Tahanan Terbaru ISA?- Terkini

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa PDRM telah menahan seorang lelaki bernama Mohamad Sobri bin Abu Hassan yang memegang Kad pengenalan bernombor 610502-02-5055 telah ditahan untuk membantu polis menyiasat kes rompakkan Southern bank kini ditahan dibawah undang undang zalim ISA. Apa yang mencurigakan adalah tertuduh juga adalah ahli PAS yang aktif berusrah, Pihak keluaga dan teman teman tertuduh yang menghubungi kami (Anti-ISA) mengatakan bahawa kemungkinan tertuduh hanyalah dijadikan kambing hitam oleh polis bagi meyelesaikan beberapa kes mesteri.

Menurut seorang teman beliau yang dikenali sebagai Lan (bukan nama penuh) tertuduh dilihat kali terahir pada 12 Jun di Mahkamah Shah Alam dan dipercayai telah dibebaskan oleh dari tahanan reman- apa yang merisaukan keluaga adalah tertuduh 'menghilang' sejurus itu, dan dipercayai dibawa ke Bukit Aman oleh sekumpulan lelaki. Lebih mendukacitakan lagi, isteri beliau sedang sarat mengandung (8 bulan)- dan keluaga beliau sedang menghadapai masalah kewangan yang serius.

Dibawah diturunkan beberapa maklumat peribadi tertuduh- dan harap semua pihak dapat membantu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluaga mangsa.

--------------------------------------------------------

Nama: Mohamad Sobri bin Abu Hassan ( KP: 610502-02-5055)

Isteri: Zaharah (Milah) binti Saad

Tanggungan: 3 lelaki dan 1 perempuan. Satu didalam kandungan.

Pekerjaan: Bekerja sendiri menjual makanan dan membawa kanak-kanak ke sekolah. Mula ditahan: 29hb Mei 2001 jam 6.40 ptg di rumahnya.

Di tahan untuk membantu polis menyiasat kes rompakkan Southern bank dan aktiviti usrah beliau. Beliau adalah ahli PAS yang aktif dengan aktiviti usrah. Beliau dilihat orang dimahkamah Shah Alam pada 12hb Jun 2001 dan kemungkinan telah dilepaskan pada ketika itu (Senyum dan tangan tidak bergari lagi) Saya benar-benar berharap agar saudara/saudari dapat membantu Isteri beliau. Sekarang ini periuk nasi keluarga mereka tertutup dan anak- anak tidak dapat ke sekolah. Isteri beliau sedang mengandung anak kelima 8 bulan.

Sila hubungi isteri beliau (03 80704878.)

Kirim email ke