*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumussalam,   

Berat kes kau ni.

Tak syak lagi, untuk dilemma 1 dan 2 kau tu, jawapan
yang aku rasa terpaling munasabah ialah D. Yang
nombor 2 tu, lagi adil kalu tala sama kat muka orang
yang bagi notice letak jawatan 15 bulan. Orang lain
maximum 3 bulan aje.

Berkaitan dengan no. 2, masa kecik2 dulu aku seronok
nyanyi lagu dibawah ni, setengah rangkap aku dah
lupa sebab dah terlalu lama dulu (nothing to do with
melayu mudah lupa).

Semangat woo masa aku nyanyi dengan bebudak satu
darjah, keluar habis urat2 semerih...

gunakanlah bahasa kebangsaan kita
marilah amalkan ramai2
bahasalah menyatukan kita semua
yakinlah bahasa jiwa bangsa

maju bangsa dan maju negara
buktikan taat setia dengan satu bahasa
na na na na na na na.....
bahasa jiwa bangsaaaaaaaaa  
  
----- Original Message ----- 
From: Ra Barakuda <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, June 28, 2002 12:53 PM
Subject: H-Net* Mintak Tolong Sungguh-Sungguh


> Assalamualaikum wbt,
> 
> Saya ada beberapa kemusykilan yg diharapkan mendapat
> jawapan segera daripada sidang diskusi sekelian; bukan
> lawak, sungguh-sungguh nie:
> 
> 1. HUTANG MARA:
> 
> Saya baru saja mendapat gaji untuk bulan ini; dan
> sebahagian drpd duit gaji itu saya dah letak tepi
> untuk buat bayar hutang MARA (Education Loan). Dok
> ingat nak pi bayaq2 dlm dua tiga hari ini.
> 
> Soalan:
> Selama ini saya jarang miss, dok bayaq bulan-bulan
> hutang loan study tu atas kesedaran bahawa bila saya
> bayaq duit tu, maka akan dapat membantu "budak2
> Melayu" yg lain bila MARA menggunakan duit tersebut
> untuk study loan mereka seterusnya. Sekurang-kurangnya
> itulah yg dijanjikan oleh kerajaan UMNO suatu masa
> dulu.
> 
> Masalahnya saya jadi confuse sekarang bilamana baru2
> nie MARA telah mengumum akan membuka 10% quota kpd
> bukan Melayu, makna kata duit saya itu kelak akan
> digunakan bukan untuk tujuan yg seperti dinyatakan
> ketika mana BIASISWA ditukarkan kpd LOAN di sekitar
> hujung tahun 1980an dulu. Maka, apakah yg perlu saya
> lakukan:
> 
> A: Berhenti bayar hutang MARA.
> B: Bagi duit tu kat Baitulmal.
> C: Bayaq jugak, tapi niat kata "Aku Tak Halal"
> D: Bayaq jugak, tapi tulis kat atas slip tu "Tolong
>    Pelajar Melayu Kepala Hotak Hangpa!!"
> 
> 
> 2. BAHASA INGGERIS
> 
> Semasa menuntut di oversea dulu, saya ada mendengar
> khabar bahawa kerajaan perlukan lebih banyak
> terjemahan daripada BI ke BM untuk buku2 rujukan di
> peringkat Universiti. Jadi, mengambil kesempatan di
> sana, saya telah berusaha untuk mengumpulkan sebanyak
> mana buku2 teknikal yg ada utk saya bawa pulang bagi
> diterjemahkan ke BI kelak.
> 
> Soalan:
> Bila sudah pulang ke tanahair dgn buku2 teknikal
> timbun menggunung (menggunakan kontena); belum sempat
> saya nak buat apa-apa, kerajaan dah umumkan kursus di
> IPTA akan dibuat dlm BI. Sekarang ini pulak, depa
> umumkan pulak matematik & sains sekolah rendah pulak
> dlm BI. Saya confuse, sebab dulu depa kata lain, la
> nie depa kata lain pulak; so apa yg patut saya
> lakukan:
> 
> A: Jual Buku-Buku tu buat bayaq hutang MARA (beli dulu
>    pun pakai duit study loan MARA!)
> 
> B: Bakar buku-buku tu buat baja siram pokok bunga.
> 
> C: Terjemah jugak buku2 tu pi Bahasa, lepas tu
>    terjemah balik pi BI, tukaq cover mengaku saya     
>    buat. Lepas tu pi cari kroni sapa2 kat IPTA, jual  
>    kat depa,  ambik komisen 10%; hat lain tu depa     
>  ambik!
> 
> D: Bawak buku-buku tu pi pejabat Pejabat Menteri
>    Pendidikan; tunggu dia keluaq bilik, lepas tu
>    lempaq dua tiga bijik kat muka dia kata:
>   
>    "PIIIRAHH....CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!"
> 
> Sekian, harap mendapat bantuan rakan-rakan sekelian
> bagaimana nak menyelesaikan permasalahan buntu yg
> sedang melanda kotak pemikiran saya nie.
> 
> Ikhlas,
> Ra Barakuda
> 
> note: minta jawab cepat sikit, takut nanti kalau saya
> dok pikir lama-lama sorang2, boleh masuk Tanjung
> Rambutan!

-- 
__________________________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup

Save up to $160 by signing up for NetZero Platinum Internet service.
http://www.netzero.net/?refcd=N2P0602NEP8


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke