Title:

Assalamualaikum,
Di sini ingin ana fwrdkan satu isu yang agak baik untuk menjadi tatapan sahabat dan sahabiah sekelian.
Semoga mendapat sesuatu yang berguna melaluinya...salam

Assalamualaikum.
Kebelakangan ini saya menerima banyak emel yang mengatakan bahawa artikel saya (termasuk HDLN) adalah semakin "heavy" dan dah kurang "fun". Jadi izinkan saya membentangkan sesuatu yang mungkin menarik, tapi dalam masa yang sama mungkin boleh dipandang serius.

Memandangkan isu "black metal" nih sedang hangat dipersoalkan, teringin jugalah saya nak share sesuatu yang sebenarnya dah lama ada tapi tak ramai masyarakat di Malaysia ni menyedarinya. Sepertimana yang saya katakan dahulu, setiap perkara ada "Bright Side" dan "Dark Side"nya. Muzik pun tak terkecuali. Yang penting adalah budi bicara kita menilai sesuatu perkara dan nawaitu sebenar (yang semestinya positif) dalam kita melakukan perkara tersebut.

Untuk memanfaatkan artikel ini sepenuhnya, anda memerlukan kad bunyi (sound card), speaker dan perisian Real Audio (boleh download kat <http://www.real.com> ) Kalau yang takder tuh, anda masih boleh menikmatinya, namun kuranglah "ummph" sikit!! Pada mulanya saya hendak attachkan semua sound files yang berkenaan ke dalam emel ini. Namun setelah dicongak, nanti jenuh pulak mereka yang guna dial-up modem nak mendownload. Jadi saya cuma sertakan "link" ke soundfile tersebut.

Mungkin ada yang musykil dengan tajuk artikel nih. Bahasa amende tuh? Tapi kalau perhatikan betul-betul, ia sebenarnya adalah ayat songsang yang mana kalau diterbalikkan akan berbunyi "Saya Nak Cerita Nih". Pada akhir tahun 60an dan awal 70an, ramai yang mempercayai bahawa lagu-lagu popular Inggeris ada mengandungi "mesej tersirat" apabila dimainkan secara songsang. Contohnya kalau ada lagu yang berbunyi "Dog Si Eh" bila mendengarnya secara biasa, bila dimainkan songsang ia akan berbunyi "He is God". Banyak kumpulan-kumpulan rock ketika itu berlumba-lumba cuba memasukkan "mesej tersirat" ini di dalam lagu mereka, secara sedar ataupun tidak sedar, seperti The Beatles, The Eagles, Led Zepplin, Kiss, Styx dan banyak lagi.

Namun yang ingin saya sentuh adalah beberapa lagu di mana mesej songsang ini dimasukkan secara "tidak sengaja" Maksudnya, ketika penulis lagu tersebut hendak memasukkan lirik, beliau tidak menyangka bahawa liriknya akan "berbunyi lain" apabila dimainkan secara songsang. Jika dilihat bagaimana "halusnya" mesej tersebut dimasukkan, ramai yang berpendapat bahawa ianya hanya boleh dilakukan oleh "kuasa yang bukan milik manusia". Dalam konteks ini, ramai yang berpendapat bahawa ianya dilakukan oleh Iblis sendiri untuk mengelirukan umat manusia.

HOTEL CALIFORNIA (The Eagles)
Saya mula dengan lagu nih sebab ramai orang Malaysia tahu lagu nih. Selalu kita dengar kat radio dan selalu juga menjadi "favourite" kat kelab karaoke. Mungkin tak ramai yang sedar bahawa "Hotel California" nih BUKANLAH menceritakan pasal hotel macam Hyatt, Shangri La atau Concorde tuh, tapi ianya mengisahkan tentang gereja syaitan yang pertama di Amerika Syarikat diasaskan oleh Anton Le Vay pada tahun 1969. "California" di sini merupakan nama sebatang jalan di Los Angeles yang mana gereja syaitan tersebut dibina. Ramai artis terkenal ketika itu menganggotai gereja ini.

Sebelum generasi baru kita nih mengenal CD, orang-orang dulu menggunakan "piring hitam". Saper yang tak pernah tengok boleh tanya kat bapa atau datuk. Kulit dalam album Hotel California (boleh dibuka menjari double folded) memaparkan gambar lobby sebuah hotel yang dipenuhi oleh pengunjung. Namun jika diperhatikan betul-betul, imej lelaki dibelakang kaunter hotel tersebut bukanlah sebuah gambar, tetapi sebuah "lukisan" yang di "paste" kan dalam gambar tersebut. Lelaki tersebut ialah Anton Le Vay. Dan kalau anda lihat di bahagian atas sebelah kanan, anda akan dapat melihat "lembaga perempuan" yang agak menakutkan sedang menerkam dari atas ke pengunjung yang berada di bawah.

OK...sekarang kita cerita pasal mesej songsang dalam lagu tu. Ada baris dalam lagu tersebut yang bila dimainkan secara biasa akan kedengaran:

"There were voices down the corridor, thought I heard them say, Welcome to the hotel California." (Dengar dengan melawat ke <http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/hotel-fwrd.rm>)

Namun bila dimainkan secara songsang, mesejnya akan berbunyi:
"Yeah Satan, he organized, oh, he organized his own religion. Yeah, when he knows he should, how nice it was delicious, he puts it in a vet he fixes it for his son which he gives away". (Dengar dengan melawat ke <http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/hotel-rvrs.rm> )

Kalau diperhatikan lirik lagu tersebutpun, ianya mengisahkan perihal seorang lelaki yang sesat di tengah "jalan padang pasir" yang gelap terjumpa dengan sebuah bangunan seperti hotel yang mana seterusnya beliau bermalam. Kemudian beliau menceritakan bagaimana beliau berjumpa dengan berbagai "penghuni hotel" yang pelik-pelik dan seterusnya terserempak dengan suatu upacara pemujaan di dalam sebuah bilik ("In the master's chambers, they gathered for a feast. They stabbed it with their steely knives but they just can't kill the beast"). Permandangan ini menakutkan beliau dan beliau cuba lari dari tempat tersebut. Namun bila beliau tiba di pintu, beliau ditahan oleh penjaga bangunan tersebut yang mengatakan "you can check out anytime you like, but you could NEVER leave...."

Menurut Glenn Frey dan Don Henley, penulis lagu tersebut, ketika menulis lirik "Hotel California" mereka seakan didorong oleh "kuasa ghaib" yang "menuliskan" liriknya. Dua tiga hari selepas lagu tersebut siap, barulah mereka mengetahui bagaimana lirik lagu tersebut sejibik menceritakan perihal gereja Anton Le Vay tersebut, yang mana mereka langsung tidak menyedari sebelumnya..

Saspen kan...?
STAIRWAY TO HEAVEN (Led Zepplin)
Lagu ini merupakan contoh No 1 bila berbicara tentang mesej "syaitan" yang disongsangkan dalam lagu. Ketika itu, Led Zepplin merupakan "peminat" Aleister Crowley, salah seorang paderi "syaitan" yang terkenal di barat. Malah Jimmy Page, anggota kumpulan Led Zepplin telah membeli rumah Crowley di Scotland tidak lama dahulu, yang dikenali oleh pengikut syaitan sebagai "The Toolhouse" dan sebelum ini digunakan sebagai lokasi pemujaan Crowley juga menggalakkan pengikutnya supaya belajar bercakap dan membaca secara songsang.

Salah satu dari petikan lagu tersebut, bila dimainkan secara biasa akan berbunyi:
"If there's a bustle in your hedgerow, don't be alone now, it's just a spring clean for the May queen. Yes there are two paths you can go back, but in the long run there's still time to change the road you're on". (Dengar dengan melawat ke http://wwwmohammedi.freeserve.co.uk/stairway2heavan-fwrd.rm <http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/stairway2heavan-fwrd.rm> )

Puuh....puitis habiskan? TAPI bila disongsangkan, ia akan berbunyi:
"Here's to my sweet Satan. The one whose little path would make me sad, whose power is satan. He'll give you 666, there was a little toolshed where he made us suffer, sad Satan". (Dengar dengan melawat ke <http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/stairway2heavan-rvrs.rm> )

Satu lagi baris lagu tersebut berbunyi:
"Your stairway lies on the whispering wind" (Dengar dengan melawat ke http://www..mohammedi.freeserve.co.uk/stairway-fwrd.rm <http://www.mohammedi.freeserveco.uk/stairway-fwrd.rm> )

Dan bila disongsangkan akan berbunyi:
"Because I live with Satan" (Dengar dengan melawat ke http://www..mohammedi.freeserve.co.uk/stairway-rvrs.rm <http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/stairway-rvrs.rm> )

PENUTUP
Kalau dilihat contoh-contoh diatas, perhatikan bagaimana bahasa yang jika dipertuturkan secara biasa membawa sesuatu erti TAPI apabila disongsangkan membawa erti yang sungguh berlainan sekali. Contohnya apabila kita menyebut "wake up", bila disongsangkan ia akan seolah-olah berbunyi "F^%K YOU". Cuba dengar di <http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/nin-rvrs.ram>

Namun haruslah dimaklumkan bahawa kadang-kadang kita "memaksa" diri kita untuk melihat atau mendengar sesuatu benda yang sememangnya tak pernah wujud sehingga akhirnya "benda" tersebut kelihatan. Macam kata orang tua; "Cuba hang tengok, atas pokok tuh ada hantu". Jadi kita melihat pokok tersebut, mengamatinya, membentuk daun-daun dan ranting beserta cahaya bulan yang malap dan akhirnya otak kita akan menafsirkan pengamatan kita tersebut sebagai "suatu lembaga di celah pokok". Jadi nampaklah "hantu".....

Sebab itulah banyak "claim" yang mengatakan bahawa banyak lagu-lagu popular sekarang mempunyai "mesej tersurat" bila disongsangkan, termasuklah lagu-lagu dari Michael Jackson, Bee Gees, Alanis Moriesette dan yang terbaru, Backstreet Boys!! Malah lagu "Twinkle Twikle Little Star" pun dikatakan ada "mesej tersurat"!!! Namun ianya terpulanglah pada cara anda "memaksa" otak anda menafsirkan mesej tersebut. Mungkin sesetengah orang akan mendengar "Ghggjgj Ohjhjghh dajnj Hkjiysa" namun kita akan mendengarnya sebagai "Aku Nih Memang Hantu".... Adakah ianya sekadar imaginasi, ataupun sememangnya ada "mesej lain" yang tersurat bila lagu tersebut disongsangkan???

He...he.... lepas nih cubalah songsangkan lagu Siti Nurhaliza, KRU atau Ziana Zain lak, tengok ader tak "mesej tersurat...."

Sekarang apa pendapat anda?
Wassalam
Asrul Muzaffar Mohammed

Kirim email ke