Berita // News : Projek
"Mahagila" Mahathir Hampir Muflis
hold=0>
Friday, July 12, 2002 - 02:52 AM GMT



Malaysia di
bawah pemerintahan BN sekali lagi diketawakan dunia apabila projek mega
E-Village yang kononnya mahu menyaingi studio penerbitan Barat, tidak mampu
membayar bil elektrik dan air. Projek yang turut digelar "mahagila" itu
setakat ini telah menelan wang rakyat sebanyak RM3 billion tetapi langsung
tidak dapat berfungsi walaupun sudah lebih dua tahun kerja-kerja bermula.
Projek yang kononnya mahu meletakkan Malaysia sebagai pusat penerbitan filem
Asia ala Hollywood itu diusahakan oleh seorang kroni terbaru Mahathir
Mohamad, iaitu seorang tauke beras dari Kedah. Sela! in projek E-Village
itu, kroni BN itu turut diberi projek bernilai berbillion ringgit untuk
membina pelabuhan dan mengusahakan kontrak-kontrak kerajaan yang lain.
Syarikat tersebut dilaporkan gagal menjelaskan hutang elektrik kepada TNB
berjumlah RM190,000. Bekalan air ke tapak pembinaan telah dipotong minggu
lepas apabila pemaju tidak menjelaskan bil tertunggak. Mengulas perkara
ini, Sekretariat Pemuda mendesak kerajaan menghentikan segera pembaziran
wang rakyat di dalam projek-projek yang tidak berfaedah dan tidak menguntung
rakyat seperti E-Village itu. "Jelas sekali, ia hanya untuk memenuhkan
poket beberapa orang kroni sedangkan rakyat langsung tidak akan merasa
hasilnya," kata jurucakap Sekretariat lagi. Beliau mengingatkan bahawa
jika wang tersebut disalurkan ke sektor pendidikan untuk memperlengkapkan
sekolah dan perkhidmatan perguruan dengan latihan serta sumber secukupnya,
mutu pencapaian bahasa Inggeris boleh ditangani dengan ! baik. Sebaliknya
kata beliau, kerajaan mengisytiharkan peralihan dasar secara mendadak tanpa
mengambil kira persoalan praktikal dan sumber dalam perkhidmatan perguruan.


> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke