AS rasuah puluhan panglima perang Afghan

WASHINGTON 7 Feb. - Amerika Syarikat (AS) merasuah berpuluh-puluh panglima perang Afghan dengan hadiah telefon satelit dan bayaran AS$200,000 (RM760,000) setiap seorang bagi mendapatkan bantuan mereka dalam perang di Afghanistan.

Akhbar Washington Post hari ini memetik sumber bank sebagai berkata, lebih 35 komander tempatan melakukan urusniaga bank melibatkan wang AS$200,000 setiap seorang pada hujung tahun lepas.

Dalam beberapa kes urusniaga itu dilakukan selepas mereka menemui pegawai AS.

Nilai urusniaga berjumlah melebihi AS$7 juta (RM27 juta), menurut laporan itu.

Antara mereka yang menerima bayaran tersebut ialah Mirza Mohammed Nassery yang berpaling tadah daripada pihak Taliban dan menjadi komander sekumpulan pasukan bersenjata di bandar Kunduz, timur laut Afghanistan.

Pegawai bank itu berkata, Mirza membuka beg bimbitnya dan meletakkan wang AS$200,000 serta sebuah telefon satelit di atas meja.

Menurut Post, Mirza memberitahu pegawai bank itu bahawa pegawai Amerika memberinya wang tunai itu bagi mendapatkan kerjasamanya dalam kempen untuk menggulingkan rejim Taliban.

Sementara itu, di Islamabad, panglima-panglima perang di utara Afghanistan menuntut wang tebusan sehingga RM19,000 bagi pembebasan rakyat Pakistan yang ditahan di Afghanistan kerana menyertai tentera Taliban.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan percaya sekurang-kurangnya 3,000 rakyat negara itu dijadikan tawanan oleh pihak anti-Taliban dan mereka kini berhadapan dengan masalah kesejukan dan kelaparan di wilayah yang sedang menghadapi masalah kekurangan makanan paling ketara itu.

Pengerusi suruhanjaya tersebut, Afrasiab Khattack berkata, jumlah sebenar panglima perang yang menjadikan tahanan Pakistan sebagai `tukaran wang' tidak diketahui tetapi pihaknya percaya masih banyak kes tuntutan sedemikian tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

``Ada panglima perang yang menahan sendiri tawanan rakyat Pakistan itu atau bertindak sebagai orang tengah untuk membebaskan tahanan tersebut tetapi ia dilakukan setelah wang tebusan dibayar,'' kata Afrasiab.

Setakat ini, dianggarkan lebih 1,000 rakyat Pakistan dikatakan `hilang' tetapi suruhanjaya itu menjangka jumlah itu mungkin menjangkau lebih daripada 3,000 orang. - Agensi


_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke