*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
> Subject: gerakan islam di persimpangan
> Date: Wed, 30 Jan 2002 12:34:58 -0800 (PST)
> From: ober n out <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
> Belum pernah dalam sejarah pertembungan Barat dengan
> Islam pada alaf baru ini berlaku satu gerakan
> ketenteraan Barat yang secara terang terangan mendakwa
> tindakan mereka ialah satu ‘crusade’ (perang salib).
> Belum pernah juga dalam sejarah kepimpinan sekular
> umat Islam, pemimpin pemimpin Islam di negara Islam
> menyatakan sokongan secara terbuka kepada polisi
> Amerika dan Barat terhadap nasib umat Islam. Semua ini
> dilakukan atas nama ‘membenteras keganasan dan gerakan
> militan’ yang didakwa oleh Amerika dilakukan oleh
> pertubuhan pertubuhan Islam yang bertujuan untuk
> menghancurkan kepentingan Amerika di dunia.
>
>
>
>             Seruan ‘suci’ Amerika ini disambut oleh
> pemimpin pemimpin sekular negara Islam yang secara
> kebetulan atau tidak mendakwa negara mereka juga
> diancam oleh gerakan militan dan keganasan ‘untuk
> menggulingkan kerajaan yang ada sekarang dengan
> pertumpahan darah. Kempen Amerika terhadap keganasan
> telah menjadi kempen sedunia dan tidak pernah juga
> dalam sejarah interpol berlaku satu hubung-jalin yang
> begitu mantap sehinggakan tidak ada mana mana kumpulan
> Islam yang didakwa mengamalkan keganasan pasti ada
> hubung kaitnya antara satu sama lain.
>
>
>
>             Untuk memulakan kempen keganasan ini ,
> Amerika perlu ada sebab dan perlu ada seseorang untuk
> didakwa. Untuk tujuan itu Osama dan Al Qaeda menjadi
> pilihan terbaik Amerika sebagai bahan kempennya.
> Kebetulan pula Afghanistan di bawah kerajaan Taliban
> melindungi Osama maka kerajaan Taliban juga dijadikan
> sasaran untuk memenuhi tujuan peperangan Amerika ke
> atas Afghanistan. Pakistan pula diheret dalam kancah
> peperangan ini apabila India mendakwa serangan ke atas
> Parlimen India pada 3 Oktober tahun lalu dilakukan
> oleh gerakan militan Islam Pakistan yang didakwanya
> didalangi oleh Perisikan Pakistan. India juga mendakwa
> Perisikan Pakistan bertanggungjawab terhadap serangan
> serangan di Kashmir yang menjadi rebutan antara India
> dan Pakistan melalui kumpulan militan di sana.
> Kedudukan berjaga jaga sepenuhnya (full alert) di
> sempadan kedua buah negara tersebut menimbulkan lagi
> suasana tegang , apatah lagi kedua kedua negara
> tersebut masing masing memiliki senjata nuklear. Benua
> Indo-Pak dan Asia Tengah menjadi medan ketegangan dan
> pertaruhan Amerika yang besar satelah Timur Tengah.
>
>
>
>             Palestine yang menjadi tumpuan isu dunia
> tidak menunjukkan tanda tanda lebih baik, bahkan rejim
> Zionis di Israel mengambil kesempatan ini untuk
> menumpaskan habis habisan gerakan gerakan militan dan
> gerakan sederhana PLO pimpinan Yasser Arafat yang
> diiktirafi oleh Israel. Iraq pula terus diancam kerana
> termasuk dalam senarai negara yang menjadi penaja
> kepada keganasan.
>
>
>
>             Di Asia Tenggara pula Filipina mendapat
> nama di dada dada akhbar kerana aktiviti Abu Sayyaf
> yang turut didakwa mempunyai hubungan dengan Al Qaeda.
> Begitu juga keganasan di Ambon, Sulawesi dan Jakarta
> di Indonesia turut dikaitkan dengan aktiviti militan
> yang ditaja oleh Osama. Malaysia pula didakwa menjadi
> tempat pertemuan perancang perancang keganasan
> antarabangsa. Dunia dimaklumkan juga ujudnya golongan
> KMM (Kumpulan Mujahidin Malaysia) yang didakwa
> mendapat latihan ketenteraan di Afghanistan. Singapura
> pula berjaya menahan beberpa orang dari rakyatnya dan
> rakyat Malaysia yang dikatakan beroperasi dibawah
> pengawasan Al Qaeda di atas nama Jamaah Islamiyah
> (JI).
>
>
>
>             Hampir keselurohan benua di peta dunia
> hari ini tidak sunyi dari menjadi salah satu bahagian
> daripada kempen menentang keganasan. Gerakan Islam
> secara umumnya menjadi tumpuan utama dalam kempen
> menentang keganasan ini. Tidak kiralah samada tumpuan
> itu bersifat serangan ke atas kelangsongan (survival)
> gerakan Islam ataupun tumpuan itu bersifat
> mempertahankan Gerakan Islam dari semua tohmahan
> keganasan dan militant.
>
>
>
> Membuat Penilaian
>
>
>             Satelah melihat senario konflik dunia hari
> ini , seseorang penganalisa tidak dapat lari untuk
> membuat satu rumusan awal yang tidak boleh diragui
> kesahihannya, iaitu konflik hari ini ialah konflik
> antara Islam dan Barat. Walaupun dahulu konflik ini
> telah ujud tetapi keujudannya hanyalah dalam bentuk
> perbincangan akademik atau bersifat retorik, berbeza
> dengan hari ini ia telah sampai ke tahap pertembungan
> ketenteraan yang membawa kepada penjajahan dan
> mobilisasi ketenteraan secara besar besaran. Satu lagi
> rumusan awal yang semakin jelas kesahihannya ialah
> tekanan Amerika ke atas pemimpin pemimpin negara Islam
> untuk membuat sikap ‘sokong Amerika’ atau menerima
> padah bersekongkol dengan keganasan. Hampir semua
> pemimpin pemimpin negara Islam memilih menjadi sekutu
> Amerika. Amerika tidak berpuas hati hanya dengan
> menyatakan sokongan tanpa satu tindakan yang
> membuktikan ‘keikhlasan’ lalu pemimpin pemimpin
> sekular  negara Islam pun membuat usaha besara besaran
> ‘crack down on terrorist organization’ (menumpaskan
> organisasi teroris). Usaha pembenterasan ini diikuti
> dengan ‘preventive measures’ (tindakan menyekat)
> melalui undang undang yang digubal melibatkan sekatan
> perhimpunan politik , sekatan kelas kelas agama ,
> sekatan berpersatuan dan pendidikan Islam, aktiviti
> serta sekatan sekatan ekonomi keatas pertubuhan
> pertubuhan Islam.
>
>
>
>             Sebenarnya pemimpin pemimpin sekular
> negara Islam melihat perkembangan mutakhir ini sebagai
> ‘rahmat’ kepada kelangsungan (survival) mereka. Kempen
> menumpaskan keganasan ini memberi peluang kepada
> pemimpin sekular negara Islam memperkukohkan semula
> kedudukan politiknya (re position) dan mereka
> mengambil kesempatan ini untuk sekaligus membenteras
> gerakan Islam yang bekerja atas landasn demokrasi yang
> mereka sendiri tahu tidak ada kena mengena dengan
> keganasan. Larangan larangan yang bersifat menyekat,
> menyempitkan lagi ruang bagi Gerakan Islam untuk
> menyampaikan risalahnya kepada orang ramai. Usaha
> menentang keganasan ini juga membuka ruang bagi
> pemimpin sekular negara Islam mengelirukan orang ramai
> untuk menampalkan identiti buruk kepada Gerakan Islam
> antaranya mengaitkan secara rambang bahawa Gerakan
> Islam adalah kumpulan manusia yang menaja keganasan ,
> Gerakan Islam mengharamkan wanita dari melibatkan diri
> secara aktif dalam pembinaan negara, Gerakan Islam
> membuka jalan bagi kuasa asing menjajah negara ,
> Gerakan Islam tidak mempunyai wawasan memerintah
> negara dan kemuncak dari serangan ini ialah Gerakan
> Islam mahukan negara Islam (Islamic State) ‘yang akan
> menimbulkan huru hara dalam negara.’ Bahkan kalimat
> ‘Islamic State’ itu sendiri telah cukup kuat bagi
> Amerika dan Barat melabelkan kumpulan kumpulan Islam
> tertentu sebagai ‘militan.’
>
>
>
> Mendefinisi-semula ‘Keganasan’
>
>
>             Adalah sesuatu yang tidak adil bagi mereka
> yang waras untuk membuat andaian umum (generalization)
> kepada sesuatu isu tanpa melihat faktor faktor yang
> mempengaruhi sesuatu keputusan. Antara kesilapan
> pemimpin sekular negara Islam dan pemimpin pemimpin
> Barat (secara sengaja atau tidak) ialah mereka terlalu
> cepat membuat andaian tanpa melihat isu sebenarnya
> (real issues) dari konflik yang berlaku antara Barat
> dan Islam.  Beberapa isu perlu kepada penjelasan
> supaya umat Islam tidak keliru antara kebenaran dan
> kepentingan kuasa kuasa besar.
>
>
>
> 1.                  Global Terrorism (Kegiatan
> Terroris Antarabangsa)
>
>
>
> Ia adalah satu istilah yang digunakan untuk
> menunjukkan aktiviti keganasan yang mempunyai
> rangkaian antarabangsa guna untuk mendapat perhatian
> kepada tuntutan yang mereka perjuangkan. Ia dijadikan
> sebagai cara untuk memberi tekanan kepada pihak
> tertentu untuk berunding dan memenuhi segala
> permintaan perjuangan mereka. Selalunya kegiatan ini
> adalah hasil dari tekanan hebat yang dipaksa ke atas
> kumpulan mereka dan salah satu cara untuk menarik
> perhatian kepada tuntutan golongan ini ialah melalui
> aktiviti terroris yang melibatkan , suicide bombings
> (meletupkan diri sendiri dan membunuh yang lain) ,
> penculikan atau rampasan bas ,kapalterbang dll ,
> menembak curi tokoh tokoh tertentu sebagai tindakan
> balas dendam ataupun meletupkan tempat tempat penting
> yang boleh memberi kesan kepada ekonomi pihak puhak
> tertentu.
>
>
>
> 2.                  Militancy Movement (Gerakan
> Militan)
>
>
>
> Ia adalah satu gerakan yang menggunakan kekerasan
> sebagai cara untuk mencapai matlamat perjuangannya.
> Mereka tidak meyakini demokrasi sebagai jalan untuk
> memenangkan dasar perjuangannya daripada kerajaan yang
> tersedia ada.. Operasi mereka adalah di bawah tanah
> dan perancangan mereka banyak melibatkan operasi
> operasi pembunuhan tokoh tokoh tertentu ataupun
> perancangan perancangan yang melibatkan melumpuhkan
> pihak keselamatan. Sistem pengkaderan mereka agak
> ketat dan syarat asas untuk menjadi ahli gerakan ialah
> bersedia untuk mati demi mencapai matlamat perjuangan
> mereka.
>
>
>
> 3.                  Independence Movement (Gerakan
> Kemerdekaan)
>
>
>
> Gerakan ini bertujuan untuk membebaskan tanah air
> mereka dari terus dijajah oleh kuasa asing yang
> merampas bumi mereka dan menghalau mereka keluar dari
> bumi mereka. Selalunya gerakan ini mempunyai sayap
> sayap tertentu untuk mencapai hasrat mereka , adanya
> sayap politik , sayap ketenteraan dan sayap hubungan
> antarabangsa. Kumpulan ini ada hubungan dengan
> kerajaan kerajaan yang bersimpati dengan perjuangan
> mereka bahkan ada sebahagian daripadanya mendapat
> bantuan kewangan dll bentuk bantuan yang selalunya
> diberi secara tidak langsong.
>
>
>
>
>
>
>
> 4.                  Sectarian Movement (Gerakan
> Kepuakan)
>
>
>
> Ini pula adalah gerakan yang menjadikan fahamannya
> atau ideologinya sebagai asas untuk bertindak secara
> ganas terhadap kumpulan lain yang tidak sebulu
> dengannya. Selalunya ia mempunyai kumpulan bermusuhan
> yang membenci fahaman tersebut lalu mereka berbunuhan
> antara satu sama lain. Segala kegiatan keganasan
> diselindungi disebalik alasan mempertahankan
> ideologinya dari dihapuskan
>
>
>
> Realiti Umat Islam
>
>
>             Apa yang menarik dalam semua kategori yang
> disebut di atas, ia tidak terbatas kepada golongan
> Islam sahaja. Bahkan kategori yang disebut banyak
> dikaitkan dengan golongan lain yang lebih ganas dan
> radikal. Rangkaian dadah antarabangsa termasuk dalam
> kategori terroris antarabangsa , gerakan militant di
> Amerika Latin saperti TUPAC Amaru , Sandista, Tamil
> Elam di Sri Lanka,IRA dll adalah gerakan militant yang
> cukup kejam. Gerakan pembebasan saperti gerakan
> pembebasan Kurdistan , Acheh , Selatan Sudan dll
> adalah juga bentuk perjuangan pembebasan. Gerakan
> kepuakan yang paling ganas dalam sejarah ialah
> pertumpahan darah di Ireland Utara antara Protestant
> dan Katolik , di Afrika antara puak puak Hutsi dan
> Tutsi di Pakistan antara Syiah dan Sunni. Dalam
> menafsirkan keganasan , mengapakah hanya Islam yang
> dilabelkan sebagai pengganas? Mengapa kumpulan
> pengganas lain tidak diperangi jika Amerika betul
> betul mahu menghapuskan keganasan?
>
>
>
>             Adapun realiti perjuangan umat Islam hari
> ini yang secara rambang dikaitkan dengan keganasan dan
> militant perlu dilihat dalam beberapa perspektif dalam
> konteks penderitaan yang dilalui oleh umat Islam hari
> ini.
>
>
>
> 1.                  Penindasan ke atas umat Islam
> Palestine oleh regim Zionis sejak dahulu lagi adalah
> merupakan sebab utama yang menyumbang kepada kemelut
> politik antarabangsa. Sikap Amerika dan Negara Barat
> menyokong regim Zionis di Israel telah menimbulkan
> kemarahan umat Islam sedunia kerana mereka merasakan
> isu tersebut telah menunjukkan sikap double standard
> Amerika. Semua tindakan keganasan Yahudi disokong oleh
> Amerika dan pembunuhan ke atas beribu ribu nyawa orang
> Palestine yang tidak berdosa dianggap oleh Amerika
> sebagai tindakan mempertahankan diri manakala nyawa
> seorang Yahudi yang dibunuh dianggap sebagai tindakan
> pengganas. Sikap Amerika ini menyebabkan kebencian
> umat Islam meluap luap.Bagi sebahagian daripada umat
> Islam mereka tidak ada pilihan melainkan ‘bertindak
> balas’ (retaliate) dengan cara yang serupa saperti
> yang dilakukan oleh Zionis tetapi di luar bumi
> Palestine , khusunya tempat tempat strategik Amerika.
> Palestine adalah isu antarabangsa yang istimewa kerana
> ia melibatkan sentimen umat Islam sejagat , ia bukan
> isu orang Palestine tetapi ianya isu umat Islam yang
> sayang kepada agamanya. Masjid AlAqsa yang menjadi
> tumpuan utama serta sejarah panjang yang pahit dengan
> Yahudi telah melibat seluroh dunia Islam bangkit
> dengan sentimen kebencian terhadap kuasa Amerika yang
> membajai keujudan Negara Zionis Israel.
>
>
>
> 2.                  Palestine dan Kashmir yang dijajah
> oleh kuasa asing telah menyebabkan umat Islam di sana
> bangkit untuk memerdekakan tanahair mereka. Apakah
> kebangkitan ini boleh dianggap sebagai tindakan
> keganasan. Bagaimanakah perundingan damai boleh
> berlaku jika penjajah terus menerus meningkatkan
> ketenteraannya dan melakukan penindasan ke atas bumi
> yang dijajah? Label keganasan serta militan yang
> ditempelkan ke atas pejuang pejuang Palestine dan
> Kashmir adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Mereka
> hanya mahukan kebebasan bumi mereka yang dijajah.
> Mengapa Amerika tidak bertindak pantas untuk memberi
> keadilan kepada orang Palestine dan memaksa Regim
> Yahudi berpegang janji kepada Perjanjian Oslo. Mengapa
> Amerika tidak memaksa India untuk menyerahkan
> sebahagian Kashmir yang dipersetujui adalah sebahagian
> daripada Pakistan? Apabila adanya kumpulan pembebasan
> Kashmir yang berasaskan Islam mahukan kebebasan ,
> mengapa mereka dikatakan kumpulan militan?
>
>
>
> 3.                  Gerakan Islam di sebahagian tempat
> pula menggunakan demokrasi sebagai landasan untuk
> mempengaruhi orang ramai. Gerakan ini berdaftar dan
> mempunyai pengaruh yang cukup besar alam menentukan
> perjalanan politik negara. Contoh kepada cara ini
> ialah gerakan Islam di Malaysia , Turki , Pakistan ,
> Algeria dan Mesir. Namun demikian cara demokrasi pun
> tidak sunyi dari sikap double standard Amerika dan
> negara Barat. Pengalaman di Turki , Algeria
> menzahirkan sikap double standard Amerika dan Barat.
> Walaupun kemenangan Islam dibatalkan disana oleh
> campurtangan tentera , Amerika tidak memperjuangkan
> hak yang dimenangi oleh golongan Islam melalui
> demokrasi. Amerika yang merupakan pejuang demokrasi
> menjadi bisu untuk mempertahankan kemenangan golongan
> Islam di persada demokrasi.
>
>
>
> 4.                  Gerakan Islam di negara Islam
> sendiri ditindas dan disekat kebebasannya oleh
> pemerintahan sekular. Undang undang digunakan untuk
> menyekat suara suara Islam daripada mendapat tempat
> dalam masyarakat. Apabila demokrasi disempitkan untuk
> membataskan suara suara Islam , Amerika tidak
> campurtangan. Bahkan lebih teruk lagi Amerika
> menasihatkan pula negara negara ini supaya menyekat
> suara Islam, jika tidak negara tersebut akan ditekan.
> Singapura yang banyak menyekat suara suara pembangkang
> dengan undang undang yang ketat , tidak pula dicop
> sebagai negara yang tidak menghormati demokrasi bahkan
> Singapura merupakan anak didik Amerika untuk
> mengimbangi kuasanya di Asia Tenggara.
>
>
>
> Apa yang penting dalam persimpangan ini ialah Gerakan
> Islam perlu terus menerus menghadirkan dirinya dalam
> kelompok massa dengan program program yang berdaya
> saing. Gerakan Islam tak perlu bersifat apolegetik
> (mengalah) seolah olah mereka merasa bersalah dengan
> tuduhan tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka.
> Gerakan Islam bukan kumpulan pengganas , mereka adalah
> pimpinan alternatif yang berpotensi untuk membina masa
> depan dunia ini kerana kekuatan dasar yang mereka
> bawa. Walaupun rumusan awal menyatakan bahawa konflik
> hari ini ialah pertembungan Islam dan Barat tetapi
> dari segi falsafahnya dan isinya ia adalah
> pertembungan antara nilai Agama dengan segala
> sistemnya dengan nilai Materialism dengan segala
> sistem yang terkandong di dalamnya. Masyarakat hanya
> perlu diyakinkan siapakah diantara nilai ini yang
> lebih mantap untuk membina tamadun manusia. Anggaplah
> segala konflik yang berlaku sebagai proses menzahirkan
> yang haq dan menghapuskan yang batil. Persimpangan
> kali ini akan membawa gerakan Islam kepada kedudukan
> yang lebih penting. Walaupun dialog antara peradaban
> merupakan satu wasilah penting untuk Gerakan Islam
> menjelaskan kedudukannya dengan Barat namun ia
> bukanlah satu satunya jalan keluar. Pada waktu yang
> sama Gerakan Islam mesti bersungguh memenangi
> keyakinan rakyat tempatan untuk kemudian membuktikan
> bahawa Gerakan Islam mampu mentadbir negara. Adalah
> sesuatu yang silap bagi penggerak Islam di merata
> ceruk dunia menggunakan pendekatan yang rigid tanpa
> melihat suasana dan reality setempat serta suasana
> yang sedang dilaluinya. Palestine bukan Malaysia dan
> Malaysia bukan Afghanistan begitu juga Pakistan bukan
> Mesir. Apatah lagi jika umat Islam berada pada
> kedudukan minoriti saperti di Thailand , Filipina ,
> Britain ,Amerika dll , satu pendekatan lain
> diperlukan. Perbezaan pendekatan ini bukanlah alasan
> bagi Gerakan Islam untuk memisahkan diri masing masing
> antara satu sama lain , ada di sana unifaktor (factor
> bersama) yang perlu dipupuk dan dijana secara
> unifaktor juga. Unifaktor ini adalah masing masing
> mahukan Islam tertegak sebagai satu entiti yang
> ada‘supremacy’ (keunggulan) dalam menentukan
> perjalanan dan pentadbiran kehidupan manusia. Pada
> tanggapan penulis unifaktor inilah yang mahu
> dirobohkan oleh Amerika dan Barat. Tidak kiralah
> samada di Malaysia atau Afghanistan , Pakistan atau
> Mesir supremacy Islam yang diperjuangkan oleh Gerakan
> Islam tidak disenangi oleh Kuasa kuasa Besar dunia.
> Mereka mahu Islam dipelihara oleh golongan sekular
> yang hanya menjadikan Islam sebagai ‘agama resmi’ yang
> tiada supremacy dalam menentukan keputusan negara.
> Persimpangan kali ini agak rumit tetapi menjanjikan
> masadepan yang baik kerana hanya dengan penyerlahan
> pertembungan ini sahaja yang akan membuka mata dunia
> tentang kehebatan Gerakan Islam. Di Amerika dan
> Britain sendiri minat rakyat mereka terhadap Islam
> semakin meningkat. ‘Blessing in disguise’ (rahmat
> disebalik penderitaan sesuatu) adalah lumrah mana mana
> perjuangan , lagipun Gerakan Islam  beriman dengan
> firman Allah “…moga moga apa yang kamu tidak suka
> ianya baik untuk kamu , dan moga moga apa yang kamu
> suka (kemenangan yang mudah) ianya buruk bagi kamu ,
> Allah mengetahuinya (ketika ia menjadikan semua ujian
> ini)  sedangkan kamu tidak memahaminya (kamu terlalu
> gopoh)”
>
>
>
> Mujahid Haji Yusof Rawa
>
> (Artikel ini ditulis ketika berada di Peshawar semasa
> mengetuai misi bantuan kemanusian PAS bagi pelarian
> Afghanistan)
>
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Great stuff seeking new owners in Yahoo! Auctions!
> http://auctions.yahoo.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ron <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke