Pengundi hantu berjaya masuki Pendang
Thursday, July 18 @ 16:32:15 MYT


PENDANG, 18 Julai (Hrkh) - PAS mengesyaki, pengundi hantu BN berjaya
memasuki kawasan pilihan raya Pendang dan mengalahkan calon PAS di situ
dengan majoriti tipis 283 undi.

Ini berdasarkan jumlah yang keluar mengundi yang luar biasa tingginya iaitu
86 peratus.
Calon PAS, Dr Mohamad Hayati mendapat 22,542 undi manakala calon BN, Dato'
Othman Abdul mendapat 22,825.
Ketua Penerangan jentera pilihan raya kecil PAS Pendang dan Anak Bukit,
Husam Musa dalam ulasan awalnya mengesyaki pengundi hantu BN berjaya
memasuki Pendang.
Ini berdasarkan beratus-ratus buah bas dari luar berada di kawasan pilihan
raya ini dan Stadium Darul Aman Alor Setar menjadi pangkalan mereka.
Menurut seorang petugas Bilik Gerakan PAS, mereka mengesan kehadiran
pengundi yang luar biasa ramainya selepas jam 4.00 petang.
"Mungkin masa ini mereka masuk," kata petugas berkenaan.Dalam pilihan raya lalu, peratus keluar mengundi untuk Parlimen Pendang
hanya 76 peratus sahaja. Ini bererti kenaikan sebanyak 10 peratus pengundi
dalam pilihan raya ini.
Pagi tadi, Bilik Gerakan PAS melapor, beberapa pengundi hantu berjaya mereka
tahan. Setelah disiasat, mereka mengaku mendapat upah dari pemimpin BN untuk
mengundi di sini.
Sebelum hari pengundian, hampir semua media serta petugas PAS yakin calon
PAS lebih berpotensi untuk menang di Pendang berbanding Anak Bukit.
Tetapi apabila keputusan diumumkan, perkara sebaliknya berlaku.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke