Transkrip mesej SMS,Azalina Othman Said kepada Erma Fatima

*********************************************

Azalina-orang di belakang laman web hentam penentangnya dalam Puteri Umno...


Ramai orang yang tidak sabar hendak tahu siapa "sahabat" yang didakwa oleh
bekas Exco Puteri Umno,Erma Fatima sebagai orang yang telah mengkhianati
persahabatan mereka.Kenyataan seumpama itu boleh dianggap fitnah jika tidak
ada sandaran pada sebarang bukti.

Untuk memastikan Agendadaily tidak menyiarkan sebarang laporan berbentuk
fitnah, Agendadaily telah meminta Erma menyediakan bukti ketika hendak
membuat kenyataan mempersoalkan tindak tanduk "sahabat" itu sewaktu interbiu
dengannya di rumahnya di Taman Melawati baru-baru ini.



Antara buktinya ialah mesej SMS perhubungan antara "sahabat" itu dengan Erma
semasa beliau menawarkan pelakon dan pengarah filem berkenaan menjadi
penulis hantu atas nama samaran "Tebuan Kari! sma"di laman web yang
dibayanginya.

Juga mengenai isu transkrip kontrovesial insiden soalsiasat di pejabat
Puteri Umno pada 8 malam 10 Mei Agendadaily juga memegang bahan bukti berupa
mesej SMS hubungan antara mereka.

Sekalipun Erma berhajat untuk mendedahkan semua ini di dalam sidang akhbar
yang bakal diadakanya tetapi Agendadaily terpaksa bertindak sendiri
mempertahankan kredibiliti laman web ini dan merasa perlu ia didedahkan
segera bagi menjawab segala persoalan secepat mungkin

Ini juga sebagai menjawab cabaran laman web ala surat layang itu yang
dibayangi oleh "sahabat" itu yang cuba memainkan pekara-pekara
"kebudak-budakan" dan bagi mengalihkan perhatian kepada isu sebenar yang
ingin ditonjolkan pada laporan-laporan berkaitan dengan konflik "cawan kopi"
kepimpinan pergerakan itu.

Isunya di sini ialah soal cara sikap,kerektor,moral dan mungkin penginayaan
dalam menerajui sebuah pergerakan politik.

Dengan ! ini Agendadaily secara terbuka ingin menyatakan bahawa "sahabat" yang
dimaksudkan itu ialah Ketua Puteri Penaja Umno,Azalina Othman Said sendiri.

Beliau juga adalah orang dibelakang yang mencaturkan "serangan" menerusi
laman web itu keatas kalangan ahli Puteri yang dianggap menentangnya.

Dari siasatan yang dijalankan oleh Agendadaily didapati keributan yang
berlaku dalam lingkungan pucuk pimpinan Puteri Umno berkait rapat dengan
campurtangan dalam urusan Puteri oleh sahabat karibnya ,Datin Sabrina,yang
bukanpun ahli pergerakan itu.

Sabrina ialah orang yang Agendadaily maksudkan di dalam rencana pengarang
bertajuk : Kenapa Agendadaily besarkan kisah konflik Puteri Umno.

Laman web ini mengambil tanggongjawab penuh atas segala laporan yang
disiarkan termasuk pendedahan terbaru ini,tanpa melibatkan Erma yang akan
membuat sidang akhbarnya sendiri mengenai pekara berkenaan bagi membersihkan
namanya atas dakwaan yang dilemparkan ! sejak meletakkan jawatan sebagai Exco
Puteri pada 28 Mac,2002.

Kepada Azalina,tidak perlulah berselindung lagi dibelakang laman web
itu.Jika hendak mendakwa diri sebagai pemimpin yang ada wibawa keluarlah
secara terbuka untuk menjelaskan berbagai persoalan ini.

Juga peluang harus diberi kepada mereka yang terlibat dalam konflik ini
bersuara agar kebenaran dapat diperolehi.

Kalau hendak mempertahankan diri menerusi laman web mainlah dengan fakta dan
isu sebenar secara profesional bukannya memaparkan cerita dongeng untuk
mengaburkan dan membingungkan orang pada isu sebenar.

Ada pihak yang merasakan laman web berkenaan terlalu kecil untuk
dilayan.Bagi kita laman web itu bukan "mainan" kita tetapi tetapi ikan
jerung yang ingin kita pukat ialah pencatur dibelakangnya. - Pengarang
Agendadaily.




Transkrip mesej SMS,Azalina kepada Erma Fatima menawarkan kepadanya menjadi
penulis hantu dalam laman web Selangord! aily.com.

Tak boleh ke kita cari penulis upahan 2 lanyak them-4.45 ptg 5 Mei

Cat n roy keluaran setiap minggu sampai akhir jun.pasal u boring.ini exco yg
masih pegang jwt n petualang-5.25 petang 5 Mei

Jd tebuan utk 2 bulan.i byr u jumlah rm1000pm.setuju I beri u
cash2day.tebuan write selang hari n tulis 2 editor skhabar.-6.25 petang 5
Mei

Transkrip mesej SMS Azalina kepada Erma Fatima mengenai pertemuan soalsiasat
di pejabat Puteri Umno pada jam 8 malam 10 Mei


Mesy malam ini,saya jemput roy,erma n cat untuk bertemu di pej puteri,jam 8
malam.Ini krn anda bertiga adalah exco dan bekas exco.mastina,dayang2
dia,elly bukan exco.Agenda mesy:ketidakpuasan hati anda ber3.Im arranging
for all of u 2 see the leader either PM or Paklah with me.No point being a
coward,cakap2 n kutok kat belakang .I tahu agenda u nak I letak jawatan.No
problem,tapi I want semua tuduhan2 yang u lemparkan to me dibuat depan PM or
Paklah.Jgn! baling batu sembunyi tangan.If u rasa u cakap benar,mari kita
bertemu.I cabar u?-9.27 pagi 10 Mei

Kesian I tengok 6 jahanam.Umno sibuk tambah ahli n sambung perjuangan,mereka
sibuk membantu pembangkang krn sifat tamak.tuhan bayar cash.I rasa u dah
cukup mereka hina.janji I selesai masalah lain.u just jd tebuan.loyalty 2 me
alone "2.33ptg 11 Mei 2002.

Pelik u,kan u tebuan yang bertugas.Kejayaan u smlm yakinkan orang I u tak
salah.u bantu n ikhlas.as ur boss,u must accept my arahan.i dipanggil,u kena
yakin.tugas kita sambung perjuangan.jangan emosi.trust me .i am saving
u.-7.45 malam 11 Mei

Mesej SMS ini dihantar menerusi nombor telefon bimbit Azalina 01220877.. dan
01939827.. (dua nombor belakang dirahsiakan).



Ulasan dan latar belakang transkrip SMS mengenai tawaran menjadi penulis
hantu di laman web yang dibayangi oleh Azalina.

Perbincangan mengenai tawaran itu hanya berlangsung menerusi perbualan
telefo! n dan mesej SMS sahaja.Erma mendakwa beliau merasa dikhianati bila
laman web berkenaan tiba-tiba mencabarnya supaya mengakui beliaulah penulis
tersebut.

Paling tadah ini didakwa oleh Erma berlaku apabila Datin Sabrina mendapat
tahu Erma masih membantu Azalina lagi sekalipun setelah meletakkan jawatan
Exco.Datin Sabrina menelefon memaki hamun Erma.

Puncanya dipercayai Datin Sabrina telah terlihat mesej SMS antara Azalina
dan Erma di telefon bimbit Azalina.

Sebelum itu Ketua Penaja Puteri Umno itu ada menghantar mesej kepada Erma
supaya tidak melayan sebarang panggilan yang tidak dikenali dari nombor
telefon pre-paid 019-39827..(mungkin kerana sudah menjangka Sabrina akan
mengamuk).

Arahannya kepada Erma adalah jelas hentam Exco dan bekas exco dan bekas
kakitangan pejabat Puteri yang dianggap menentangnya.Cat yang dimaksudkan
dalam SMS itu ialah Norliza manakala Roy ialah Rohaya Atan,wartawan Utusan
Malaysia yang masih! Exco Puteri tetapi "dibekukan".Tebuan yang dimaksudkan
ialah nama samaran Erma dalam laman web berkenaan.

Tawaran bayarannya ialah RM 1,000 bagi penulisan.Sehingga tiba-tiba
diberhentikan, Erma sudah menulis 6 artikel di ruangan Tebuan.



Ulasan transkrip mesej SMS sebelum dan selepas insiden soalsiasat di pejabat
Puteri Umno.

Pertemuan di pejabat Puteri Umno pada 8 malam 10 Mei itu sebenarnya
dicadangkan oleh Erma Fatima agar mereka semua dapat bersemuka dan
menyelesaikan masalah "secara dalaman" hingga memungkinkan mereka semua
berbaik semula.

Azalina bersetuju pada cadangan itu.Pada pagi 10 Mei beliau telah hantar
mesej SMS kepada Rohaya Atan (yang pertama 9.27 pagi) juga forward kepada
Erma.Azalina sepatutnya hadir pada pertemuan itu tetapi tidak membiarkan
Erma dan Rohaya disoalsiasat oleh "orang-orangnya" termasuk dua orang lelaki
.

Dalam SMS pada 11 Mei Azalina memberi alasan mengapa beliau tidak da! pat
hadir yang diragui oleh Erma sendiri.Kenyataannya dalam SMS awal mengatakan
hendak bawa mereka semua berdepan mengadap Presiden Umno Datuk Sri Dr
Mahathir Mohamad ataupun timbalannya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk
bercakap berdepan mengenai konflik antara mereka juga tidak ditunaikanya
sampai ke hari ini.

Erma dan juga semua mereka yang terlibat melihat itu adalah cara terbaik
bagi mencari kebenaran agar Dr Mahathir dan Abdullah faham kedudukan tentang
konflik itu.



begin 666 ATT00011.htm M/"%$3T-465!%($A434P@4%5"3$E#("(M+R]7,T,O+T141"!(5$U,(#0N,"!4 MF%L:6YA($]T:&UA;B!386ED(&ME<&%D M82!%6$@9&%L86T@4'5T97)I( T*56UN M;RXN+CPO0CX@/$)2/@T*/% ^4F%M86D@;W)A;F<@>6%N9R!T:61A:R!S86)A M3PO23X@=&5L86@@;65M M:6YT82!%2YC;VTO:6UA9V5S+W-T;W)Y+S(P,#(M-BTW97)M82U335,R,S N:G!G M(B -"F%L:6=N/6-E;G1R92!V6$@:6%L86@@;65S96H@4TU3('!E6%N9R!B86MA;"!D:6%D86MA;GEA('1E=&%P:2 \ M23Y!9V5N9&%D86EL>3PO23X@=&5R<&%K6%N9R!M96YC871U6%N9R!D:6%N9V=A<"!M96YE;G1A;F=N>6$N( T* M/% ^1&%R:2!S:6%S871A;B!Y86YG(&1I:F%L86YK86X@;VQE:" \23Y!9V5N M9&%D86EL>2 \+TD^9&ED8! 7!A=&D@:V5R:6)U=&%N('EA;F<@#0IB97)L86MU M(&1A;&%M(&QI;F=K=6YG86X@<'5C=6L@<&EM<&EN86X@4'5T97)I(%5M;F\@ M8F5R:V%I="!R87!A="!D96YG86X@#0IC86UP=7)T86YG86X@9&%L86T@=7)U M6$@+$1A=&EN(%-A8G)I M;F$L>6%N9R -"F)U:V%N<'5N(&%H;&D@<&5R9V5R86MA;B!I='4N( T*/% ^ M4V%B2!B97-A6%N9R!A9&$@=VEB87=A M(&ME;'5A6$@ M;65M87!A6%N+D)A9VD@#! 0IK:71A(&QA M;6%N('=E8B!I='4@8G5K86X@(FUA:6YA;B(@:VET82!T971A<&D@=&5T87!I M(&EK86X@:F5R=6YG('EA;F<@:6YG:6X@:VET82 -"G!U:V%T(&EA;&%H('!E M;F-A='5R(&1I8F5L86MA;F=N>6$N("T@4&5N9V%R86YG(#Q)/D%G96YD861A M:6QY+CPO23X@#0H\4#X\0E(^#0H\4#X\0CY42YC;VT\+TD^+CPO0CX@#0H\4#Y486L@ M8F]L96@@:V4@:VET82!C87)I('!E;G5L:7,@=7!A:&%N(#(@;&%N>6%K('1H M96TM/$(^-"XT-2!P=&<@-2!-96D\+T(^( T*/% ^0V%T(&X@6%N9S(@9&EA+&5L;'D@#0IB=6MA;B!E M>&-O+D%G96YD82!M97-Y.FME=&ED86MP=6%S86X@:&%T:2!A;F1A(&)E6%R(&-A6%L='D@,B!M92!A;&]N92 -"B(\0CXR+C,S<'1G(#$Q($UE:2 R M,# R+CPO0CX@#0H\4#Y096QI:R!U+&MA;B!U('1E8G5A;B!Y86YG(&)EF%L:6YA( T*,#$R,C X-S6$@6$@9&EP97)C87EA:2!$ M871I;B!386)R:6YA('1E;&%H('1E6$@:V5P861A($5R;6$@861A M;&%H(&IE;&%S(&AE;G1A;2!%>&-O(&1A;B!B96MA&-O(&1A;B!B96MA M6$N0V%T('EA;F<@9&EM86MS=61K86X@9&%L86T@#0I335,@ M:71U(&EA;&%H($YOF$@;6%N86MA;&$@4F]Y(&EA;&%H(%)O:&%Y82!! M=&%N+'=A6%N M9R!D:6UA:W-U9&MA;B -"FEA;&%H(&YA;6$@6$@#0ID:6-A M9&%N9VMA;B!O;&5H($5R;6$@1F%T:6UA(&%G87(@;65R96MA('-E;75A(&1A M<&%T(&)E65L97-A:6MA;B -"FUAF%L:6YA(&)EF%L:6YA('-E<&%T=71N>6$@:&%D:7(@<&%D82!P97)T96UU86X@:71U('1E M=&%P:2!T:61A:R!M96UB:6%R:V%N($5R;6$@#0ID86X@4F]H87EA(&1I6%T M86%N;GEA(&1A;&%M(%--4R!A=V%L(&UE;F=A=&%K86X@:&5N9&%K( T*8F%W M82!M97)E:V$@6$@1&%T=6L@4V5R:2!!8F1U;&QA:"!!:&UA9"!"861A=VD@=6YT M=6L@8F5R8V%K87 @8F5R9&5P86X@#0IM96YG96YA:2!K;VYF;&EK(&%N=&%R M82!M97)E:V$@:G5G82!T:61A:R!D:71U;F%I:V%N>6$@<V%M<&%I(&ME(&AA M<FD@:6YI+B -"CQ0/D5R;6$@9&%N(&IU9V$@<V5M=6$@;65R96MA('EA;F<@ M=&5R;&EB870@;65L:6AA="!I='4@861A;&%H(&-A<F$@=&5R8F%I:R!B86=I M( T*;65N8V%R:2!K96)E;F%R86X@86=A<B!$<B!-86AA=&AI<B!D86X@06)D M=6QL86@@9F%H86T@:V5D=61U:V%N('1E;G1A;F<@:V]N9FQI:R -"FET=2X\ @+U ^/"]&3TY4/CPO1$E6/CPO0D]$63X\+TA434P^#0H` ` end > ATTACHMENT part 3 image/jpeg name=2002-6-7erma-SMS230.jpg



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Sign-up for Video Highlights of 2002 FIFA World Cup

Kirim email ke