*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tuan,

Amalan mngerjakan HAji adalah ibadat yang suci kepada Allah semata-mata
dan tiada kaitan dengan penyembahan berhala. Ini adalah perintah Allah
yang memerintahkan orang beriman denganNya mengerjakan Ibadah Haji.
Agama Islam suci dari amalan syirik seperti menyembah patung seperti
yang diamalkan oleh agama lain termasuk Hindu, Budha dan Kristian.
Dakwaan ibadat ini adalah dari amalan yang ditiru adalah tidak benar
kerana amalan mengunjungi Kaabah ini adalah dari zaman Ibrahim dan
Ismail, tetapi apabila mereka iaitu penduduk Mekah yang telah lama
terpisah dari  ajaran Ibrahim  dan disesatkan oleh Syaitan, merekalah
yang membina patung-patung yang tidak mempunyai kuasa dan menyembahnya.

Lambang salib dan patung adalah semata benda yang tiada mempunyai kuasa,
tetapi orang-orang yang tidak mahu berfikir telah menyembahnya dengan
mengaitkannya dengan Tuhan, sebagai perantara. Sedangkan Tuhan itu
adalah Maha Suci, dan hambanya boleh terus menyembahnya tanpa perlu
kepada perantara (inbetween). Menyembah selain dari Pencipta inilah yang
dikatakan syirik dan Allah tidak akan mengampunkan dosa ini, sedarlah
dan kembalilah kepada agama yang TAuhid , semoga Allah mengampuni segala
dosamu dan keluargamu.

Tetapi sememangnya Kristian atau agama lain tidak diredhoi oleh Allah,
sebgaimana Allah memuliakanIslam dan meredhoinya. Agama lain mereka
tidak diberi kelebihan seperti Islam yang mempunyai satu tempat sebagai
lambang penyatuan dan kesamaan umat Islam. Tidak begitu??

Ingatlah besok kamu akan mati, bersediakah kamu untuk berjumpa Allah.
Sedangkan Kami sentiasa disuruh bersedia untuk mati.

There is always a way to Islam and Allah. Kamu kajilah Alquran, dan kamu
carilah jika ada ajaran Allah dalam Alquran yang salah, kamu tidak akan
berjumpa kesalahan kerana Alquran adalah kata-kata Allah sendiri, bahkan
kamu akan hanya akan berjumpa dengan kebenaran yang mampu melembutkan
hati manusia yang takutkan Tuhannya.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Syed Salleh Syed Salim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke