yang memberi kuliah
>> > ... politik Islam adalah
>> > sangat luas dan murni! Ianya bukan sekedar politik
>> > local atau politik region
>> > atau politik international ... tetapi ianya
>> > merangkumi politik dunia dan
>> > akhirat! Politik Islam adalah politik untuk membawa
>> > manusia kepada tauhid
>> > bagi menyelamatkan manusia dalam kehidupan dunia
>> > (ie. sehinggalah ke hari
>> > kiamat) dan kehidupan akhirat! Politik Islam adalah
>> > politik untuk menegakkan
>> > hukum Allaah SWT dalam setiap diri ... setiap
>> > keluarga ... setiap kampong
>> > dan desa ... setiap negeri ... seiap region ...
>> > dunia ... hari ini ... esok
>> > ... tulat! Poltik Islam adalah politik menyebarkan
>> > Iman ... Yakin ...
>> > Sunnah!
>> >
>> > Politik Islam bukanlah politik untuk memperolehi
>> > kuasa pemerintah ... bukan
>> > juga untuk memperolehi projek dan kekayaan ... bukan
>> > juga untuk membangun
>> > material ... bukan juga untuk memperolehi
>> > kemasyhoran dan popularity! Ini
>> > semua politik Julius Ceaser ... politik Napoleon
>> > Bonaparte ... politik
>> > George Washington ... politik Karl Mark! Politik
>> > Islam sepatutnya tidak
>> > seperti politik mereka ... bimbang kalau kita
>> > berpolitik sama seperti mereka
>> > maka kita pun akan dibangkitkan sama dengan mereka
>> > (na'uzu-bi-(A)llaahi-min-zaalik)!
>> >
>> > Namun begitu kekuasaan pemerintah adalah keperluan!
>> > Begitu juga kekayaan
>> > material dan pembangunan ... semua ini keperluan!
>> > Ambil jika manfaat dan
>> > tinggal bila mudharat! Dan semua keperluan ini
>> > sebenarnya adalah ujian dan
>> > amanah yang perlu ditangani mengikut hukum Allaah
>> > SWT! Setiap kita akan
>> > ditanya dan diminta pertanggungjawaban keatas setiap
>> > satu daripadanya!
>> >
>> > wa-(A)llaahu-aa'lam.
>> >
>> >
>>
>>
>>__________________________________________________
>>Do You Yahoo!?
>>Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35
>>a year!  http://personal.mail.yahoo.com/
>>
>>
>>Sila lawati website berikut:
>>
>>Kredibiliti adalah diutamakan.
>>
>>1. http://www.senarai.com
>>2. http://www.fatwa.tsx.org
>>3. http://www.americanmuslim.org
>>4. http://www.al-banna.net
>>5. http://www.qaradawi.net
>>6. http://leb.net/pipermail/lexington-net/2000-April/001974.html
>>(The Evils of Bid'ah)
>>7. http://www.quraan.com/Ibadah/DeenIsComplete.asp
>>The Deen is Complete
>>
>>
>>Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/
>>
>>
>
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>
>------------------------------------------------
>
>ADIL-Net will remain a Free Forum
>until further notice.
>
>Disclaimer:
>The opinions and views posted are not necessarily that of the
>list owner's or ADIL's
>
>--------------------------------------------------
>
>Send a blank e-mail to:
> [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list 
> [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list 
> [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal 
> [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest
>
> ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
>  
>
>Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/ 
>
>
>
>


----------------------------------------------------------------------
Get free Email at Bismillah Mail
http://www.bismillahmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "abdaziz_hussin" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke