*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu lepas, orang dok heboh mengenai debat olok-olok antara UMNO Sekular dan 
UMNO yg Berpura-Pura Islam di Putrajaya. Ceritanya cukup heboh, dan dengar 
khabarnya jualan CD "membongkar pembohongan UMNO" itu cukup laris, lebih laris 
daripada CD Siti Nurhaliza.

Saya pada mulanya tak berapa nak beri perhatian sangat, dok ingatkan 
biasa-biasa saja, tapi bila dengar orang dok heboh sangat pasal debat nie, 
saya pun jadi curious. Awat tidaknya, orang dok sembang pasal VDC debat nie 
habis dah merata kampung dan merata masjid. Waktu saya ziarah satu mayat di 
majlis kematian baru nie pun, ada juga dok sok sek sok sek orang cakap pasal 
debat tu; masa tengah dok ambil wuduk nak solat isyak kat masjid malam 
kelmarin pun saya dengar juga bunyi sok sek sok sek depa dok sembang. 
Pendekkatanya selepas  Tape Janggut Nabi yg pernah hit box-office dulu tu, 
inilah kali kedua "Filem" yg seumpamanya muncul kembali.

Ish, kalaulah ada p/raya kecik lepas nie; kat Batu Berendam ka, kat Beserah 
ka, boleh la kita tengok VCD nie melayang sekali lagi masuk merata kampung 
macam Tape Janggut Nabi di Arau tempoh hari. Minta-minta la noh!!

p.s: Batu Berendam saya tak sure, tapi dok dengaq habag memba kat Kuantan 
kata, di Beserah nu tengah dok teropong anak bulan saja. Kalau Khalil masih 
dok di atas "sana"; makna kata kat Beserah tu kira ON dah la!!

So, dipendekkan cerita, kerana tak tahan sangat dah; petang semalam saya pi 
cari juga CD tu; cari punya cari, jumpak jugak akhirnya. Tapi, tu dia aih - 
dia jual kat saya satu RM9/- nala punya mahal, sedangkan kalau pi ke Pacific 
Mall Penang tu, jenis-jenis CD kosong tak dak gambar kat kulit  tu selalunya 
antara 5 ke enam ringgit saja!

KAYA SUNGGUH AIH SAPA-SAPA YG JUAL VCD TU!!

Opps, lupa nak habag kat hangpa; bila terbaca apa yg saya tulis nie; orang 
yang sepatutnya paling gembira sekali tentunya Datuk Mustapha Mohamad dan anak 
buahnya di Biro Penerangan UMNO Malaysia!!

Kot hangpa tak tau; nie saya nak habag mai, dari maklumat sahih di Pejabat 
Biro Penerangan UMNO Malaysia, rakaman itu sengaja dilakukan dan diedarkan 
dengan sengaja oleh Biro berkenaan sebagai satu tektik Perang Saraf Politik 
depa.

Ya lah, inilah satu-satunya cara untuk mereka reach out secara terus kepada 
hardcore-hardcore PAS yang selama ini pada padangan mereka hanya dok pi dengaq
 ceramah PAS saja, tapi tak pernah nak mai dengaq hujjah balas dari UMNO. 
Itulah tujuan sebenarnya VCD tersebut diedarkan.

Malangnya, Tok Mustapha dan kuncu-kuncunya lupa dengan peringatan Allah SWT 
dalam  Al-Quran surah Ali-Imran ayat 54:

"Mereka membuat tipudaya, dan Allah membalas tipudaya mereka itu, Dan 
Allahllah sebaik2 pembalas tipudaya"

Mereka Merancang, dan Allah juga merancang, dan ketahuilah sesungguhnya 
Allahlah sebaik-baik perancang. Ayat ini diterjemahkan secara bersahaja oleh 
Imam Besar Masjid Ambon sebagai berbunyi:

"Mereka merencana, dan Allah juga merencana; dan ketahuilah sesungguhnya, 
Allahlah sebaik-baik perencana"

Maka itu, debat yg berlangsung entah beberapa jam itu yg tak mungkin dapat 
dimuatkan sepenuhnya ke dalam satu VCD, tiba-tiba belum pun sempat complete 
set keluaran Biro Penerangan UMNO Malaysia beredar ke pasaran, tiba-tiba entah 
macam mana, satu VCD yg memuatkan kandungannya secara pack dan padat tiba-tiba 
saja melayang ke seluruh negara. Belum sempat diedit sepenuhnya oleh Tok 
Mustapha dan anak-anak buahnya, tiba-tiba saja di'cetak-rompak' secara 'haram' 
dan beredar masuk secara 'ganasnya' ke dalam pasaran.

Hari ini, Tok Mustapha dan kuncu-kuncunya tentunya dok termenung panjang, dok 
tertanya-tanya "What have gone wrong?" apa dah jadi? Tang  mana silap kita? 
Macam mana boleh jadi macam nie? dan lain-lain lagi. Saya yg melihat VCD 
tersebut jadi nak tergelak, macam tengok cerita Labu Labi..."nak cari kayu, 
nak cari kayu..."!!

NASIB BAIK P.RAMLEE TAK DAK, KALAU TIDAK, DIA PUN NANTI TUMPANG GELAK SAKAN!!

Antara banyak-banyak adegan dalam debat olok-olok itu, yang paling saya tak 
tahan ialah jawapan balas daripada wakil PAS kepada satu soalan yg paling 
'bernas' daripada wakil UMNO Sekular.

UMNO Sekular: 
"Siapa kata PAS nak buat negara Islam, ini saya ada 3 versi buku Perlembagaan 
PAS, tak ada satu pun yg tulis kata PAS nak buat negara Islam. Ini saya baca 
sikit perlembagaannya...bla.bla.bla...ha, mana ada kata PAS nak buat Negara 
Islam?!!"

UMNO yg Menyamar Jadi PAS:
"Laa, cuba tengok perkara 7 dalam buku Perlembagaan itu yg jelas menyatakan 
bahawa PAS akan menjadikan Al-Quran sebagai sumber Perundangan. Ha, kalau dah 
jadikan Al-Quran sebagai sumber perundangaN, maknanya Negara Islamlah tu. Tak 
kan yang tu pun tak reti; lain kali baca habis, jangan ambik 
sekerat-kerat....(sedikit tersenyum - lawaklah konon)"

NASIB BAIK CD 'CETAK ROMPAK' INI KELUAR AWAL DARIPADA CD  'ASLI'  TERBITAN 
BIRO PENERANGAN UMNO MALAYSIA; KALAU TIDAK, SAYA RASA JAWAPAN 'BERNAS' 
TERSEBUT TENTUNYA AKAN DI "TAPIS"  SECUKUP RASA OLEH LEMBAGA PENAPISAN!!

Maka benarlah kata Tok Imam Masjid Ambon di Kelantan tempoh hari, tatkala 
beliau mentafsirkan surah  Al-Imran  ayat 54 di atas dengan katanya:

"Mereka berpolitik, Allah Taala juga berpolitik; maka ketahuilah sesungguhnya 
politik Allah Taalalah  sebaik-baik politik"


Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke