PAS namakan calon muda dan profesional
Tuesday, July 09 @ 20:31:12 MYT


Oleh HELMI KHALID
ALOR SETAR, 9 Julai (Hrkh) - PAS membariskan dua tokoh profesional muda bagi
mempertahankan dua kerusi PAS dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen
Pendang dan Dun Anak Bukit.

Pemangku Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
mengumumkannya di Dewan Burhanuddin Al-Helmy, Pejabat Perhubungan PAS Kedah,
pada jam 5.30 sebentar tadi.
Bagi kerusi P.11 Pendang, aktivis terkenal, Dr. Mohd. Hayati Haji Othman, 45
dipilih mewakili PAS sementara untuk kerusi N.15 Anak Bukit ia akan diwakili
oleh, Ir. Haji Amiruddin Hamzah, 40 bekas jurutera MADA yang cukup akhrab
dengan masyarakat tani di Parlimen Kuala Kedah khususnya.
Menjawab soalan pemberita, Ustaz Abdul Hadi berkata, sekalipun calon PAS
adalah orang muda namun mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan akan mampu
mendapat keyakinan rakyat.
Mengenai calon BN yang ! meletakkan Dato' Othman Abdul, 51 di Pendang dan
Dato' Zakaria Said, 58 di Anak Bukit, beliau menyatakan, ini tidak akan
mampu menarik minat rakyat mengundi BN.
"Setakat ini PAS sudah mempunyai markah, BN letak calon yang telah diketahui
umum mempunyai kelemahan tertentu," ujar beliau.
Ditanya apakah kriteria utama pemilihan Dr. Mohd Hayati dan Ir. Haji
Amiruddin, Ustaz Hadi menjelaskan, calon adalah cadangan di peringkat
cawangan, Kawasan dan Perhubungan negeri, PAS mengambil kira calon yang
cukup memberi komitmen dalam masyarakat.
Dalam Pilihanraya Umum 1999, Othman Abdul tewas kepada Dato' Haji Fadzil
Mohd. Noor dengan majoriti sebanyak 1, 840 undi sementara Zakaria tidak
dicalonkan menyertai BN pada tahun 1999.
Dalam perkembangan lain, Zakaria sebelum ini tewas dalam pemilihan Umno
Bahagian Kuala Kedah dalam merebut jawatan Timbalam Ketua Umno Bahagian
kepada pendatang baru dalam politik Umno Kuala Kedah.
Ustaz Hadi yang juga ! Menteri Besar Negeri Terengganu juga mengingatkan
bahawa BN akan masuk perangkap sendiri sekiranya mereka menggunakan isu
Hudud sebagai bahan kempen kerana majoriti pengundi di Pendang dan Anak
Bukit terdiri dari orang Islam.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke