Title: RE: H-Net* Bodohnya pemikiran umno ni...

assalamualaikum...
kita dah tau depa macam tu yang dok pi layan lagi buat aper dan buat saudara ibrahim..saya kurang faham dengan penerangan saudara di akhir pertemuan saudara dengan T. hadi awang...

wasssalam...

-----Original Message-----
From: imranibrahim [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 29/08/2001 10:40 AM
To: mee goreng; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Bodohnya pemikiran umno ni...



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wrth wbth.

Saya ingin mempelawa sedikit pengalaman dengan sahabat2 netters. 1990 saya
bermukim di Setiu dan ramai juga guru-guru pondok yang saya jadikan guru dan
sahabat. Antaranya Tuan Guru haji omar (Ayah Chik omar, Tn Guru Hj
najmuddin, Tn Guru hj Awang, Tn Guru hj Jusoh dan lain2 ustaz untuk diambil
pelajaran dan manfaat hidup.

Tempat kediaman saya terlalu ramai anak2 muda yang menghadapi masalah sosial
dan saya mendekati mereka tahun 1991. Apabila Allah mentaufiqkan mereka
untuk berubah sya mula membuka kitab di masjid2, terutama masjid bukan
kerajaan kerana ketiadaan halangan permit, namun terlebih dahulu saya
maklumkan kepada tn Qadhi masa tu Tn Qadhi Mohd Nor selepas tu Tn Hj
Shamsuddin. Saya terlebih dahulu menerangkan kepada beliau selok belok atau
skop penyampaian saya.

Ramailah imam2 UMNO mengamuk menuduh saya membawa ajaran sesat dan saya
berdepan denga SB2 pejabat agama dan polis.

Setelah masjid2 Pas mula hidup, ada diantara imam2 Pas tidak berkenaan
kerana penyampaian saya tidak menyentuh peribadi UMNO biarpun disokong oleh
Guru2 pondok tadi yang mula terbuka pemikiran mereka.

Akhirnya saya dipanggil oleh Ustaz Abu Bakar Chik ketika itu Ketua pemuda
Pas malaysia. Dalam perbincangan saya menegur kerana ramai sahabat2
menghukum UMNO atau orang yang tidak sehaluan dengan PAS, sedangkan hukum
Allah sudah ada panduannya. Teguran itu menjadikan beliau melenting dan
mengecapkan saya sebgai UMNO lantas mengcungkil apa yang saya bawa adalah
karut. perkara ini di sokong oleh ustaz Hussain yang sekarang ini Speaker
DUN Trg.

Akhirnya 3 buah masjid PAS Setiu, Kg Besut, Kg Buluh dan Kg Banggol telah
mengistiharkan saya membawa ajaran sesat. Pada bulan 5  1993,   kalau tak
silap saya ada penerangan perlaksanaan hudud telah dia adakan di
 setiu, penceramahnya Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, Sdr Mustaffa Ali dan Sdr
Wan Muttalib.

Semasa sesi soal jawab, saya mengemukan soalan, ""Tn Guru sekiranya Pas
memerintah Terengganu dan Syariah Islam dilaksanakan bagaimana hukuman yang
akan dijatuhkan kepada mereka yang diragui membawa ajaran sesat?"" Sekiranya
kita kenalpasti ada seseorang atau kumpulan membawa ajaran sesat, maka kita
akan adakan syura Ulama' , kita lihat panduan al quran, hadis, ijma'' dan
qias. Sekiranya amalan tersebut tiada berkaitan dengan sumber hukum maka
kita akan panggil pengamal tadi untuk diberikan penerangan, jika kesamaran
atau salah kita suruh dia taubat, jika tidak kita akan jatuhkan hukum
mengikut kaedahnya"

Saya bertanya lagi, "Adakah hukuman yang dijatuhkan terhadap saya telah
melalui proses yang Tuan Guru sebutkan tadi?''- Beliau menambah untuk
bincang selepas ceramah.

Selepas ceramah, saya dijemput dan berdepan dengan ramai pemimpin termasuk
ustaz Abu bakar Chik. Tok Guru tanya saya siapa yang mulakan perkara
pertuduhan itu kerana beliau tidak tahu, saya cakap Ustaz Abu Bakar chik
yang memberi arahan, Tok Guru minta penjelasan daripada Ustaz abu bakar
Chik, beliau menegaskan beliau telah mengarahkan orang bertanya kepada Tok
Guru Nik Aziz mengenai apa yang saya bawa, maka Tok guru nik Aziz kata
sesat''...Tok Guru Haji Hadi berkata....ooo kalau tok Guru nik Aziz kata
sesat, sesatlah tu...

Saya menambah, habis kaedah hukum yang Tok Guru jelaskan pada ceramah tadi
bagaimana? Wan Muttalib mencelah, kita ni dah pukul 12 lebih, jadi dah tak
ada masa....

Habis saya ni bagaimana?....

Sahabat netters boleh bertanyakan kepada mereka yang semuanya masih hidup.
Kehadiran ceramah pada hari tu lebi9h daripada 3000 orang.

Saya tidak bermaksud menyokong atau membenci mana2 pihak. Namun hukum tetap
hukum, orang jahat kalau buat jahat dah tentu jahat orang jahil dan orang
alim mesti tahu itu adalah jahat. tapi kalau orang baik yang buat jahat
hanya orang alim sahaja yang tahu, kalau hanya sekadar dengar ceramah dan
tak mengaji tak ada jalan untuk mengakji dan berfikir dan tentu tak akan
kenal jahat.

Terpulanglah pada netters untuk memberi komen...

Wassalam.
----- Original Message -----
From: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, August 28, 2001 11:59 AM
Subject: H-Net* Bodohnya pemikiran umno ni...


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Tengoklah betapa bodohnya manusia umno ni yang tak
> habis2 nak menyelewengkan fakta dengan kebodohan
> dia.
>
> Khalifah ambil dari parsi dan rom selagimana tak
> bertentangan dengan Islam. Umno ambil british punya
> tak kira apa hukum Islam mengenainya.  Benda simple
> macam ni pun dia tak nampak....tak ada harapanlah
> nampaknya....
>
> Itulah akibatnya bila benci pada Islam, tak kemanalah
> perginya...  Hari ini memusuhi mujahiddin, besok
> entahapa2 lagi sandiwara yang akan dimainkannya...
>
> ------------------------
>
> Datuk Seri Hadi Awang! Adakah Babi Halal Jika Disembelih?
>
>    Kunta Kinte Malaysia ([EMAIL PROTECTED])
>
> Saban malam, bulan berganti bulan, tahun berselisih tahun, Pas tidak
pernah berhenti menghentam kerajaan pimpinan UMNO kerana tidak melaksanakan
perundangan Islam.
>
> Boleh dikatakan apa sahaja tindakan kerajaan pimpinan UMNO termasuk usaha
mewujudkan pelbagai akta bagi mengukuhkan Mahkamah Syariah juga sering
diperlekehkan oleh PAS.
>
> seorang pemimpin Pas pernah mendakwa bahawa Sistem Perbankan Islam di
Malaysia tidak Islamik. Pas juga menentang Eknakmen Pemulihan Akidah Negeri
Perlis kerana tidak menepati pemikiran Islam ala Pas.
>
> Apa sahaja yang UMNO buat Pas akan menentang atas alasan agama Islam yang
maha suci ini. Demikianlah Pas melihat semua perkara mengenai Islam yang
dibuat oleh UMNO sebagai tidak menepati kehendak Islam.
>
> Apabila kerajaan Pusat pimpinan UMNO menolak Enakmen Jenayah Syariah II
Kelantan (1993) kerana tidak menepati kehendak keadilan dalam Islam yang
sebenar tidak ada seorang pun pengikut Pas mahu menerima hakikat tersebut.
>
> Mereka merasakan amatlah mustahil untuk UMNO mengajar Pas bagaimana untuk
melaksanakan perundangan Islam di Malaysia. Mereka merasakan hanya pemimpin
atau ulama Pas sahaja yang betul dan faham tentang Islam.
>
> Semua ini menjadi kepercayaan pengikut-pengikut Pas yang bertaklid buta
kepada ulama separuh masak mereka. Kelompok pemimpin Pas ini bukanlah pakar
perundangan pun selain menghafal kitab-kitab dan bertaklid buta kepada ulama
tertentu.
>
> Malangnya ramai orang tertipu dengan hipokrasi ini hinggakan menganggap
apa sahaja Pas buat Islamik dan apa yang UMNO buat tidak menepati kehendak
Islam.
>
> Namun apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam
adalah satu yang ironis kepada seluruh perjuangan Islam Pas.
>
> Seluruh umat Islam di negara ini pasti pening memikirkan bagaimana mereka
yang mengaku ulama dan tok guru mengambil undang-undang (Akta-akta Mahkamah
Syariah Wilayah Persekutuan) daripada orang yang mereka panggil 'mahafiraun'
untuk dijadikan sebagai undang-undang negeri 'Islam' (Terengganu) mereka.
>
> Kerajaan Terengganu pimpinan Pas yang selama ini melihat pemerintahan UMNO
sebagai pemerintah taghut dan tidak islamik telah mengambil 99% Rang
Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dalam Dewan
Undangan Negeri Terengganu.
>
> Dengan kata lain, apa yang mereka anggap selama ini tidak tepat, tidak
betul, tidak islamik telah diambil dan diluluskan oleh kerajaan Terengganu
pimpinan Pas.
>
> Tidak cukup dengan itu, 'Ulama Muktabar Pas' Datuk Seri Abdul Hadi Awang
semasa ditanya pemberita enggan mengakui atau menafikan bahawa kerajaan
pimpinannya mengambil perundangan Islam Wilayah Persekutuan.
>
> Sebaliknya beliau menganggap kalau ada pun sebagai kebetulan sahaja.
Alangkah hebatnya kebetulan ini hinggakan yang berubah hanya kepada
perkataan akta kepada enakmen dan Yang Dipertuan Agong kepada Sultan
Terengganu.
>
> Demikianlah egonya seorang yang meletakkan dirinya sebagai tok guru dan
ulama ini hinggakan walaupun telah terbukti bahawa 99% apa yang dibentangkan
itu adalah dari perundangan Islam WP, beliau tanpa malu masih enggan
mengakui bahawa mereka meluluskan Undang-Undang yang dibuat oleh kerajaan
pimpinan UMNO.
>
> Sebenarnya tidak ada salah untuk kerajaan Terengganu mengambil perundangan
Islam WP ini kerana telah ternyata ia baik untuk umat Islam.
>
> Cuma adab orang berilmu, kalau menggunakan ilmu atau kajian orang lain
hendaklah kita memberi akreditasi atau perakuan kepada orang yang
menggubalnya.
>
> Tapi kita faham jika Hadi Awang enggan mengakuinya. Jika beliau mengakui
fakta ini maka ia samalah seperti mengatakan Pas mengiktiraf pemerintahan
Islam UMNO. Sekaligus bermakna UMNO mendahului atau memimpin Pas dalam
Islam - satu hal yang tidak mungkin mahu diakui oleh pemimpin Pas sampai
bila-bila.
>
> Kerana jika ini berlaku hilanglah imej dan ego pemipin Pas yang
dibanggakan oleh para penyokong mereka sebagai lebih islam dan pakar tentang
islam berbanding orang lain. Sekaligus dalam jangka masa panjang ia akan
menghakis 'akidah' parti Pas yang telah dipupuk selama ini.
>
> Kita tidak kisah jika mereka enggan mengakuinya kerana ego. Ini sudah
lumrah manusia.
>
> Tapi bukankah mereka juga selama ini menganggap akta-akta itu tidak
menepati kehendak Islam? Ini perkara serius. Kalau dulu tidak betul kenapa
sekarang harus betul? Apakah kerana Pas yang meluluskannya maka secara
automatik ia menepati kehendak Islam?
>
> Hadi Awang dalam mengelakkan diri dari mengaku ia mengambil undang-undang
Islam WP yang digubal oleh kerajaan pimpinan UMNO telah menggunakan analogi
dengan mengatakan bahawa Saidina Umar juga pernah mengambil undang-undang
Parsi dan Rom.
>
> Apa jenis pemimpin ini? Sudahlah tidak mengaku mengambil undang-undang
buatan UMNO, kemudian buat perbandingan seolah-olah beliau macam Saidina
Umar dan kerajaan pusat macam kerajaan Rom dan Parsi (bukan Islam) pula.
>
> Apa jenis manusia orang macam Hadi Awang ini kita kurang jelas.
>
> Dulu dia kata kita jahiliyah sebab ambil sebahagian undang-undang Kafir
(British) jadi perlembagaan Malaysia. Kalau lupa eloklah Hadi Awang semak
ucapan-ucapan beliau yang mendakwa sesiapa mengambil perundangan kafir maka
ia kafir untuk menjustifikasikan penerimaan UMNO ke atas Perlembagaan
Malaysia hari ini.
>
> Tapi bila tiba gilirannya, cepat pula guna alasan bahawa Saidina Umar
pernah mengambil undang-undang orang kafir.
>
> Macam mana ni tok guru. Dulu kami jadi kafir kerana guna sebahagian
undang-undang British. Tapi sekarang Tok Guru kata Saidina Umar juga pernah
ambil undang-undang Rom dan Parsi (orang kafirlah tu).
>
> Parahnya pemikiran ini kerana Islamik atau tidak, halal atau haram sesuatu
itu bukan lagi kepada prinsip Islam tetapi kepada pakaian atau luaran
sesuatu itu. Nampaknya apa yang Pas buat islamik dan apa yang UMNO buat
tidak Islamik kerana Pas parti Islam dan UMNO bukan parti Islam.
>
> Kalau luaran atau pakaiannya UMNO maka ia tidak islamik demikian juga
sebaliknya jika ia diberi pakaian Pas maka semua menjadi islamik dan halal
termasuk berkawan dengan syaitan, mencarut dan berkhalwat.
>
> Pening kita orang biasa memikirkan putar belit tok guru ni. Cuma soalan
penulis untuk Hadi Awang dan seluruh ahli Pas: Adakah Babi Jadi Halal Kalau
Disembelih?
>
>
> --
>
> _______________________________________________
> Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free!
> http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pengirim: "imranibrahim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke