Title: RE: H-Net* Pengakuan Daim Zainudin

assalamualaikum

nak tanya sikit...artikel ni diambil dari mana dan saper penuisnya..maaf cumer nak tanya jer heheh

ila liqa
wassalam...

-----Original Message-----
From: lori hantu [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 15/08/2001 9:01 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Pengakuan Daim Zainudin



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Subject:  Pengakuan Daim Zainuddin

Daim Zainuddin, Menteri Kewangan akhirnya mengaku bahawa Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja telah memberikan pinjaman RM500 juta kepada Time dotCom
pada tahun 1996. Syarikat milik Halim Saad itu berjanji untuk membayar
separuh pinjaman itu dan bakinya dalam bentuk pemilikan saham.

KWSP adalah dana simpanan kaum pekerja bagi hari tua mereka. Terdapat 9.7
juta orang pencarum dalam tabung itu. Di Malaysia, KWSP merupakan dana
kewangan yang terbesar dengan jumlah tabungan sebanyak RM180 bilion. Ia
diurus oleh sebuah lembaga pengarah dan dibantu oleh penasihat-penasihat
pakarnya. Mengenai pelaburan, KWSP mempunyai panel pelaburannya. Terdapat
enam orang wakil kesatuan sekerja dalam lembaga pengarah KWSP, termasuklah
Presiden MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) dan Presiden Cuepacs
(Kongres Kesatuan Sekerja dalam Perkhidmatan Awam).

Dalam isu pembabitan KWSP dengan Time dotCom Bhd, adakah lembaga pengarah
dan panel pelaburan tabung pekerja itu telah bertindak bijaksana, cermat,
berhemah dan berwaspada?

Pada Jumaat dua minggu lalu, Pengerusi KWSP Tan Sri Abdul Halim Ali
menafikan tabung simpanan itu telah membeli saham-saham Time dotCom yang
tidak dilanggan ketika apungan terbaru (IPO) beberapa minggu lalu.
Bagaimanapun Abdul Halim mengaku, seperti juga Daim, bahawa KWSP telah
meluluskan pinjaman RM500 juta kepada Time dotCom (melalui Time
Telecommunications Holdings, anak syarikat Time Engineering Bhd). Time
dotCom adalah sebahagian daripada milik Halim Saad. Tokoh korporat ini juga
memiliki Renong. Renong berkait rapat dengan Umno dan para pemimpin
utamanya. Renong merupakan sebuah konglomerat yang bermasalah. Kerana
masalah kewangan itu, anak syarikat Renong bernama Time Engineering Berhad
terpaksa disusun semula. Lalu, Time dotCom ditubuhkan dalam usaha
penyusunan Time Engineering.

Dalam urusan inilah KWSP terjebak dengan memberikan pinjaman dan pembelian
saham Time dotCom. Dividen KWSP makin rendah Persoalannya, patutkah tabung
simpanan pekerja terlibat dengan syarikat-syarikat bermasalah milik Halim
Saad, seorang tokoh korporat kroni? Kepentingan siapakah yang perlu
diutamakan oleh panel pelaburan dan lembaga pengarah KWSP: kepentingan 9.7
juta pencarum KWSP atau kepentingan Halim Saad seorang diri?

Dari tahun ke tahun, semakin rendah dividen yang dibayar oleh KWSP kepada
para pencarum. Buktinya tahun lalu, KWSP hanya membayar dividen pada kadar
enam peratus, merupakan kadar terendah setakat ini. Sementara itu, dari
sehari ke sehari semakin banyak terdedah bahawa wang KWSP telah dipinjam
atau dilaburkan sewenang-wenangnya untuk menyelamatkan syarikat- syarikat
kroni Daim dan Mahathir. Pada tahun 1999, sebanyak RM12 bilion dana rakyat
dan negara daripada pelbagai sumber telah dicurahkan untuk menyelamatkan
Renong. Ada kajian ahli ekonomi menyatakan bahawa sebanyak RM50 bilion -
setakat ini - wang rakyat dan negara telah dibelanjakan untuk menyelamatkan
perniagaan kroni-kroni, terutamanya Daim dan Mahathir. Yang menjadi mangsa
utama, antaranya, ialah wang pekerja dalam KWSP. Time dotCom meminjam RM
500 juta, Khazanah Nasional Bhd juga meminjam wang KWSP sebanyak RM2,000
juta. Syarikat Perwaja juga meminjam wang KWSP sebanyak RM710 juta. KLIA
Bhd, syarikat yang membangunkan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur,
pula meminjam duit KWSP sebanyak RM1,000 juta. Semuanya pinjaman dalam
skala yang besar - beratus-ratus dan ribuan juta.
Setelah banyak membantu usaha menyelamatkan (bailout) syarikat-syarikat
kroni dalam negeri, kini KWSP sedang bercadang untuk meluaskan operasi
pelaburannya ke luar negara.

Kita berharap ahli-ahli lembaga pengarah KWSP termasuk Zainal Rampak
(Presiden MTUC) dan N Siva Subramaniam (Presiden Cuepacs) tidak tunduk
kepada kehendak dan nafsu pihak-pihak tertentu, sehingga berlaku seperti
bidalan, 'harapkan pagar, pagar makan padi'!




--

__________________________________________________
Get FREE 50 MB email @ http://www.AtoZasia.com



Powered by Outblaze

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "lori hantu" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke