*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cut and paste dari Berita Harian.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan,
Karpal Singh, berkata tindakan Singapura itu ternyata
bertujuan menindas penganut agama tertentu dengan
menggunakan integrasi nasional sebagai alasan.

“Kerajaan Singapura tidak wajar melupakan Artikel 15
perlembagaan negara itu yang memberi setiap rakyatnya
kebebasan menganut dan mengamalkan agama
masing-masing.

“Artikel 12(1) Perlembagaan Singapura pula menyatakan
setiap rakyat wajar dilayan secara saksama mengikut
undang-undang. Jika pelajar Sikh dibenar memakai
serban kenapa pemakaian tudung perlu dilarang,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga merujuk kepada kejayaan tindakan mahkamah
yang diambil seorang pelajar Sikh terhadap sebuah
sekolah swasta di United Kingdom kerana melarangnya
memakai serban jika mahu diterima memasuki institusi
berkenaan.

Katanya, keputusan mahkamah dalam kes Mandla and
Another v Dowell Lee and another 1983 itu wajar
dijadikan iktibar oleh kerajaan Singapura untuk
menarik balik larangan itu.

Karpal juga menawarkan khidmatnya secara percuma demi
kepentingan rakyat Malaysia dan Singapura untuk
mendapatkan perakuan mahkamah berhubung larangan
memakai tudung itu.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send FREE Valentine eCards with Yahoo! Greetings!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: MISWAN BUANG <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke