Umno tiada lagi pelapis



PENDANG, 10 Julai  - Pemilihan 2 orang tua yang bermasalah,  Dato’ Zakaria Said dan Dato’ Othman Abdul bagi mewakili BN dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Anak Bukit dan Parlimen Pendang adalah bukti Umno sudah ketandusan tokoh.    PAS disokong kuat oleh majority cerdik-pandai, golongan professional dan generasi muda.   UMNO hanya disokong oleh golongan tua yang hampir mati seperti Dr. Mahathir.

UMNO juga disifatkan sebagai gagal mewujudkan golongan pelapis bagi meneruskan perjuangan mereka.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar berkata pemilihan kedua-dua calon vateran itu telah menggambarkan bahawa Umno sebenarnya sudah hilang kekuatan asas dan dakwaan Presiden Umno Dr. Mahathir Mohamad bahawa Umno mendapat sokongan golongan muda adalah tidak benar.

Katanya, “apa yang berlaku dalam Umno adalah bercanggah dengan kenyataan Dr. Mahathir."

Kegagalan Umno mengemukakan muka baru sebagai calon menunjukkan mereka gagal melahirkan pemimpin pelapis kerana golongan professional telah menyertai PAS, katanya.

“PAS berjaya menyemukakan calon – calon tempatan daripada golongan professional iaitu Ir. Haji Amiruddin di Anak Bukit dan Dr. Haji Mohamad Hayati di Parlimen Pendang,” katanya.

 

 



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke