Tiada Muslimat PAS menyamar Puteri Umno
Saturday, July 13 @ 12:09:36 MYT


PENDANG, 13 Julai (Hrkh)- Ajk PAS Pusat, Dr Lo'lo Mohd Ghazali menafikan
dakwaan Puteri Umno kononnya terdapat dikalangan ahli-ahli yang PAS menyamar
sebagai Puteri Umno dan melakukan kempen untuk tujuan memburukkan imej Umno.

Beliau yang ditemui ketika sedang berkempen merayu undi di Pasar Sabtu,
Pekan Pendang bersama-sama isteri calon PAS, Dr.Rahimah Sahit berkata,
muslimat PAS tidak berminat langsung untuk menyamar menjadi Puteri Umno dan
tidak akan sekali-kali bertindak sedemikian.
"Tidak mungkin kita akan melakukan kerja-kerja seperti itu, kerana kita
tidak pernah mengajar ahli-ahli kita melakukan perbuatan kotor seperti itu.
"Lagi pun mengapa kita perlu menyamar menjadi Puteri Umno sedangkan kita
sebagai muslimat PAS lebih baik daripada mereka," ujar beliau ketika diminta
mengulas dakwaan Puteri Umno yang mendakwa ahli PAS menggunakan tektikmenyamar sebagai ahli Puteri untuk tujuan sabotaj seperti disiarkan dalam
akhbar.
Laporan tersebut menyebut Penolong Setiausaha Puteri Umno, Noriani Ahmad
mendedahkan, terdapat ahli PAS yang menyamar sebagai Puteri itu pergi
kerumah-rumah pengundi untuk memberi penerangan salah mengenai hudud,
menghulurkan wang RM5 serta barangan keperluan dapur.
Selain itu, Dr.Lo'lo yang ditanya mengenai sambutan pengundi terhadap PAS
terutamanya setelah beberapa hari turun berkempen, beliau memberitahu
sambutan setakat ini adalah positif terutamanya dari kaum ibu.
"Dalam siri-siri lawatan saya samada dipasar atau rumah ke rumah, kebanyakan
penduduk menerima baik kedatangan kita.
"Saya yakin respon seperti itu adalah petanda awal mereka akan memberi undi
kepada calon PAS," kata beliau lagi.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Ya! hoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke