*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini satu artikel yg ana jumpa di satu forum net. Ana pastekan di bawah:


Petikan satu artikel dari majalah hiburan yg baru muncul sebagai edisi 
sulung di pasaran iaitu bermula Mei 2002 iaitu majalah SENSASI.

TAJUK

Enggan 'peluk-peluk' dengan artis wanita: YASIN TAK HAIRAN KENA BOIKOT.

MASIH ingatkah isu basi bagaimana penyanyi popular Siti Nurhaliza diboikot 
wartawan hiburan 'glamor' gara-gara enggan bergambar dengan artis lelaki? 
Kini episod lama itu kemungkinan berulang kembali apabila penyanyi dan 
pelakon 'cute' Yasin, mengikut jejak langkah Siti apabila enggan rapat-rapat 
atau peluk memeluk dgn mana-mana artis wanita.

Malah baru-baru inipun sebuah majalah hiburan berkonsepkan buahan masam 
(Mangga lah tu!) gagal 'merapatkan' Yasin dan Dayang Nurfaizah. Sebagai 
altenatif, mereka mencantumkan gambar Yasin dan Dayang sekaligus 
memperlihatkan seolah-olah kedua artis itu bergambar bersama.

Menjelaskan perkembangan terbaru ini, menurut Yasin dia memang tidak suka 
melakukan aksi berahi sebagaimana yg diarahkan segelintir wartawan hiburan. 
Baginya setiap sesuatu itu ada batasannya dan kalau dia tidak mahu tiada 
sesiapa pun yg boleh memaksanya berbuat begitu.

"Sebagai seorang artis, kita harus ada garis panduan. Kita tidak semesti 
mengikut shj. kemahuan atau desakan org lain yg berkepentingan. "Malah 
kalaupun kita berada dlm situasi yg sukar utk menolak, kita harus bijak 
mengawal keadaan supaya tiada pihak yg terasa. Selalunya saya akan 
berterus-terang pada mereka supaya mereka faham kenapa saya menolak berbuat 
begitu.

"Terguris....nak boikot? Oh...tak bolehlah begitu kerana itu dah macam satu 
ugutan. Samada saya mahu atau tak mahu, itu dah hak mutlak saya. Jika mereka 
kata nak boikot, itu dah macam nak peras ugut dan kita tak boleh nak 
'entertain' benda-benda yg tak betul. So kalau benda-benda yg tak betul, 
biarlah....kita bukan rugi apa-apa.

"Bukan sombong atau nak berlagak, ttp sebenarnya saya akan cuba berusaha 
sedaya upaya mengekalkan cara saya ini. Kalau boleh saya, sememangnya 
lansung tak mahu bergambar dgn wanita. Melainkan kalau yg perlu shj misalnya 
dlm studio tgh buat kerja ke, atau yg relevanlah...tapi nak pose daring saya 
tak benarkan. Bukan nak kata tak betul, tapi saya fikir itu yg terbaiklah.

"Lagipun itu dah memang prinsip hidup saya. Malah keluarga sayapun tak 
senang kalau tengok gambar saya macam tu, dan mungkin ramai org lain juga yg 
turut tersinggung," ujarnya.

Tambah penyanyi yg pernah menetap di Arab Saudi itu, apa yg ingin 
ditonjolkannya sekrg ialah imej dirinya sendiri dan bukan lakonan 
semata-mata atau mahu menunjuk-nunjuk. Dlm masa yg sama, katanya sikap 
sebegitu juga bagus utk semua dan kalau ia menjadi ikutan....alhamdulillah.

"Saya sedar, kita masing-masing ada kelemahan tersendiri. Sebaiknya, kita 
berusahalah utk mengelakkan membuat benda-benda yg tidak betul. Paling 
tidakpun kita buatlah apa yg terdaya," ujarnya tersenyum.

Ditanya apakah tindakannya itu tidak menimbulkan rasa kurang senang 
dikalangan artis wanita kerana ia seolah-olah menghina mereka, Jawab 
Yasin...dia tidak fikir begitu krn budaya Melayu pun katanya dah memang 
begitu.

"Nak buat apa kita ikut budaya Barat? Kan lebih baik kalau kita kembali ke 
asal. Sebab itu saya tak rasa org akan marah kerana mereka tentunya faham 
mengenai hukum-hakamnya dgn lebih mendalam," ujarnya tersenyum.





_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "SITI BALKIS" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke