*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa perasaan anda bila rakan-rakan yang selama ini baik dengan anda, selalu 
gathering bersama hampir setiap minggu, bila anda ditimpa bencana, ujian tak 
seorangpun datang menjengok, tak seorangpun bertanya khabar.

Bila rakan suami anda yang selama ini tak kira waktu, jam 1 pagipun datang 
mengetuk pintu "jom kita pergi bantu unit keselamatan buat rondaan", tak 
berani datang jenguk anda bila anda ditimpa musibah, apa perasaan anda.

Mungkin mereka takut, kerana suami anda ditangkap polis.  Tapi apakah 
seseorang itu dikira bersalah hanya kerana dia ditangkap polis?  Adakah dia 
bersalah sebelum dibuktikan dimahkamah?  Adakah dia dianggap bersalah jika 
sehingga 46 hari dia masih tidak dibicarakan di mana-mana mahkamah?

Adakah anda juga bersalah bila suami anda ditangkap polis?

Yang lebih menghairankan, ada yang mengaku suami tak bagi pergi jengok, 
suami larang telefon.  Astaghfirullah, penakutnya.  Salahkah telefon? 
salahkah ziarah?  Selama ni merekalah juara bila bercakap tentang jihad, 
tapi bila tiba masanya merekalah orang yang paling takut tak bersebab.  
Muslimat kawasanpun takut nak jengok sebab diberi amaran supaya 
berhati-hati.  Yang bagi amaran tu musliminlah.

Beberapa hari lepas saya melawat salah seorang isteri tahanan ISA yang baru 
bersalin anak kelima.  Suami beliau ditangkap semasa beliau mengandung 8 
bulan.  Yang beliau sedihkan sampai sekarang Ketua Muslimat Kawasan tak 
pernah jenguk beliau.  Yang selalu datang, bertanya khabar dan membantu 
beliau ialah Wanita Keadilan.  PAS sudah lama bertapak diPuchong, tapi 
kebanyakan ahlinya penakut.  Sampai bilapun PAS tak akan menang di Serdang, 
sebab kita hanya tahu bercakap, tapi takut bertindak dan tidak menjaga 
kebajikan ahli.

Wanita yang saya lawati cukup tabah.  Pada beliau sekarang tiada lagi 
perasaan takut.  Beliau tak takut untuk marah pada polis Bukit Aman dengan 
bahasa beliau sendiri tapi tidak kasar.  Dibiarkan keseorangan 
terkontang-kanting tanpa bantuan dari orang-orang yang selama ini disangka 
sahabat membuatkan beliau tabah.

Terima kasih kepada Bendahari PAS Kawasan dan Setiausaha PAS Kawasan dan 
beberapa orang lagi yang selama ini mengambil berat kebajikan beliau, tapi 
setakat itu sajalah kot.  Kepada yang melarang isteri-isteri mereka melawat 
beliau dan bertanya khabar, terima kasih(dari saya) atas persahabatan anda 
selama ini.

Beliau juga kesal dengan Unit Keselamatan Selangor, yang suaminya menjadi 
ahli, seorangpun tak bertanya khabar, usahkan menjengok beliau.

Orang Kelantan ada pantunnya sendiri(mereka bukan orang Kelantan)

Cakap berdegar-degar,
tahi lekat celah gelegar.

Setakat celah gelegar sajalah, tak sampai ke tanah.  (ini kata-kata saya 
sendiri, bukan dari dia)



_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke