Petronas : Umno (Baru) Dan USA Serupa

Kecelakaan yang menimpa PETRONAS di Sudan akibat kedurjanaan USA ialah serupa dengan kecelakaan yang menimpa Kerajaan Trengganu akibat kedurjanaan UMNO(baru)-Mahathir di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, wajar mengecam tindakan USA itu. Dan sebagai rakyat Malaysia, wajar juga mengecam UMNO(baru) kerana tindakan Mahathir melanggar perjanjian royalti minyak di Trengganu. Sebagai seorang yang perihatin, kenyataan Abdullah Badawi bahawa memang itu perangai USA akan buat jahat pada pihak yang dia tak suka. Maka kenyataan Abdullah Badawi itu juga menunjukkan perangai USA itulah yang ditiru oleh UMNO(baru)-Mahathir memerangi pembangkang - PAS.

Memang perangai USA itu, seluruh dunia tahu. Tetapi memang itulah juga pun perangai UMNO(baru)-Mahathir. Kecaman dan perli Abdullah Badawi tentang tindakan USA itu adalah sebenarnya kecaman dan perli untuk dirinya dan UMNO(baru)-Mahathir sendiri. Jarang ada manusia yang mempunyai dualiti seperti ini. Paling tidak, tahu untuk merasa malu mengecam orang lain sedangkan perkara yang dikecam itulah yang dibuat oleh pihak pengecam. Seperti kata bidalan orang Indonesia ke atas kedurjanaan Suharto, kata mereka semua benda ada pada Suharto, cuma satu saja yang tidak ada, iaitu tidak ada rasa malu.

Selain dari kes PETRONAS, Kerajaan Malaysia pimpinan Mahathir-UMNO(baru) adalah peniru dan pembangga yang ulung tentang kemajuan USA. Walaupun dikecamnya USA, tetapi dalam banyak hal, model USA itulah yang diambil tiru. Sebagai bukti jelas akan betapa tidak ada jatidirinya pihak yang berkempen supaya rakyat ada jatidiri ialah tentang memberi nama kepada kawasan pembangunan di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Contohnya ialah; cuba lihat alamat JPA yang baru.

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia
Bahagian Latihan
Aras 4, Blok C1, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62500 Putrajaya.

"Parcel C" dalam alamat berkenaan ialah model dari alamat di bandar-bandar besar di USA, khasnya di New York. Disamping itu, alamat kediaman juga ada mempunyai model alamat di New York. Inilah betapa dongengnya kempen jatidiri dan menentang USA itu. Jika nak dihitung, tak terhitung kempen dongeng dan menipu UMNO(baru) ke atas rakyat jelata. Kes terbaru ialah memalsukan IC di Likas. Kononnya untuk meramaikan orang Islam di Sabah. Yang malangnya ialah menjual maruah negara dengan murah demi matlamat yang palsu seperti itu. Memberi IC secara durjana kepada pendatang asing adalah perbuatan yang paling khianat kepada negara. Mereka ini adalah sebenar-benar pengkhianat negara. Menentang kedurjanaan ini adalah perjuangan tulin mempertahankan negara, tetapi menyokong kedurjanaan ini adalah pengkhianat negara. Untuk melihat siapakah pengkhianat negara ialah dalam perhimpunan Agung UMNO(baru) tak lama lagi. Pengkhianat negara itu berada dalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO(baru). Saksi perbicaraan pengundi hantu di Likas telah membuat keterangan di Mahkamah dan direkodkan bahawa Mahathir ialah director pemalsuan IC di Sabah.

Untuk itu, sampai bila UMNO(baru) akan dapat menutupkan mata dan memekakkan telinga dari semua ini. Sampi bila?. Adakah mahu tunggu sehingga UMNO(baru) akan reput dengan sendirinya....? Semuanya ada ditangan penyokong UMNO(baru) untuk membuktikan samada mereka ini dilihat sebagai pendurjana terus-terusan atau sebagai pembela ugama, bangsa dan negara. Jangan tumpang jasa UMNO(lama) dan asyik bernostalgia saja, kerana jasa dan nostalgia itulah yang dijadikan senjata oleh pendurjana untuk mempertahankan kedurjanaan mereka.

Kirim email ke