Berita // News : Bukti
UMNO Bawa Budaya Samseng - Laporan Polis Terhadap Zakaria Said Kerana
Memukul Petugas Keadilan
hold=0>
Friday, July 19, 2002 - 01:09 AM GMT



Ramai petugas
Keadilan yang ditemui di Anak Bukit semalam melahirkan kekesalan kerana
calon BN yang tewas, Zakaria Said bertindak liar memukul dan mengeluarkan
kata-kata berbau perkauman kepada seorang petugas bukan Melayu Keadilan.
Dalam kejadian semalam, petugas Keadilan Lin Chew Man dari Perak telah
dikasari oleh calon BN itu semasa dia melawat pusat pengundian di Sekolah
Menengah Sri Gunung. Dilaporkan ketika sedang melawat, Zakaria ternampak
Lin yang sedang berkempen dan memegang poster menyokong calon PAS, I! r
Amiruddin Hamzah. Tanpa apa-apa provokasi, dengan tidak semena-mena
Zakaria terus meluru ke arah Lin dan memegang cekak lehernya secara kasar.
Dia juga mengeluarkan kata-kata kesat secara kuat yang berbau perkauman,
seolah-olah mempersoalkan kenapa seorang 'kafir' boleh menjadi petugas yang
membantu PAS. Tindakan samsengnya itu hanya berjaya dihentikan apabila
penyokong PAS dan pihak polis campur tangan dengan meleraikannya. Lin
telahpun membuat laporan polis mengenai peristiwa itu setelah mendapat
rawatan di hospital. Selain dikenali sebagai seorang yang berlagak
'samseng', Zakaria Said juga pernah terlibat dalam siasatan BPR kerana pecah
amanah dalam syarikatnya Medan Mas Production Sdn Bhd. Dalam pilihanraya
kecil Anak Bukit semalam, calon BA menang menewaskan Zakaria Said.


f
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATT! ACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke