*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum
wah..tajuk perbincangan ini memang patut diutarakan

wassalam

-----Original Message-----
From: Mohd Hafiz - PP [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 18/09/2001 11:58 AM
To: Harun Aminurrashid; [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* Digalak jihad berani mati tapi kena caranya supaya
tak mati sia2



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(2:261)Maka jika kamu tidak mengerjakan(meninggalkan riba) maka ketahuilah,
bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangi mu. Dan jika kamu bertaubat, maka
bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak teraniaya.

Sekadar nak bertanya kenapa Allah pilih perkataan "memerangi". Adakah
sekadar penyeri bahasa atau  memang itu yg dimaksudkan.

Keadaan ekonomi sekarang ni yg riba terlalu berleluasa hingga ada yg sanggup
menyatakan "dah terpaksa, kalau tak tak boleh la beli rumah, beli kereta,
buat pinjaman nak mula bisnes".

Jadi siapa yg cipta situasi ni hingga orang Islam tak boleh lari dari riba.
Siapa yg hasut orang yg mengaku Islam higga tak sanggup tinggal riba
semata-mata tak sanggup duduk rumah sewa atau pondok kecil, tak sanggup nak
meniaga kecil-kecilan(jual roti, nasi lemak), kerana nak bangunkan ekonomi
Islam (walaupun terpaksa buat pinjaman yg dikenakan interest, dimana dosanya
umpama berjima' dgn ibu sendiri). Sanggup kata dia berada dalam keadaan
terpaksa utk buat pinjaman kenderaan kerana tak sanggup guna
motosikal/basikal.

Maka siapa yg harus kita 'perangi'.

-----Original Message-----
From: Harun Aminurrashid [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Sunday, September 16, 2001 1:51 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Digalak jihad berani mati tapi kena caranya supaya tak
mati sia2



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sumber:
http://ahkam.hypermart.net/cgi-bin/ubb/ultimatebb.cgi?ubb=get_topic&f=2&t=00
0003

Kenyataan Ulamak: Ulamak Islam Mengecam Serangan Ke
Atas Amerika Syarikat
----------------------------------

Para ulamak Islam dari semua mazhab telah mengutuk
serangan yang dilakukan di Amerika Syarikat (AS) pada
Selasa 11/9/2001. Mereka mengatakan bahawa haram
hukumnya melakukan serangan ke atas orang awam,
bagaimana sekalipun permusuhan yang wujud antara
mereka.

Syeikh Yusof al-Qardhawi berkata, mereka yang
melakukan serangan ini menurut Islam wajib menerima
hukuman secara syarak. Tidak kita apa bangsanya, apa
agamanya dan apa warga negaranya.

Kutukan serangan ini juga dinyatakan oleh al Azhar
al-Syarif, Mesir: "Perbuatan ini tidak diakui oleh
mana-mana agama samawi."

Syeikh al-Qardhawi menyeru agar kaum muslimin menderma
darah mereka untuk menyelamatkan mangsa-mangsa letupan
di AS. Katanya, menderma darah, harta dan
bentuk-bentuk bantuan lain adalah sedekah. Mereka akan
diberi pahala untuk sedekah ini.

Selanjutnya Syeikh al-Qardhawi menyatakan, "apa yang
berlaku ini, tidak mungkin sedikitpun, dilakukan oleh
seorang muslim yang waras fikirannya dan kuat
agamanya. Syarak menafikan perbuatan berkenaan yang
menjadikan orang awam sebagai sasarannya." 

Katanya lagi, mengenai pendirian AS terhadap kekejaman
Israel terhadap rakyat Palestin, sekalipun ia adalah
perbuatan yang sangat tidak adil, namun ia tidak boleh
membawa kita kepada tindakan permusuhan terhadap orang
awam yang terdiri dari kanak-kanak, wanita dan
orang-orang yang lemah.

Beliau menegaskan, bahawa bumi Palestin adalah
tempatnya untuk diarahkan permusuhan terhadap Zionist,
sekalipun AS adalah sekutu rapat Zionist, namun Islam
tidak membenarkan cara yang berlaku di AS dilakukan.
Bahkan, Islam menolaknya. Kaum muslimin juga tidak
boleh ada rasa permusuhan terhadap rakyat AS walau
besar manapun perbezaan mereka dengan sistem
pemerintahannya.

Selanjutnya, menurut Syeikh al-Qardhawi, Islam
melarang membunuh mereka yang tidak melawan, walaupun
ketika peperangan dan pertempuran. Sebagaimana halnya
Islam melarang dari membunuh kaum wanita, kanak-kanak
dan orang tua. Begitu juga dengan paderi dan pendeta
yang sedang beribadat di tempat peribadatan mereka.

Seperkara lagi, katanya, asas dalam Islam ialah,
seseorang itu tidak menanggung beban dosa orang lain.
Di mana setiap manusia bertanggungjawab atas apa yang
dikerjakan, tidak atas apa yang dikerjakan oleh orang
lain.

------------
Manakala al-Azhar al-Syarif Mesir pula mengeluarkan
kenyataannya pada hari Rabu 12/9/2001. Al-Azhar
mengutuk tindakan berani mati menyerang Pusat Dagangan
Dunia New York dan Kementerian Pertahanan AS. Al-Azhar
menegaskan bahawa mereka tidak bersetuju samasekali
dengan tindakan keganasan tidak kira siapa yang
melakukan dan ia dilakukan di mana. Mereka menyifatkan
bahawa tindakan keganasan adalah perbuatan yang tidak
diterima dan tidak diakui baik oleh mana-mana agama
samawi ataupun oleh akal manusia.

Turut sama mengutuk serangan berkenaan adalah Syeikhul
Azhar, Imamul Akbar Dr. Muhamad Syed Thanthawi, Dr.
Yahya Ismail setiausaha Jabhah Ulama' al-Azhar, Dr.
Ahmad Umar Hasyim Ra'is Jami'ah al-Azhar dan Dr. Nasr
Farid Washil Mufti Mesir. 

Di Lebanon, Syeikh Muhamad Husain Fadhlullah salah
seorang dari ulamak besar Syi'ah mengeluarkan
kenyataannya pada hari Rabu 12/9/2001 yang tidak
bersetuju dengan serangan berkenaan. Menurutnya,
"sekalipun kami bermusuhan dengan pemerintah AS
mengenai pendirian politik mereka ke atas umat Arab
dan Islam, khasnya rakyat Palestin namun kami tidak
mengambil pendirian untuk memusuhi rakyat AS. Kami
tidak menerima sebarang bentuk permusuhan terhadap
mana-mana rakyat, sepertimana yang telah berlaku di
mana rakyat AS telah dimusuhi. Ini adalah cara yang
tidak diakui oleh agama dan risalahnya."

Katanya lagi, mereka yang melakukan serangan telah
melakukan dua jenayah, pertama, ketika mereka
melakukan rampasan kapalterbang dan menyebabkan
penumpang dari kalangan orang awam terbunuh. Kedua,
ketika mereka merempuh penempatan orang awam dan
membunuh orang awam yang tidak berdosa.

Menurutnya lagi, "kami merasa amat terkejut sekali
terhadap apa yang berlaku ini yang tidak mungkin akan
dipersetujui oleh mana-mana agama ataupun mana-mana
logik akal manusia ataupun mana-mana ideologi politik
yang waras.

=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!

__________________________________________________
Terrorist Attacks on U.S. - How can you help?
Donate cash, emergency relief information
http://dailynews.yahoo.com/fc/US/Emergency_Information/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Hafiz - PP <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Shaidatul Akmar Mhd <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke