PAS kesan 983 pengundi yang telah meninggal masih ada dalam senarai pemilih
Tuesday, July 09 @ 15:10:24 MYT


Oleh Helmi Khalid
ALOR SETAR, 9 Julai (Hrkh) - PAS Kedah melahirkan rasa kesal atas terhadap
Suruhanjaya Pilihan Raya apabila senarai nama pemilih yang telah meninggal
dunia masih wujud dalam daftar pemilih terkini untuk Pilihanraya Kecil
Parlimen Pendang dan Dun Anak Bukit.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak dalam satu sidang media
berkata, perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan PAS menganggap ini ada
kaitannya dengan taktik menggunakan pengundi hantu.
Katanya, selepas pemutihan dibuat oleh SPR terhadap daftar pemilih didapati
seramai 828 senarai pemilih yang telah meninggal dunia dalam Parlimen
Pendang masih disenaraikan.
Sementara seramai 155 pengundi yang telah meninggal dunia dalam Dun Anak
Bukit juga turut tersenarai dalam daftar pemilih di Anak Bukit.
Bagaimanapun Ustaz Azizan menamb! ah, jika dilihat senarai keseluruhan
pengundi layak mengundi juga berkurangan bagi kedua-dua kerusi jika
dibandingkan dengan senarai pemilih di antara tahun 1999 dan yang terkini.
Untuk Parlimen Pendang, selepas pemutihan yang dikeluarkan pada 27 Disember
2001 adalah seramai 54, 301 manakala untuk Pilihanraya Kecil ini hanya
seramai 53, 128 iaitu berkurangan seramai 1, 173.
Manakala senarai selepas pemutihan SPR untuk Dun Anak Bukit sebelum ini
mencatatkan seramai 401 dan pengundi mati yang masih dikekalkan adalah
seramai 155.
"Ini menimbulkan pelbagai takrifan umum terhadap kecekapan SPR, ia tidak
boleh berlaku sekiranya SPR menjalankan tugas dengan lebih efisyen," tegas
Ustaz Azizan lagi.
Beliau turut memaklumkan bahawa PAS Kedah akan menemui SPR untuk mendapatkan
penjelasan terperinci dan berharap mendapat kerjasama yang baik terutamanya
rungutan rakyat bahawa wujudnya pengundi hantu.
"Kalau kita tengok pada senario ini, pelbag! ai tanggapan boleh dibuat, jumlah
pengundi berkurangan, bermakna ada pengundi yang layak dikeluarkan dari
senarai pemilih, ini berlandaskan dari senarai nama pengundi mati yang
dikekalkan," tegasnya lagi.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke