Title: Bukti Saintifik Kebenaran Cerita

Bukti Saintifik Kebenaran Cerita Banjir
      Nabi NOH





 Subject: Bukti Saintifik Kebenaran Cerita Banjir Nabi NOH
 Sekali lagi cerita dari al-Qur'an terbukti kebenarannya melalui kajian
 saintifik yang dijalankan oleh barat. Sekumpulan pengkaji ukur bawah air

 (underwater surveyors) yang diketuai oleh Dr Robert Ballard, yang juga
 telah menemui Titanic, telah menemui sebuah bangunan lama berusia
 kira-kira 7500 tahun di dasar Laut Hitam, 12 batu dari pantai Turki.
 Mereka telah menemui struktur bangunan dari batu dan kayu beberapa ratus
 kaki dari paras air. Penemuan mereka menjadi bukti terhampir kejadian
 banjir besar di zaman Nabi Noh seperti diceritakan di dalam al-Qur'an
 dan juga Old Testament. Ahli sains percaya penemuan tersebut membuktikan

 kewujudan sebuah kawasan penempatan yang telah tenggelam disebabkan
 banjir besar yang melanda sekitar tahun 5000 sebelum masihi. Menurut
 teori mereka, banjir besar tersebut disebabkan pencairan glasier dari
 tanah tinggi di Eropah. "Ia merupakan penemuan yang sangat menakjubkan"
 kata Dr Ballad di dalam rancangan National Geographic Society bertajuk
 "Research Ship Northern Horizon". Beliau menerangkan bagaimana sebuah
 robot bawah air yang meninjau 300 kaki di bawah paras air telah menemui
 kawasan segiempat berukuran 12 x 45 kaki persegi di mana terdapatnya
 sebuah struktur daripada kayu dan tanah liat yang telah runtuh.
 "Beberapa artifak yang ditemui di situ tersimpan rapi tanpa diusik
 terdiri daripada bim kayu berukir, beberapa cabang kayu dan peralatan
 dari batu yang telah runtuh dan diselaputi lumpur" kata Dr Ballard.
 Kumpulan pengkaji Dr Ballard memulakan kajian di kawasan tersebut
 setelah dua kapal selam pakar geologi dari Universiti Colombia di New
 York mencadangkan bahawa ia disebabkan oleh banjir besar beribu tahun
 dahulu. Mereka meramalkan
 apabila zaman ais (Ice Age) berakhir 12,000 tahun dahulu, glasier mula
 menjadi cair. Kawasan timur Mediteranian yang terputus daripada Laut
 Hitam telah menyebabkan Laut Hitam tidak ditenggelami air walaupun paras

 air lautan yang lain telah naik. Ini menyebabkan pada sekitar 7000 tahun

 yang lepas, empangan semula jadi di Bosphorus telah pecah menyebabkan
 air di Laut Mediteranian melimpah ke timur menjadi Laut Hitam yang
 sememangnya terputus daripada laut-laut yang lain. Kekuatan limpahan air

 tersebut dianggarkan 10,000 kali ganda Niagara Falls. Mereka mendakwa
 bukti saintifik menunjukkan bahawa kulit kerang dari kawasan tersebut
 berusia lebih 7000 tahun manakala yang daripada laut lain berusia
 sekitar 6500 tahun. Dr Ballard menerangkan "Banyak perkara berlaku
 telah berlaku apabila air tawar dari sebuah tasik bertukar menjadi air
 masin
 sebuah laut 7000 tahun dahulu dan hasil daripada banjir besar tersebut
 menyebabkan kawasan tanah darat yang sangat luas bertukar menjadi dasar
 laut".Dipetik daripada: James Chapman, Daily Mail, UK, 14 September
 2000. Jamil Adimin Research and Graduate School University of Manchester











Kirim email ke