*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salamun ‘alaikum,

Kepada Dato Hamid Othman atau dengan lebih manja aku
panggil Haman selaku penasihat Mamak Memanda Menteri
Mahathir Mohamad,
Izinkan aku mencoret sekangkang warkah peringatan
untuk ditatapi bersama menyentuh tentang kenyataan
Dato dalam media arus perdana semalam dibawah tajuk
“Golongan songsang utamakan akhirat didedah”.

Juga aku nak mintak Dato perjelaskan maksud dan
tuntutan ayat Allah dipetik khas dari kitab Allah
Surah Al-Hadiid ayat 20 yang bermaksud :

“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia
itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa
semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan)
serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup
yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan
kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta
berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak
pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti
hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur)
menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada
kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke
suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau
melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur
bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di
akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan
yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada
pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah
(disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan
akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini
tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya.”

Ala-ala Dato, takkan Dato tak paham lagi kot ? Atau
buat-buat tak paham ? Atau paham tapi terpaksa menjaga
status dan profession perompak Tabung ? Tak lama lagi,
kalau dah lulus hukum halal KWSP-Tabung Haji maka
buncit lagi perut Dato melantak duit ye tak ? Patutlah
takut betul Dato dengan orang-orang yang berinisiatif
menyerah diri kepada akhirat semata-mata.

Bagilah diorang peluang Dato oi, biarlah diorang kejar
akhirat sebab diorang pun dah bagi peluang kat Dato
kejar dunia ni. Kejarlah Dato dengan dunia dan
kemajuan yang dikokokkan oleh ketua Dato tu, kemajuan
yang mana Islam dihina, dicerca, dipermain, diperlekeh
kerana hukum Islam itu mundur.

Bagilah diorang peluang Dato oi, belajar tentang
akhirat sedalam-dalamnya. Pelajar-pelajar sekular yang
Dato harapkan telah pun ada didepan mata dan ramai
yang telah berjaya. Berjaya dalam bidang menternak
pesakit mental, pembiak gejala sumbang sosial,
pendokong cita-cita negara Dato mewujudkan bangsa
TERBANGSAT yang menuju kearah masyarakat beruk Bani
Darwin tak lama lagi.

Biarkanlah diorang Dato oi, menghafal dan mengamal
ajaran al-Quran, barulah ada ‘check-and-balance’,
orang yang ‘alim tentang Islam macam Dato menghafal
dan mengamal ajaran Al-Quran mengikut nafsu buas perlu
ada penentangnya, merekalah orangnya ye tak ? Takkan
Dato nak hidup sorang-sorang dalam dunia ni ? Tak
adventure la kalau gitu.

Superman pun ada musuh dia – Lex Luther
Ultraman pun ada musuh dia – Raksasa Jepun
Batman pun ada musuh dia – Joker
Islam pun ada musuhnya – Badigol macam Dato la !

Biarkanlah diorang Dato oi, biarkan diorang belajar
hukum-hakam Allah dengan benar dan mendalam, mana
taukan, satu hari nanti, kot-kot Dato dah sampai ajal,
mati depan diorang, dapatlah sedikit sebanyak diorang
mengurus jenazah mengikut rukun yang benar daripada
Dato mampos terbeliak depan keturunan Dato yang
jahanam tu, kot hukum kata mati ditanam tukar jadi
dibakar sebab tanah wakaf dah tak ada, habis semua
diberi ke puak cina hindu.

Tah la Dato oi, setahu aku ni ha yang tak pegang sijil
tertinggi Falsafah Kedoktoran dalam hal ehwal Islam,
boleh jugak pikir, melalui pelajaran-pelajaran
kuliyyah Islam, bahawa Islam lah penyelesaian
permasalahan dunia, hanya Islam deen disisi Allah, dan
akhirat itu lah satu kepastian tentang janji Allah.
Bukan nak kejar dunia semata-mata serta menyerahkan
sistem pendidikan sekular 12 tahun sebagai silibus
membina benteng iman yang kukuh.

Apapun Dato, jangan la marah kat aku yang sememangnya
anti pada dasar dan ideologi Dato dan Dato Ketua.
Fahaman dunia ni bagi aku takkan bawak kita
kemana-mana, maju konon macam negara maju, tapi dalam
ertikata sebenar maju kearah mana ? Yang aku nampak
maju kearah kehidupan belantara !

Kejarlah akhirat pasti dunia mengejar kita.
Sekian~


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hus Cokro <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke