*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam

Di perturunkan beberapa mail mengenai ISU KFC.  Bab yg
diperkatakan ada di EXHIBIT 4. Nampak berterabur sikit 
pasal cut-and-phase aje. Bacalah satu dan buat rumusan 
sendiri.

Sekian
------- 

Assalamualaikum,

There is no denying that it is finger licking good. But
what is your opinion?

(EXHIBIT 1)
From: Syafidah Anuar Sharifudin
Sent: Wednesday, November 15, 2000 11:17 AM

Assalamualaikum,

forwarded massage...!

Persoalanya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang
menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat
contohnya daging babi..sememangnya haram. Persoalanya ialah
cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat. Saya ambil satu
contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud
Che Ngah ada menceritakan Kes KFC.

Begini ceritanya: -

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma iatu
berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang
sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana
Jaya ke Subang/ KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau
menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan
laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikiut
syarak.

Pusat pemprosesan Ayam KFC terletak di Jln Kelang Lama
(kalau tidak silap saya) dan ia dimulakan seawal jam 6.00
pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh
berdekatan dengan pusat tersebut.

Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda
pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam.

Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat
peyembelihan / hostel - muda-muda terus memakai pakaian
seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam
digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit.

Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau
mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada
jemaah haji kerana:-

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang
sembelih yang memnunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati / dibiarkan bebas tetapi
terus dijatuhkan dalam air panas/ letrik

c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua
kaki (yang terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan.
Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa tu
depa yang tanggung. Saya sejak dengar tempoh hari tidak
makan KFC insyallah dan wallahualam.


Wasalam.

--------

(EXHIBIT 2)

Subject: What about KFC ? - An Explanations from KFC
Holdings (Malaysia) Bhd

ASSALAMUALAIKUM WBT...

KFC Holdings (Malaysia) Berhad (KFCH) is the operator of
Quick Service Restaurant (QSR) KFC restaurant in Malaysia.
KFCH is not only operate QSR restaurant but also an
integrated company. KFCH also own its poultry industry.
This poultry is call Ayamas Food Corp. Bhd. (AFCB) We
slaughtered about 50,000 chickens per day. To keep the
chicken live stock available, AFCB signed a MOU with
Lembaga Pertubuhan Peladang Selangor to undertake broiler
contract farming for supply of an estimated 5.4 million
birds per annum. This project involved some 50 bumiputera
contract farmers in the district of Kuala Selangor. We also
have other contract farmer in Selangor, Negeri Sembilan,
Perak, Pahang, Pulau Pinang, Melaka and Johor. All the
farmer supply about 15 million bird a year.

To maintain the quality and halal status of the chicken
that produced by AFCB, Majlis Penasihat Syariah (MPS) was
formed. The MPS compromised seven members who are
distinguised and prominant religious scholars from Islamic
institutions. MPS acts as an advisory body to KFCH's food
business and other relevent operations.

In general, its liaises and maintain close rapport with the
various Religious Departments, Councils or Bodies on behalf
of KFCH.

At regular intervals, the MPS conducts inspections on
various plants and operations outlet (restaurants) to
ensure compliance with terms and conditions approved under
Islamic Halal Licence issued by the Prime Minister's
Department. Where and when applicable or necessary, the MPS
may delegate to conduct regular checks, on their behalf, to
ensure complience with the halal requirement of the
Malaysia goverment. As an advisory body, MPS advises KFCH
on any matters that need confirmations or clarifications
on its halal status before implementations, including
chicken slaughtering, food handling and sanitations at the
restaurants.

Throughout the years, KFCH has acquired and developed other
food-based operations that complement and support its core
business. The KFCH Group is Malaysia's only integrated food
operator, with ancillary support operations such as souce
manufacturing, bakery, commissary, catering sevices and
also POULTRY.


If you have any inquiries, do not hasitate to contact our
advisor.

Tuan Haji Mohamad Haji Shafie
Public Affair Department
KFC Holdings (Malaysia) Berhad
Level 14, Wisma Idris
17 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2063388 ext 510

Regards,
abdullah bin zainol abidin
[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>

-------------------

(EXHIBIT 3)

> a'kum..
>
> ana pernah bertanya ustaz bahawa kentucky tu boleh
> dimakan ke? ustaz ana jawab ayam kentucky tu memang orang
> Islam yang sembelih. dia sendiri pernah lihat orang islam
> sembelih dengan cara menggantung semua ayamitu dan
> sembelih satu-satu.ustaz cakap kalau nak sembelih ayam
> dengan banyak cukuplah sekadar membaca Bismillah....dan
> mesti menggunakan setiap pisau yang berbeza atau pisau
> sama yang dibasuh untuk sembelih ayam yang berbeza. Dan
> masalah timbul disini yang mana memang ada banyak pisau
> disediakan di sebelah orang yang sembelih tapi mereka
> tidak tukar pisau sebaliknya pisau yang ada darah ayam
> tadi digunakan untuk sembelih ayam seterusnya.
> Wallahua'lam. Tapi atas nasihat ustaz ana dah tak makan
> lagi ayam KFC cuma minum air adele di KFC(kalau terdesak)
> dan makan kentang goreng...Jadi terpulang pada netters
> dan kalau ade ape-ape berita mengenainya yang pro atau
> kontra, sila nyatakan di islah...

-----------------------------------------------

Jawab:

Ayam-ayam yang dibekalkan kepada fast food outlets
(KFC, Mac, A&W, etc), supermarkets chains (Giants,
Carrefour, Tops), perhotelan dan outlets makanan dan
restoten adalah disembelih secara assembly line. Pusat-
pusat penyembelihan ini terpaksa memenuhi permintaan yang
tinggi dan mereka menyembelih dalam jumlah yang besar
sekali. Oleh kerana kepantasan (speed) adalah crucial bagi
plant memproses ayam ini, maka tertib bagi proses
sembelihan yang biasa sukar untuk dipatuhi sepenuhnya.
Amat sukar bagi mereka menunggu ayam-ayam tersebut mati
sebelum memperosesnya, kerana conveyor itu akan terus
menerus bergerak tanpa henti.

Walaupun plant ini ada sijil JAKIM dengan perlabelan Halal,
pemantauan (pemeriksaan) harian tidak dilakukan. Bayangkan
jika permintaan meningkat dengan mendadak khasnya musim-
musim perayaan, maka sudah tentu proses penyembelihan akan
dipercepatkan lagi. Dalam hal ini tidak ada mana-mana pihak
yang boleh jamin proses penyembelihan itu betul-betul 100%
sempurna ke atas setiap ekor ayam yang disembelih dalam
quantity yang begitu besar.

Dari sini kita hendaklah melihat semula konsep wara' dan
taqwa dalam Islam, di mana kita berhati-hati dan sentiasa
waspada dengan setiap barang yang ingin masukkan ke dalam
perut kita. Memakan makanan segera (fast food) seperti ayam
goreng KFC atau Pizza telah sepakat ahli-ahli nutritionist
bahawa ia tidak bagus untuk kesihatan jangkapanjang.

Nasihat saya: kalau nak makan ayam fresh, dapatkan dari
gerai pasar tani atau bahagian ayam di wet market, di mana
anda memilih sendiri ayam hidup dan mereka menyembelih di
hadapan anda. Jangan jadikan kebiasaan makan di restoren
fast food, makanlah di restoren tempatan. Banyakkan makan
ikan dan sayuran dalam diet kita..makanan yang terbaik
ialah dari dapur kita dan hasil jemari tangan-tangan
lembut isteri-isteri kita...

sekian
thtl

------------

Jawab:

Di zaman silam, umat Islam digoncang oleh tersibarnya hadis-hadis palsu yang
disibarkan dengan meluas; hari ini kita menghadapi keadaan yang sama dengan
tersibarnya berita melalui internet secara pantas dan meluas melalui sistem
forwarded emails. Sebab itu kita kena kembali kepada asas dalam peraturan menyibarkan 
maklumat dlm Islam, selidiki setiap sumber berita hingga ia sampai ke tahap 
hasan-sahih dan mutawatir. Isu yang melibatkan ketenteraman awam seperti isu halal dan 
haram kita hendaklah lebih berhati-hati;
mana-mana yang meragukan, just tekan butang delete dan tidak perlu diforward
lagi.

Dapatkan kenyataan resmi dari LUTH dan Ustaz Daud Che Ngah yang masih hidup
kini dan sedang mengendalikan pakej umrah dan ziarah jika anda berminat
mengetahui kesahihannya. LUTH dapat dihubungi secara online.

Setakat ini KFC mendapat sijil Halal JAKIM secara sah dan seseorang
hendaklah mengemukakan dalil yang sahih dan mutawatir supaya KFC boleh
didakwa.

sekian
thtl
--------

----- Original Message ----- 
From: Norhaznihana Abdul Hamid  To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: [islah-net] FW: [Keluarga] Re: penjelasan dari KFC
tentang sembelihan ayam 

> -----Original Message-----
> From: MUTIARA BIRU 
> Sent: Friday, November 17, 2000 1:02 pm
> To: [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: [Keluarga] Re: penjelasan dari KFC tentang sembelihan ayam 
> 
> Assalamualaikum rakan netter keluarga..
> 
> here is explanation from KFC.. jika tak puas hati juga sila email sdr
> [EMAIL PROTECTED]
> 
> ************
> Date: Thu, 16 Nov 00 21:49PM MST 
> From: [EMAIL PROTECTED] 
> To: [EMAIL PROTECTED] 
> Cc: "Zalelawati" <[EMAIL PROTECTED]> 
> Subject: H-Muslimat-Net* Re: penjelasan dari KFC tentang sembelihan ayam

> Wa'alaikumussalam wr wbt Saudari Zalelawati...
> dan Assalamualaikum rakan netter muslimat-net
> 
> Terimakasih saya ucapkan kepada pihak KFC kerana memberi penjelasan
> berkenaan hal ini. Saya forwardkan penjelasan dari pihak KFC ke
 malinglist muslimat net
> untuk perhatian. Saya berharap dgn penjelasan ini akan men'clear'kan
> khabar2 angin tersebut. Sila baca kat bawah.. pls read till the end..
> 
> Harap penjelasan ini dapat di fwdkan ke mailling list yg lain...
> setahu saya hal ini juga hangat di hizbi, kak wani tolong fwdkan ke 
> hizbi-net.. 
> 
> Satu lagi pesanan untuk semua dan diri saya sendiri.. jika 
> posting/message yg ingin kita fwd kpd kawan2 tidak dapat kita 
> pastikan kebenarannya, sebaiknya usahlah diperpanjangkan.. bahaya ..
> kalau kita menabur fitnah tanpa asas.. nanti natijahnya balik ke diri
> kita.. Allahu'alim
> 
> sekian. 
> Jazakallahu khair..
> Habibah
> 
> 
> On 16 Nov 00, at 13:16, Zalelawati wrote:
> 
Assalamualaikum wbt...........
 
Saya merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan oleh saudari Bibah mengenai e-mail yang 
bertaburan di internet tentang ayam KFC.
 
Sukacita saya mengambil peluang ini menerangkan bahawa maklumat yang disebarkan itu 
tidaklah benar. Saya telah menghubungi ustaz Daud Che Ngah pada 16hb November 2000, 
jam 10.45 pagi untuk mendapatkan  pengesahan kerana saya dapati maklumat dalam 
informasi tersebut  bercampur dengan perkara yang tidak benar. Ustaz Daud menyatakan 
bahawa kenyataan itu telah dibuat oleh beliau kira-kira 15 tahun lalu. Pada masa itu 
Sijil Halal dari JAKIM belum lagi diadakan. JAKIM hanya mengeluarkan logo halal mulai 
tahun 1994. Pada tahun 1994-1997 semua restoran dibawah KFC Holdings (Malaysia) Bhd 
[KFCH] telah mendapat pengesahan halal daripada JAKIM. Adalah benar, 15 tahun dahulu 
ayam bagi KFCH diproses dan disembelih di Jalan Kelang Lama. Pada masa itu, pengesahan 
halal hanya  dipastikan oleh individu tertentu sahaja tetapi mulai tahun 1998  proses 
penyembelihan ayam dilakukan di kilang yang lebih selesa, bersih dan lengkap di Port 
Klang Utara yang dikenali sebagai Ayamas Food Corporation Bhd!
!
 (AFCB). Pada tahun 1993, penasihat khas yang  menjaga hal ehwal halal-haram bagi 
semua produk KFCH iaitu seorang pegawai yang mempunyai kelulusan khas dalam bidang 
agama telah dilantik. Pada tahun 1997, Jawatankuasa Penasihat Syariah (Majlis 
Penasihat Syariah) yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal telah 
ditubuhkan. Mereka ini telah diberi peranan untuk menegur, memberi nasihat dan 
memperakukan produk-produk KFCH adalah halal.
 
Mereka tidak dibayar gaji oleh KFCH tetapi berkhidmat sebagai penentu segala 
pelaksanaan produk KFCH selaras dengan kehendak syarak. Pada masa ini, semua 
sembelihan telah dilakukan dengan cara yang ditetapkan oleh syarak. Semua penyembelih 
mendapat/ mempunyai tauliah dari JAIS. Pekerja-pekerja ditempat pemerosesan itu juga 
sebahagian besarnya adalah orang Islam. Disamping itu, Jabatan Haiwan mempunyai kerusi 
khas dan bertugas disitu sepanjang masa proses penyembelihan dilakukan. Ayam-ayam 
tidak sekali-kali dibiarkan masuk ke dalam air panas sebelum ia benar-benar mati. 
Semua proses daripada pemilihan ayam, sembelihan dan masuk ke dalam tempat air panas 
ditentukan dengan teliti dan dibuat percubaan yang rapi oleh pihak JAKIM, JAIS dan 
pengilang sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk mempastikan jaminan 
halal itu benar dan proses yang berlaku disini adalah telus dan ia boleh diperiksa 
oleh mana-mana pihak yang meraguinya.
 
Proses penyembelihan dan produk-produk dari AFCB adalah yang terbaik dalam pasaran 
Malaysi hari ini samada memenuhi hukum syarak atau disegi kebersihan dan mutu. Saya 
berharap dengan penjelasan ini semua pihak kan yakin bahawa KFC memenuhi segala 
keperluan syarak bagi mejadikannya Halalan Taiyiba.
 
Sebarang kekeliruan bolehlah berhubung terus ditalian 03-206 3388 samb.  511/510
 
Terima kasih
 
b.p: Haji Mohamad bin Haji Shafie
Penasihat Hal Ehwal Awam
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

---------------
EXHIBIT 4
-----Original Message-----
From: Norzita Mohamad Yusof 
Sent: Friday, May 18, 2001 6:14 PM
To: Subject: RE: Tarik balik tanda Halal KFC?

assalamualaikum, 
Utk berkongsi bersama, saya ni org KLANG dan menjadi satu kemusykilan bila mendapat 
email ini, so saya pun pergilah tengok satu restoran KFC dan memang tanda halal nya 
bukan logo JAKIM. Jadi , utk mendapatkan kepastian saya pun call JAKIM(18/5/2001). 
Ustaz Nordin yg memberi penjelasan, beliau berkata logo itu memang bukan logo Jakim 
tapi tanda halal itu datang dari Badan Syariah KFC(halal/haram) itu sendiri. Dan 
secara peribadi, beliau menjelaskan Badan syariah ini terdiri dari sahabat2 
beliau(ustaz2 yg bertauliah) dan beliau menambah lagi, di antara restoran2 'Fast Food' 
, KFC sahaja yg mempunyai Jabatan Syariah sendiri setakat ini. Ustaz Nordin juga 
menjelaskan tentang makna 'penarikan balik TANDA HALAL' dgn 'Tarikh Luput'(expired). 
Penarikan balik TANDA HALAL bermakna telah melanggar peraturan HALAL/HARAM(contohnya 
:cara penyembelihan ayam) dan "Tarikh Luput" bermakna tidak memperbarui pendaftaran 
tersebut. Dan beliau menyatakan setakat ini, KFC tidak pernah ditarik balik t!
!
anda halal tetapi 'tarikh luput ' memang ada. Dan beliau berkata ,dari segi undang2 
JAKIM memang KFC ini 'tidak sah'(tidak memperbarui) tetapi secara peribadi beliau 
menjelaskan KFC adalah 'HALAL'. Dan kilang memproses ayam(ayammas)di pelabohan klang 
yg membekalkan ayam kepada KFC adalah dibawah logo JAKIM. 
Setakat ini sahaja yg saya dapat maklumat dari JAKIM, dan ustaz Nordin juga memberi 
nombor telefon Badan Syariah KFC(HALAL/HARAM) iaitu 03-2063388. Sesiapa yg berminat 
utk bertanya boleh telefon. 
Nombor telefon JAKIM(di putra jaya) - 0388864000 
wassalam. 
-----Original Message-----
From: Hamdan Abdul Rahman 
Sent: Thursday, May 17, 2001 1:35 PM
To: 
"Johari Bin Deris [Central]" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
Tolong siasat wahai kekawan!!

> >
> > Assalamualaikum warahmatullah....
> > Zai nak neritahu sesuatu kepada semua.
> > Perkara ini diberitahu oleh mak zai yang secara kebetulan
> > mengikuti rancangan "Sembang Petang" di TV3. Alhamdulillah pada
> > rancangan itu yang dapat di ikuti separuh jalan atas sebab ada
> > urusan lain di luar, mak zai memberitahu zai bahawa dalam
> > rancangan tersebut, ada menyebut bahawa Jabatan Agama Islam telah
> > menarik balik tanda "HALAL" dari Syarikat KFC dan diakui sendiri
> > oleh pengusaha KFC. Zai sendiri telah meninjau tanda "HALAL" di
> > KFC Klang dan didapati tanda "HALAL" yang digunakan bukan
> > lagi tanda yang di
> > keluarkan oleh JAWI. Kebetulan dalam satu ceramah di Masjid
> > Sungai Udang,
> > Klang minggu lalu, Ustaz ada menyatakan hal yang sama.
> > Sebagai seorang Islam
> > zai bila mengetahui perkara ini, zai rasa bertanggungjawab
> > menyampaikannya.Andai ingin penjelasan, bolehlah cuba-cuba hubungi
> > pihak JAWI. Kenapa tidak disiar di surat khabar, itu zai kurang
> > pasti, tapi tolonglah telek tanda "HALAL" KFC, apakah ia seperti
> > yang kita pernah lihat sebelum ini (sah dari JAWI)?

> > Tolong beritahu kekawan.
> > Sekian.
----- Original Message ----- 
From: MISWAN BUANG <[EMAIL PROTECTED]>
To: Affendi [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, June 25, 2001 4:02 PM
Subject: Re: H-Net* status tanda halal KFC



> A'kum..
> 
> Saya juga ingin mendapat jawapan ataupun ulasan dari
> warga hizbi berkenaan masalah tanda Halal bagi KFC dan
> juga makanan keropok Springles. Halal atau tidak ?
> 
> Wassalam... musskill niee..
> 
> 
> 
> --- "Affendi [EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
> wrote:
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum...
> >
> > saya ingin mendapatkan kepastian dari hizbi group
> > kalau boleh sesiapa yg
> > punyai kenalan di jakim memberi kepastian tentang
> > tanda halal yg diberikan
> > kepada KFC adakah ditarik balik.
> >


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke