*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum rakan2 semua,

Saya ingin bertanya pendapat kalian, terutama yang dari luar Kelantan, 
mengenai cadangan membina rumah tumpangan di Kota Bharu. Ini satu market 
survey.

Saya bercadang untuk membina sebuah rumah tumpangan di Kota Bharu Kelantan. 
Namun, saya merasa sangsi akan kejayaannya dan penerimaan bakal penginap 
kerana ianya terletak di sebuah kampung tradisi, bukan di pusat bandar.

Cirinya begini:
1. Berada 15 minit ke Pantai Irama Bachok dan 20 minit ke pusat bandar Kota 
Bharu.
2. Berada di sebuah kampung tradisional Melayu. Berdekatan dengan surau 
kampung. Jauh dari kebisingan bandar.
3. Untuk makan, kena keluar ke pekan Kubang Kerian (10 minit).
4. Caj satu malam - RM30.
5. Luas bilik 12 x 12 (boleh memuatkan sehingga 4-5 orang jika perlu)
6. Ada bilik air di dalam bilik.

Apa pendapat kalian? Bagaimana agaknya penerimaan pengunjung?
Jika anda berkunjung ke Kota Bharu, apakah anda mungkin menginap di rumah 
tumpangan seperti diatas?

Saya ucapkan terimakasih diatas pandangan ikhlas anda. Ianya insyaAllah akan 
dianggap sedekah oleh Allah s.w.t.

Wassalam.
http://www.money2money.net

_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke