Anwar berkawan dengan Ustaz Fadzil lama sebelum saya kenal Anwar - Wan
Azizah
Tuesday, July 16 @ 09:51:25 MYT


PENDANG, 16 Julai (Hrkh)- Presiden Keadilan, Dr Wan Azizah Ismail berkata,
Ustaz Fadzil Nor dan Anwar mula berkawan sudah sekian lama, lebih lama dari
beliau mengenali Anwar.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam siri kempen untuk
calon PAS di ketika menyampaikan ceramah di Markas PAS Seberang Pendang.
Turut Hadir dimajlis itu termasuklah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik
Abdul Aziz Nik Mat, Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Razak, Setiausaha
Agong PRM, Dr Sanusi Osman dan beberapa pemimpin PAS peringkat kawasan dan
cawangan.
Dr Wan Azizah menyampaikan pesanan Dr Sri Anwar Ibrahim Kepada
Pengundi-pengundi di Pendang.
"Anwar menyampaikan pesanannya, jika rakyat di pendang ini mahukan
kesinambungan perjuangan Almarhum Ustaz Fadzil Nor, pastikan kemenangan
tidak diberikan kepada Umno,"! ujar Dr. Wan Azizah.
Beliau yang berucap dengan nada yang agak sayu pada malam itu, turut
menceritakan pertanyaan terakhir Ustaz Fadzil kepada beliau sewaktu
terlantar sakit di hospital.
Menurutnya, sewaktu beliau melawat Ustaz Fadzil beberapa hari sebelum Ustaz
Fadzil meninggal dunia, Ustaz fadzil telah bertanya samada Anwar sudah
mengetahui keadaan dirinya dan soalan itu menjadi soalan terakhir Ustaz
Fadzil kepada beliau.
Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tetap menegaskan
mendedahkan keburukan pemimpin kepada rakyat tetap tidak salah dalam negara
yang mengamalkan sistem pilihan raya seperti di Malaysia
"Dalam Islam ada keadaan-keadaan tertentu yang membolehkan seseorang
memdedahkan keburukan seseorang tetapi tidak dikira berdosa seperti memberi
keterangan kepada Polis atau hakim
"Dalam negara kita yang mengamalkan sistem pilihan raya ini, rakyat atau
pengundi merupakan hakim yang akan membuat keputusan! untuk memilih siapa
pemimpin mereka.
"Tidak salah sekiranya kita memberitahu mereka sebagai hakim, penyelewengan
orang tertentu supaya mereka dapat memilih siapa yang layak menjadi pemimpin
mereka," kata beliau.
Jelas Tuan Guru Nik Aziz juga, manusia jadi mencerca dan memaki seseorang
biasanya kerana ada sebab-sebab tertentu.
Katanya, beliau percaya orang seperti Mohamad Sabu memaki pemimpin Umno
disebabkan dari perbuatan Umno Sendiri.
"Umno berkata mengamalkan amalan demokrasi tetapi dalam masa yang sama
menghalang ceramah-ceramah PAS dan menyekat PAS menyampaikan maklumat kepada
rakyat, seperti negara ini kepunyaan mereka.
"Sebab itu menjadikan orang PAS mencaci mereka, seperti semut, jika kita
tidak mengacaunya, mereka tidak akan menggigit kita," jelas beliau di
hadapan lebih 3000 orang yang hadir.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.! COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke