assalamualaikum...
 
gim ni kan masa dsai mula ditangkap...semuanya senyap jer sama dengan ABIM...la nii dah ader GMI lak...alaaaa join PAS ajer lah....jangan berpecah belah..bergabung jerrrr
-----Original Message-----
From: azmi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 08/09/2001 9:10 AM
To: Hizbi Net
Cc: Group (myFoxes_93)
Subject: H-Net* Isu Pencabulan Hak Asasi Tenggelam?

 
GMI-JIM (53)
Isu Pencabulan Hak Asasi Tenggelam?
 
(358)    Dalam kesibukan kita menangani isu KMM dan gerakan bawah tanah, pencabulan hak asasi rakyat melalui ISA masih bermaharajalela. Ini bukan berfikiran 'konspirasi' atau dilanda sindrom 'ada dalang utama', tetapi saya percaya anjakan tumpuan daripada isu-isu hak asasi dan ISA kepada isu militan dan gerakan bawah tanah di IPTA disusun begitu rupa dengan hoopla yang didokongi oleh akhbar milik dan bawah kuasa kerajaan pemerintah.
 
(359)    Apakah tindakan yang diambil kerajaan daripada laporan yang dibuat oleh Suhakam baru-baru ini tentang kekerasan pihak polis ketika program Perhimpunan 100,000 Rakyat? Kata Menteri Dalam Negeri, beliau akan meneliti setiap mukasurat laporan tersebut. Kata Perdana Menteri, beliau anggap laporan tersebut tidak menggambar keadaan sebenar dan dipengaruhi oleh pendekatan barat terhadap hak asasi manusia. Kata Ketua Polis Negara pula, laporan tersebut tidak perlu dilayan.
 
(360)    Jika saya pesuruhjaya Suhakam, saya akan tercabar dengan komen-komen demikian. No respect whatsoever! Mana perginya rundingan, perjumpaan, perbincangan dan perkongsian bagi menangani isu berkenaan? Mana perginya konsep mesra rakyat, jalinan kerjasama?
 
(361)    Kita semua tahu apa jawapan mereka. "Rundingan dan perkongsian memang dilaksanakan tetapi bagi kebaikan majoriti rakyat. Ini kes minoriti. Lagi pula, kenapa kita perlu akur kepada laporan yang berat sebelah dan tidak mengambilkira situasi semasa di Malaysia". Sikap dan ego Dr Mahathir amat terserlah dengan amalan tiada sesiapa yang lebih atas darinya walaupun nada dan teguran Suhakam merupakan pandangan mereka setelah siasatan dijalankan dan selari dengan hak yang diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
 
(362)    Saya pasti sekiranya isu-isu lain dimainkan, laporan Suhakam ini akan tenggelam bersama dengan ingatan rakyat terhadap pencabulan hak asasi manusia. Benar atau tidak, strategi 'rakyat mudah lupa' sekali lagi digunakan di sini. Benar atau tidak, isu Anwar, penyelewengan kewangan, pemunggahan kekayaan oleh kroni dan isu ISA yang semuanya menala ke arah Dr Mahathir sudah mula dikaburi dengan kelemahan pelajar Melayu, aktiviti bawah tanah di IPTA, aktiviti militan dan kegagalan pensyarah menjalankan tugas mereka.
 
(363)    Keterlaluankah teori ini? Saya anggap tidak kerana mereka percaya mereka telah berjaya melumpuhkan beberapa kekuatan atau faktor kritikal kejayaan kebangkitan rakyat dengan strategi demikian.
 
(364)    Pertama, mereka gunakan ISA ke atas penggerak kebangkitan rakyat terutamanya Hj Saari Sungib, Ezam Mohd Nor, Tian Chua, Dr Badrulamin, Lokman Noor Adam dan Hishammuddin Rais.
 
(365)    Kedua, mereka gunakan ISA ke atas penggerak kebangkitan mahasiswa dan menyekat kemaraan pelajar dengan ancaman AUKU dan tindakan penggantungan.
 
(366)    Ketiga, mereka sekat pengeluaran permit untuk ceramah umum dan mengambil tindakan menahan sesiapa yang dianggap melanggar sekatan tersebut
 
(367)    Dan keempat, mereka cuba melumpuhkan PAS dengan menconteng arang ke atas imej mereka melalui KMM dan gerakan bawah tanah di IPTA.
 
(368)    Ada satu lagi faktor kritikal kejayaan yang tidak boleh ditinggalkan iaitu sokongan NGO. Setakat ini, bahangnya sudah mula terasa tetapi saya amat berharap NGO juga tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah hamburan mereka. Sebagaimana yang pernah saya sebutkan dulu, NGO perlu berani mara secara bijaksana, telus, amanah, jujur dan penuh bertanggungjawab. Selalunya jalan mudah ialah dengan mengelak dan membuat lencongan yang akhirnya boleh mengakibatkan kurang keberkesanan dalam konteks mesej yang ingin disampaikan.
 
(369)    Saya setuju dengan langkah kita mengetengahkan isu-isu pokok kepada masyarakat. Contohnya, kegagalan di kalangan pelajar IPT. Atau, kejayaan pelajar berpendidikan sekolah agama, atau kejayaan NGO dalam mendidik remaja dan masyarakat atau peningkatan kesedaran terhadap amalan yang dianjurkan oleh Islam dan sebagainya. Dalam isu-isu inilah kita boleh ketengahkan sebab-sebab utama kegagalan atau kelemahan.
 
Mansuhkan ISA! Bebaskan Tahanan ISA sekarang!
 
Syed Ibrahim Alhabshi (013-3421287)
Naib Presiden
Pengerusi GMI-JIM
4 September 2001

Kirim email ke