“Sekiranya berlaku satu kes kecurian, undang-undang mana yang harus kita guna kerana mengikut Undang-undang Persekutuan, kita ada akta dan bentuk hukuman yang boleh diambil. Hukum hudud juga mempunyai hukuman tersendiri, jadi yang mana kita nak pakai."
- Tan Sri Jamil Johari, Timbalan Ketua Polis Negara.
 
Persoalan: Nak pakai hukum Allah atau hukum ciptaan manusia warisan penjajah British??

Isu hudud: Polis rujuk Peguam Negara


KUALA LUMPUR, Isnin: Polis akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara berhubung cadangan Dewan Pemuda Pas yang mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap Ketua Polis Terengganu kerana mengarahkan semua anggota polis negeri itu tidak memberi bantuan dalam melaksanakan hukum hudud Pas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung perkara itu serta merujuknya kepada Peguam Negara.

“Mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian. Kita kena tunggu apa yang mereka nak buat dan kita akan merujuknya kepada Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan minggu pencegahan jenayah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Dewan Pemuda Pas bercadang mengambil tindakan mahkamah terhadap Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner I Othman Talib, sekiranya beliau enggan menarik balik kenyataan bahawa polis tidak akan membantu kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang hudud, qisas dan takzir.

Baru-baru ini, Othman, mengeluarkan arahan kepada semua pegawai dan anggotanya supaya tidak memberi bantuan kepada pegawai jabatan agama negeri yang menjalankan penguatkuasaan empat Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2001 berkuat kuasa serta merta.

Empat enakmen itu ialah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir), Enakmen Tatacara Jenayah, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah.

Jamil berkata, Malaysia sudah mempunyai undang-undang Persekutuan yang diguna pakai dan pertentangan akan timbul dalam kes jenayah sekiranya hukum hudud Pas dilaksana.

“Sekiranya berlaku satu kes kecurian, undang-undang mana yang harus kita guna kerana mengikut Undang-undang Persekutuan, kita ada akta dan bentuk hukuman yang boleh diambil. Hukum hudud juga mempunyai hukuman tersendiri, jadi yang mana kita nak pakai.

“Ini yang kita kena halusi terlebih dulu sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya,” katanya.

Sementara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin, berkata terpulang kepada Kerajaan Pas Terengganu untuk mengambil tindakan yang bersesuaian dengan dakwaan mereka.

Katanya, polis hanya boleh menjalankan tugas dan bertindak mengikut kuasa yang diperuntukkan undang-undang.

“Contohnya, apabila kita membentangkan undang-undang berkaitan Imigresen, kita akan mengaitkannya dengan kuasa yang boleh diberi kepada polis. Dalam fasa tertentu, selain pegawai Imigresen, polis juga diberi kuasa penuh atau sebahagian daripadanya untuk bertindak.

“Jadi kenyataan polis tidak akan membantu kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang hudud, qisas dan takzir, mungkin dalam kajian polis mendapati tidak ada fasa di mana mereka diberi hak atau boleh menggunakan kuasa yang disesuaikan dengan peruntukkan undang-undang sedia ada.

“Jika kerajaan Terengganu mahukan bantuan polis dalam pelaksanaan undang-undang itu, mereka perlu berunding dengan polis dan meneliti faktor mana yang boleh diberi kuasa untuk polis bertindak kerana polis tidak boleh bertindak tanpa ada fasa yang membolehkan mereka menguatkuasakan undang-undang,” katanya.

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke