*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nilah dia politikus-politikus Umno......yang dok perjuangkan hak Melayulah
kononnya. Depa nie tak habis-habis dok sakat sesama sendiri. Macam zaman
Hang Tuah pulak "Siapa kuat dialah kudrat". Tak kira sapa salah, sapa
betui. Nanti tak heran pulak kalau kelaur buku pasai Matdet pulak.
Agak-agaknya depa nak bagi tajuk apa no?????????
Kalau Anuar dengan 50 dalilnya. Tun Daim Penyangak wang Negara, Mahathir
pulak..................???????? Heran-heran Pak Cik pun
heran.......................Lepas nie kita mintak Tun Daim buat Road Show
pulak macam Anuar dulu, lepas tu panggil dia join BA baru best!!!!!!!
Bersabar ajelah Tun Daim apa nak buat dah nasib badan..........Terima
ajelah sebagai dugaan dari Tuhan.



KUALA LUMPUR, Isnin 2 Julai - Penulis buku kontroversi "50 Dalil Mengapa
Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri" Khalid Jafri telah menerbitkan
sebuah lagi buku politik - kali ini mengenai bekas Menteri Kewangan Tun
Daim
Zainuddin pula. Buku bertajuk Tun Daim Penyangak Wang Negara setebal 282
halaman itu telah mula dipasarkan di beberapa buah kedai buku sekitar
ibukota sejak beberapa hari lalu. Ia dijual pada harga RM30 senaskhah.

Buku tersebut mengandungi berbagai kisah mengenai Daim sewaktu menjadi
menteri kewangan dan penglibatan keluarga serta rakan-rakan rapatnya dalam
perniagaan. Semuanya terdapat 27 bab dalam buku tersebut. Antaranya nama
yang dsebut dalam buku itu ialah ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Halim
Saad, isteri ketiga Daim, Naimah Abdul Khalid, anak perempuannya Asnida
Daim, rakan rapatnya Josephine Premila Suvaratnam dan beberapa orang lagi
yang didakwa sebagai nomineenya.

Dalam satu bab ia juga mendakwa Setiausaha Politik Daim, Abdul Mutalib
Alias
berkuasa penuh di Kementerian Kewangan dan boleh menolak permohonan projek.
Ia disertakan dengan fotokopi satu salinan surat rasmi penolakan itu. Turut
disertakan dalam buku itu ialah iklan sebuah lagi buku sensasi mengenai
Daim
yang diterbitkan selepas ini.

Khalid ketika ditemuramah oleh AgendaDaily hari ini mendakwa beliau menulis
buku tersebut atas inisiatifnya sendiri sambil mendakwa "ia dilakukan untuk
mendedahkan apa yang terjadi untuk pengetahuan rakyat dan kepentingan
negara." Kata beliau, buku itu ditulis hasil kajian mendalam serta maklumat
dari berbagai sumber.

"Saya mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkannya".

Sebagai memenuhi permintaan AgendaDaily beliau turut memberi senaskhah buku
berkenaan dan sekeping gambar beliau bersama buku barunya itu. "Saya
berpegang kepada apa yang saya tulis. Saya juga berani bertanggungjawab ke
atasnya dan sedia disaman dan dibawa ke mahkamah jika apa yang saya tulis
dalam buku itu tidak betul," kata Khalid.

Bekas Pengarang Kumpulan Majalah Utusan Melayu (Malaysia) Berhad itu
mengaku
beliau sudah dengar ada yang mendakwanya diupah dan sebagainya untuk
menulis
buku berkenaan.

"Apa orang nak kata...itu terpulang pada mereka. Bagi saya, buku ini saya
tulis atas inisiatif sendiri untuk mendedahkan kepada orang-ramai mengenai
satu hal yang melibatkan kepentingan negara.
"Waktu saya tulis buku mengenai Datuk Sri Anwar Ibrahim dulu...itu juga
tuduhan orang pada saya," katanya sambil tertawa.

Dalam prakata buku itu, Khalid mendakwa selepas kekecewaan Perdana Menteri
Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad terhadap Anwar, muncul pula masalah baru
iaitu
Daim. Beliau juga mendakwa perdana menteri akan dianggap adil dan dihormati
sekiranya Daim disiasat dan dibawa ke muka pengadilan sama seperti dakwaan
terhadap Anwar.

Sejak tersebarnya kisah tentang kemunculan buku baru Khalid ini,
AgendaDaily
mendapat tahu ramai orang yang tercari-cari di kedai-kedai buku bagi
mendapatnya. Beberapa kedai buku sekitar ibukota yang ditinjau juga
memberitahu ramai yang datang bertanya mengenai buku itu. Menurut Khalid
beliau baru memasarkan sedikit sahaja buku itu di kedai-kedai tertentu
setakat ini.

Ditanya berapa naskkah buku ini yang dicetaknya, beliau secara spontan
menjawab; "itu rahsia."

Ini adalah buku terbaru kedua mengenai Daim yang ditulis setakat ini.
Sebelum ini seorang lagi pengarang buku politik, Syed Hussein Alattas
menulis buku bertajuk DIAM-DIAM DAIM.

Ia dipasarkan secara meluas sewaktu Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.














 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Jufrihisham Mohamed" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke