*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terlalu amat banyak kalau hendak disenaraikan.
Kalau hendak diperincikan, 15 bulan pun tak tentu
tamat. Antaranya...

Menara kembar siam dan quota non-bumi
putra jaya dan isu bahasa inggeris
klia dan wang ehsan
litar f1 dan dsai
kl central dan melayu mudah lupa
cyberjaya dan melayu haprak
negara 'Islam' dan hina hudud/Nabi/ulamak
proton dan sandiwara2
projek bakun dan pprt, perwaja, pecah tabung 
ISA...... dan rasuah, lindung suspects
eerrr.... dan rompakan korporat
eerrr.... dan perkudaan polis, hakim, dsbnya
eerrr.... dan macam2 lagi

Itu belum campur lagi jasa2 dalam 15 bulan akan
datang ni.

Oleh itu kena terima kasih kat dato seri. Lebih2
lagi kalau dia letak jawatan secepat mungkin.

>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Jasa2 Mahathir
>Date: Wed, 26 Jun 2002 18:11:35 +0800

>As-Salamualaikum,
>
>Artikel dibawah ni saya ambil mingguan malaysia 23/6/02. Penulis 
>dibawah ada memperkatakan tentang Tun Razak dan jasa2nya spt membuka 
>tanah2 rancangan dll.  Saya ingin tahu apa jasa2 Mahathir? Ada 
>sesiapa boleh tolong senaraikan. Apa yg saya tahu antara jasa 
>Mahathir adalah Projek Kilang besi Perwaja dan projek Bakun di mana 
>dlm2 projek2 ini negara telah kerugian BERBILION2 ringgit. Ada 
>sesiapa tahu lagi jasa2nya yg lain?
>
>
>
>Sinonimnya Tun Razak, BN dan UMNO
>
>Mazlan Nordin Menulis
>BAGI sebilangan ahli UMNO, terutama yang berumur, setiap perhimpunan 
>agung membawa pelbagai kenangan dari zaman lampau, khususnya 
>peristiwa-peristiwa yang menjamin kesinambungan kegiatan parti dan 
>pucuk pimpinan.
>
>Antaranya ialah penubuhan Barisan Nasional (BN) dengan UMNO sebagai 
>tonggaknya seperti dalam Parti Perikatan sebelumnya.
>
>Seorang editor akhbar masih ingat akan kata-kata Allahyarham Tun 
>Abdul Razak berikutan penubuhan Majlis Gerakan Negara selepas 
>Tragedi 13 Mei 1969, dengan beliau sebagai pengarah.
>
>Bercakap menjelang sidang pertama majlis itu, Tun Razak berkata:
>
>``The first order of business is to do myself out of a job. I don't 
>want to be a dictator. I want to revive Parliament.''
>
>Janji itu kemudian dikotakan. Beliau memulihkan demokrasi 
>berparlimen setelah pemerintahan darurat berjalan selama 21 bulan 
>saja.
>
>Manifesto BN yang ditandatangani oleh Tun Razak pada 25 Julai 1974 
>menyebut lima matlamat penting BN, iaitu:
>
>- Mengekalkan keamanan dan keselamatan negara serta melindungi jiwa, 
>harta benda dan hak rakyat
>
>- Memperkukuh lagi kestabilan sosial dan politik dalam negeri
>
>- Menentukan kedudukan negara kita berada di tempat yang mulia dan 
>dihormati dalam gelanggang politik antarabangsa dengan mengamalkan 
>dasar luar yang bebas, berkecuali dan aktif
>
>- Melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan sepenuh-penuhnya
>
>- Melahirkan masyarakat adil yang bersatu padu dan makmur sesuai 
>dengan Rukun Negara.
>
>Tun Razak sebelum itu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang 
>memberi sokongan kepada Kerajaan Perikatan pada masa lampau.
>
>Sembilan parti tersebut sebagai ahli-ahli BN ketika itu: UMNO, MCA, 
>MIC, Pas, Gerakan, Parti Progresif Rakyat (PPP), SUPP (Sarawak), 
>Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Parti Perikatan Sabah.
>

-- 
__________________________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup

Save up to $160 by signing up for NetZero Platinum Internet service.
http://www.netzero.net/?refcd=N2P0602NEP8


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke