15,000 kanak-kanak adalah bersamaan 3 peratus kanak-kanak yang sepatutnya memasuki Tahun satu yang sebab utamanya ialah kemiskinan. Pada pandangan saya, ianya berlaku kepada keluarga menghadapi kesulitan yang TERAMAT sempit sehingga tidak mampu menghantar anak kesekolah rendah.
 
Ini belum lagi mengambil kira mereka-mereka yang masuk sekolah menengah yang mana kos-nya adalah lebih tinggi. Kalau Tahun satu sudah mencapai 3 peratus, apa tah lagi kalau yang masuk Tingkatan Satu atau lebih. Itu tidak juga termasuk keluarga yang hampir-hampir dhaif, yang walaupun tidak mampu tetapi cekal untuk terus menghantar anak kesekolah.
 
Tidakkah ini sebenarnya menggambarkan tahap kemiskinan yang agak serius dinegara kita?
Ironiknya pemimpin-pemimpin kita sering mewar-warkan negara kita ini kaya sehingga sanggup membelanjakan berbilion ringgit untuk sesuatu projek spt Litar Sepang!!!

Kemiskinan faktor utama gagal mendaftar

BUKIT MERAH 28 Mac - Masalah kemiskinan dan kurang berkemampuan merupakan faktor utama menyebabkan kira-kira 15,000 kanak-kanak di seluruh negara tidak didaftarkan oleh ibu bapa mereka untuk kemasukan ke Tahun Satu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin berkata, walaupun kementerian bercadang untuk mewajibkan ibu bapa menyekolahkan anak-anak mereka, tetapi dalam kes-kes seperti ini, pihaknya akan menggunakan budi bicara dan memberi bantuan yang perlu.

``Pihak kami akan usahakan bantuan kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka supaya masalah ini dapat diatasi.

``Kami sedar, bukan mereka (ibu bapa) tidak mahu menyediakan pendidikan sempurna kepada anak-anak mereka, tetapi kemiskinan yang memaksa mereka untuk berbuat demikian,''katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Taklimat dan Menandatangani Surat Akujanji Jabatan Pendidikan Perak di Bukit Merah Laketown Resort, di sini petang ini.

Semalam, Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir berkata, pihaknya mengesan sebanyak 15,000 kanak-kanak di seluruh negara tidak didaftarkan oleh ibu bapa masing-masing ke Tahun Satu.

Menurut beliau, walaupun jumlah itu hanya mewakili sebanyak tiga peratus daripada keseluruhan kanak-kanak yang sepatutnya masuk ke Tahun Satu, tetapi angka tersebut amat membimbangkan.

Dalam pada itu, Aziz menjelaskan masalah-masalah lain yang dihadapi oleh ibu bapa terutama di Sabah dan Sarawak ialah pengangkutan kerana rumah mereka terletak jauh di pedalaman.

``Masalah ini juga kita akan teliti dan usaha untuk membantu mereka diberi perhatian sewajarnya,'' ujar beliau.

Apa yang menjadi masalah sekarang, tegas beliau, terdapat segelintir ibu bapa yang sengaja tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah walaupun mempunyai kemampuan, sebaliknya membiarkan mereka bekerja di usia muda.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm


_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke