*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Very good reading for HNetters


mawar berduri wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Dalam kita asyik sebut-sebut nama si Yati budak UTM yg kantoi
> tu, ni ada kisah buat renungan orang-orang lelaki yang bergelar
> suami!
>
> Meniti Hari: ‘Suami minta wang isteri bayar denda khalwat’
> Oleh Shamsiah Sanin
>
> LEWAT pagi itu, saya melangkahkan kaki perlahan menuju ke pejabat
> pentadbiran Mahkamah Syariah di kawasan saya. Sebenarnya, saya ada janji
> temu untuk makan tengah hari dengan seorang kawan saya, Hasnah yang juga
> salah seorang kakitangan di bahagian pentadbiran mahkamah itu.
>
> Ketika saya sampai, hari masih awal, jadi saya mengambil keputusan meninjau
> perbicaraan yang sedang berlangsung di mahkamah.
>
> Saya melihat beberapa orang sedang menunggu di situ. Perasaan saya tiba-tiba
> tersentuh. Teringat saya ketika baru bertugas sebagai wartawan kira-kira 20
> tahun lalu.
>
> Antara tugas yang pernah diarahkan kepada saya ialah meliputi perbicaraan di
> Mahkamah Syariah. Antaranya termasuk kes khalwat, zina, nikah di luar
> kawasan dan memberi ceramah agama tanpa izin. Ketika itu, saya cukup arif
> dengan fasal dan seksyen yang ada dalam enakmen pentadbiran agama Islam
> negeri.
>
> Sesetengah kes yang dibicarakan kadangkala meloyakan, tetapi disebabkan
> tugas saya lakukan juga.
>
> Ketika tertinjau-tinjau di luar mahkamah itu, pandangan saya tertumpu kepada
> seorang wanita yang agak muda bersama seorang kanak-kanak duduk di bangku
> bawah pokok tidak jauh dari mahkamah.
>
> Wajahnya nampak lembut dan perutnya yang memboyot menunjukkan kandungannya
> sudah sampai ke penghujung dan mungkin sedang menunggu masa melahirkan.
>
> Saya memandangnya dan melempar senyuman. Dia membalas senyuman dan saya pun
> terus menuju ke arahnya, lalu duduk di sampingnya.
>
> Kami bersalaman dan dia memperkenalkan dirinya sebagai Leha. Kanak-kanak
> berusia lingkungan lima tahun itu adalah anaknya.
>
> “Saya ni kak tunggu suami bicara hari ini, kes khalwat. Dia dalam dewan
> mahkamah. Saya duduk di luar ni, malas nak tunggu. Entahlah kak, dah nasib
> saya agaknya,” kata Leha sambil mengeluh panjang.
>
> Kata Leha, suaminya bekerja sebagai pembantu tadbir dan pada masa terluang
> dia menjadi jurujual.
>
> “Saya ni suri rumah saja. Anak kami ada tiga dah nak masuk empat. Duduk di
> Kuala Lumpur ni manalah cukup kalau suami isteri tak bekerja,” keluhnya
> lagi.
>
> “Masa jadi jurujual itulah agaknya dia berkenalan dengan perempuan tu. Jadi
> rapat sampai dah tak ingat anak dan isteri yang dah nak bersalin ni,” kata
> Leha.
>
> “Saya tanya nak kahwinkah dengan perempuan tu. Kalau nak, kahwinlah, saya
> rela dimadu, asalkan jangan dia buat dosa sudahlah. Tapi dia kata tak hendak
> pulak. Saya tanya kalau begitu kenapa asyik kepit perempuan tu ke sana ke
> mari? dia tak jawab pula. Mati akal saya dibuatnya.
>
> “Dah puas saya nasihat dia tak dengar. Saya ni bukan jenis yang tahu nak
> berkeras-keras sangat. Nak saya turut ke intip dia, perut saya dah terboyot.
> Saya cuma boleh sabar. Sampailah suatu hari orang datang ke rumah beritahu,
> dia kena tangkap khalwat. Saya macam nak meraung dibuatnya, tapi kenangkan
> anak dalam kandungan, saya sabarkan hati.
>
> “Masa saya jumpa ketika dia sedang disoal siasat, dia menangis insaf, janji
> tak buat lagi dan merayu saya maafkan dia. Saya ni cuma ingat anak, ingat
> diri tak bekerja dan ingat emak ayah di kampung yang selalu harap saya
> bahagia. Kalau tidak entahlah,” katanya lagi.
>
> Saya pandang wajah Leha dan rasa simpati mendadak dalam diri. Saya amati
> wajahnya, tiada apa yang kurang nampaknya. Orangnya cantik, lembut dan
> berbudi bahasa, kalau melihat wajahnya saya boleh katakan dia seorang yang
> sabar.
>
> Ketika masing-masing melayan fikiran sendiri, saya nampak beberapa orang
> keluar dari mahkamah. Seorang lelaki memandang ke arah kami. Saya yakin
> itulah suaminya. Leha bersama anaknya bangun lalu menuju ke arah lelaki itu.
> Saya mengikut dari belakang.
>
> “Abang kena denda RM500 atau penjara dua minggu. Ada duit tak Leha?” Lelaki
> itu bertanya bertubi-tubi dan nampak amat cemas.
>
> “Mana ada, bang? Tak usah RM500, RM100 pun Leha tak ada,” kata Leha dengan
> mata kemerahan.
>
> “Leha... Leha kena tolong abang. Kalau abang kena penjara, nanti abang kena
> buang kerja, kita juga susah nanti,” katanya.
>
> Saya lihat Leha memandang tajam ke arah suaminya. Air mata mula merembes.
> Dia tidak menjawab sepatah pun, lalu berpaling membimbing anaknya dan
> berjalan meninggalkan suaminya, yang masih memanggil namanya.
>
> Saya melangkah cepat mengekori Leha.
>
> “Leha nak ke mana?” tanya saya.
>
> “Saya nak balik Kak, anak saya balik sekolah sekejap lagi. Kasihan mereka,
> kalau saya tak ada di rumah. Abang Man tu, nasib dialah, apa saya nak kata.
> Saya tak dapat nak tolong. Saya nak bersalin ni pun tak tahu nak cari duit
> di mana,” katanya sebak.
>
> Hati saya terasa benar-benar sayu. Saya meraba-raba di dalam beg dan bertemu
> gumpalan wang kertas yang saya tidak tahu berapa jumlahnya.
>
> Saya memegang bahunya, lalu memasukkan gumpalan wang kertas itu ke dalam
> genggamannya.
>
> “Untuk belanja bersalin. Ini nombor telefon saya. Kalau ada masalah
> telefonlah. Balik rumah ni, naik teksi, jangan naik bas,” kata saya.
>
> Leha mengangguk. Air matanya makin lebat. Tanpa sedar, air mata saya turut
> meleleh. Saya menghantarnya ke tepi jalan dan menahan sebuah teksi untuknya.
> Leha masuk dan melambai tangan ke arah saya. Saya mengangkat tangan dan
> memberi senyuman.
>
> Saya melihat jam di tangan. Alamak sudah jam 1.15 tengah hari, bergegas saya
> ke pejabat pentadbiran Mahkamah Syariah. Hasnah tentu sudah lama menunggu.
>
> – [EMAIL PROTECTED]
>
> MAWAR BERDURI
>
> _________________________________________________________________
> Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Khairi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke