*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pandangan dan kata-kata PM akan dipetik, dikupas,
dianalisa dan berakhir dengan suatu dasar baru oleh
pihak kementerian terbabit.

pandangan dan kata-kata MB Kelantan, akan dipetik,
dikupas dan di analisa tetapi berakhir SETAKAT itu
sshaja. Tiada siapa dan tiada pihak berwajib yang akan
menjelmakankannya menjadi dasar baru.

Begitulah perbezaannya ...........

Marilah kita BERSATU

 --- mk <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Hizbi Net wrote:
> 
> >
> >
> >  Agak panjang. Sila baca sampai
> >
>
habis.-----------------------------------------------------------Oleh
> > Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan.
> >
> > Saya ingat, saya perlu ulas sedikit keluhan
> Perdana Menteri. Beliau
> > berkata, beliau sudah tidak tahu nak buat apa
> dengan orang Melayu.
> > Saya nak (masuk) campur sikitlah kerana saya pun
> orang Melayu.
> >
> > Orang Melayu ni, dia ada kiblat. Dia ada Quran dan
> Hadith. Islam
> > bertapak di Tanah Melayu mengikut penemuan Batu
> Bersurat di Terengganu
> > pada tahun 1303. Pengislaman Parameswara di tahun
> 1414 di Melaka
> > adalah satu lagi titik tolak. Kita juga ada
> mendengar kisah seorang
> > sultan di alam Melayu yang bermimpi disunatkan
> oleh Rasulullah s.a.w.
> > Ini semua ada tercatat di dalam sejarah dan
> kisah-kisah riwayat orang
> > Melayu. Ada teori kedatangan Islam ke alam Melayu.
> Jangan dibuat
> > mudah. Orang Melayu ada sejarahnya. Ada kiblatnya.
> Ada pancangnya.
> > Jangan dipecat sesuka hati. Huru-hara jadinya.
> >
> > Orang Melayu ini telah menjadi Islam sejak
> kira-kira 600 tahun yang
> > lalu. Ini menunjukkan mereka telah lama berpegang,
> berkeyakinan dan
> > beriman dengan Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad
> s.a.w. Sepatutnya,
> > jika adalah serba sedikit lagi kepercayaan
> khurafat, syirik dan
> > tahyul, kerajaan yang memerintah di sepanjang
> tempoh itulah yang
> > bertanggungjawab mengikisnya. Saya perhatikan ini
> juga telah turut
> > berlaku. Bagaimanapun, dengan kemasukan penjajah
> Inggeris, terbantut
> > teruslah segala usaha ini. Yang ada ialah urusan
> pemerintahan di
> > monopoli oleh Inggeris. Islam tinggal setakat
> amalan mengucap,
> > sembahyang, puasa, zakat, haji dan nikah kahwin
> sahaja.
> >
> > Datang kemerdekaan, UMNO terus menyambung cara
> sekular ini. Agama
> > suku, politik suku. Ini yang kita tubuhkan PAS.
> Kita (nak) letak
> > semula asas kiblat orang Melayu supaya bergerak
> kembali kepada paksi
> > Al-Quran dan Sunnah. Oleh kerana benda ini betul,
> orang (Melayu) Islam
> > mula kembali (kepada Islam). Ini kerana dari sejak
> turun-temurun,
> > mereka memang mempunyai asas beragama. Mereka
> mudah faham. Dengan
> > sedikit dakwah, tarbiyyah dan pendedahan,
> lama-kelamaan orang Melayu
> > mulai kembali kepada kerangka Islam yang sebenar
> dan yang telah
> > sebahagiannya menjadi amalan nenek-moyang mereka.
> >
> > Sementara itu, UMNO masih di takuk lama. Dia masih
> sibuk menjaja idea
> > penjajah. Politik suku, agama suku. Yang cuba dia
> bawa ke tengah
> > hanyalah untuk membesarkan Melayu dalam semangat
> kebangsaan yang
> > sempit. Sudahlah begitu, dia melawan Islam pula.
> Kalau perlu
> > tinggalkan Islam pun tinggallah asalkan Melayu
> boleh cemerlang. Dah
> > Melayu sekarang ini sudah cemerlang setelah 45
> tahun kita merdeka?
> >
> > (Bagi) Perdana Menteri sekarang pun, inilah juga
> yang ditekankan. Dia
> > malah mahu lebih cepat bangunkan orang Melayu.
> Kalau patut ubah suai
> > Islam, ubah suailah. Kalau patut tinggal
> sebahagian dari Islam,
> > tinggalkanlah. Kalau patut tafsir semula Quran,
> tafsir semulalah.
> > Janji, Melayu maju dan menjadi bangsa yang maju di
> dunia. Akhirat itu
> > masing-masinglah. Inilah cerita sekular UMNO yang
> jelas bercanggah
> > dengan Islam.
> >
> > Mulai dari situlah, di sepanjang 21 tahun kita
> lihat UMNO tidak pernah
> > tetap pendiriannya. Dia mencari formula dan kaedah
> mengikut petunjuk
> > hawa nafsu semata-mata. Sebab itu, setelah 21
> tahun dibawah
> > pemerintahan UMNO, Perdana Menteri mengaku dah
> semalam dalam akhbar
> > Utusan Malaysia bertarikh 20 Jun 2002 bahawa
> beliau sudah bingung dan
> > habis ikhtiar.
> >
> > Sejak tahun 1991 di Perhimpunan Agung UMNO, beliau
> telah bercakap
> > tentang melahirkan Melayu baru. Mengikut Dr
> Mahathir, "Melayu baru itu
> > mesti mempunyai budaya yang sesuai dengan aliran
> zaman, yang sanggup
> > menghadapi segala cabaran, yang dapat bersaing
> tanpa bantuan, yang
> > terpelajar dan berilmu, canggih, jujur,
> berdisiplin, amanah dan
> > cekap". Semasa Perhimpunan Agung pada 20 Jun 2002,
> dia masih
> > mengulangi hal yang sama. Cuba perhatikan, tidak
> disebut langsung pun
> > soal melahirkan orang Melayu yang bertaqwa dan
> beramal soleh sebagai
> > agenda pembentukan ummah. Pada tahun lepas, beliau
> menangis dan kesal
> > dangan Melayu yang lupa. Melayu yang bertaqwa di
> mana?.
> >
> > Jadi, tidak mustahillah tidak lahirnya Melayu yang
> baru itu. Baru yang
> > sebenar ialah apabila diperbaharui dengan usaha
> tajdid, usaha untuk
> > kembali kepada nilai-nilai asal kejadian insan
> yang telah dimusnahkan
> > oleh penjajah. Dengan kembali kepada Islam
> sahajalah akan lahirnya
> > pembaharuan dalam jiwa dan cara hidup orang
> Melayu. Ini tidak. Dia
> > seru benda lain dan gunakan kaedah yang lain.
> Kaedah logik akal, yang
> > Islam pun tidak, Melayu pun bukan. Oleh sebab itu
> sekarang dia masih
> > mengeluh dan mengaku telah gagal untuk mengubah
> orang Melayu. Ini
> > pengakuan seorang Perdana Menteri. Baru semalam.
> >
> > Gagal bermakna, gagallah. Apalagi ! Apa tak
> gagalnya apabila semua
> > bukti menunjukkan begitu. Penagih dadah terbesar
> negara adalah orang
> > Melayu. Golongan termiskin rata-ratanya orang
> Melayu. Peratus yang
> > rasuah dan pecah amanah tinggi di kalangan orang
> Melayu. Tidak kurang
> > juga dengan skandal penyalahgunaan kuasa banyak
> melibatkan pemimpin
> > Melayu. Mereka yang ketinggalan dalam pelajaran
> adalah anak Melayu.
> > Penguasaan di bidang teknologi dan perniagaan
> menampakkan kekurangan
> > orang Melayu. Peratus kes-kes pecah rumah, lepak,
> vandalisme, sumbang
> > mahram, rogol, judi, penghidu gam, pengambilan
> pil-pil khayal, GRO,
> > penghibur di nite club termasuk pelbagai jenayah
> kolar putih
> > rata-ratanya melibatkan anak Melayu. Ini kegagalan
> UMNO. Tidak ada
> > kena-mengena dengan PAS.
> >
> > Yang tidak berubah adalah orang UMNO. Yang kedekut
> dan pemalas adalah
> > orang UMNO. Yang tamakkan kuasa adalah orang UMNO.
> Yang buat salah
> > tetapi dilindungi dan tidak mengaku salah ialah
> orang UMNO. Yang jual
> > baja subsidi dan lesen-lesen kontrak ialah orang
> UMNO. Semua mahu
> > cepat kaya macam Pak Man Telo dalam mengaut
> pengaruh. Yang tangkap
> > orang tanpa bukti dan sumbat lokap ISA ialah kerja
> UMNO. Yang hilang
> > duit dalam Tabung Haji, Baitulmal Selangor, AIM,
> PPRT, kerugian MAS
> > dan kerugian PERWAJA ada kaitan dengan UMNO.
> Hatta, nak buang kuota
> > Melayu dari tangan orang Melayu juga kerja
> pemimpin UMNO. Bagaimana
> > orang Melayu nak jadikan pemimpin UMNO sebagai
> contoh . Bersih, cekap
> > dan amanah; konon! Mana?
> >
> > Pemimpin UMNO lah juga yang putuskan nak haramkan
> penggunaan perkataan
> > Islam. Pemimpin UMNO jugalah yang menyuruh kitab
> suci Al-Quran
> 
=== message truncated === 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Sign up for SBC Yahoo! Dial - First Month Free
http://sbc.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?aduka=20aduka?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke