Assalamualaikum, Malam tadi (18/7/02), ketika berada bersama dgn ribuan penyokong PAS yg sedang menanti dengan penuh harap dan hampa berdegap di pusat pengiraan undi Sek Men Keb Pendang, sebelum 16 peti undi yg terakhir dibuka, iaitu sekitar pukul 10.00 malam, hati saya berdebar kencang apabila keputusan daripada 14 peti undi yg diumumkan sebelum itu, semuanya dimenangi oleh Barisan.
Kalau sebelumnya, setiap kali pegawai SPR selesai mengumumkan sebahagian kiraan undi mengikut saluran, apabila ada rakan bangun mengumumkan kpd kami jumlah undi keseluruhan, maka takbir pun bergema memeriahkan suasana; tapi kiraan dari 14 peti undi yg disebut itu menyebabkan suasana menjadi hening sehening-heningnya. Bayangkan daripada 14 peti undi itu, semuanya memihak kepada BN; bukan sedikit pula itu, untuk 14 peti undi itu sahaja BN mendapat 3469 dan PAS Cuma 1964, bermakna untuk 14 peti undi itu sahaja BN mendapat majority 1505. Apabila 16 peti undi yg kemudiannya diumumkan, ianya sudah tidak ada makna lagi walau pun dalam 16 peti undi itu ada yang PAS menang dan ada yang kalah. Berdasarkan kiraan saya dan rakan-rakan malam tadi, 14 peti undi yg dimaksudkan di ataslah yg paling berhantu sekali buat kami; kami tidak tahu apa yg berlaku di dalam bilik kiraan, tapi bagi ribuan penyokong PAS di luar pagar sekolah, semuanya bagaikan dapat merasa sesuatu yg buruk sedang menjelma tatkala kiraan 14 peti undi itu menjelang tiba. Berdasarkan catatan saya tadi malam, inilah 14 Peti Undi berhantu yg saya maksudkan (ejaan pusat undi tak berapa sure): Tanah Merah: saluran 5?, PAS= 174, UMNO= 206; KALAH Pengkalan ?: sal 3, P=129, U=238; KALAH K. Panjang: sal 2, P=180, U=273; KALAH P.Rawa: sal 2, P=147, U=268; KALAH P.Asam: sal 1, P=94, U=171; KALAH P.Asam; sal 2, P=188, U=335; KALAH Syed Ibrahim: sal 2, P=239, U=367; KALAH Syed Ibrahim: sal 1, P=120, U=160; KALAH Pokok Tai: sal1, P=91, U=202; KALAH K. Panjang: sal 1, P = 103, U = 117; KALAH Pokok Tai: sal 2, P=214, U=286; KALAH Sg Tiang B: sal 2, P=116, U=266; KALAH Wat Siam: sal 2, P=54, U=355; KALAH Bkt Jenun, sal 3, P=115, U=225; KALAH UNTUK 14 PETI UNDI INI SAHAJA UMNO MENANG 1500 Lebih! Terus menggeleng kepala semua orang apabila keputusan 14 peti undi ini diumumkan; dan saya sendiri dan tak agak ada sesuatu yg tak kena sebab petang tadi sekitar pukul 6 petang, ada orang dah heboh kata ikut kiraan kasar di Gajah Mati (Markas Besar), kita akan menang selesa sekitar 2000 undi. Dan malam tadi juga ketika kiraan undi sedang berlangsung, ada sorang brader tu cakap dia baru saja sembang dgn Pesuruhjaya ka apa ka kata kita akan menang dalam 2000 undi, seronok tak terkira semua orang sambil dok tunggu kiraan rasmi SPR. Mana entah brader tu pi - kalau dapat mau kena luku kepala nie! Apabila habis selesai pengumuman 16 peti undi yg seterusnya, berdasarkan kiraan kasar saya dan rakan-rakan, kita dah kalah! Sedih, sebak dan pilu; bila ada kawan-kawan dok call dari Johor, KL, Terengganu dan Putrajaya; saya tak tau nak jawab apa; tak taulah salah sapa. Lagi pun, otak saya pun tak berapa nak boleh adjust dah sebab sebelum itu (malam p/raya) semalaman kami berjaga. Saya ditugaskan menjaga keselamatan, rondaan selepas dinihari sehingga pagi. Siangnya pula, selepas tidur sekejap selepas solat subuh; kami ditugaskan menjaga lalulintas dan melaporkan kpd markas sekiranya ada ternampak kelibat yang 'mencurigakan'. Dalam keadaan tak cukup tidur dan bekerja untuk p/raya sejak hari penamaan ini, maka dalam ramai-ramai orang, kami merasakan kamilah yang paling berhak merasa kecewa dan sebak sekali dengan keputusan ini. Sebak, sedih dan kecewa kerana message yg ingin kami sampaikan kpd pihak-pihak yang berkenaan tidak sampai; bak kata seorang rakan yg turut sama berjaga pada malam itu: "Saya tak kisah PAS menang atau kalah dalam pilihanraya, tapi yg pentingnya kita nak sampaikan message kpd pihak-pihak berkenaan, yang secara terang-terang menolak islam (dlm kes hudud) dan menghina rasulullah (dlm kes Farish Noor), menghina ulamak (dlm kes Mufti Selangor & kes Memorandum Ulamak Malaysia) dan menangkap pejuang2 Islam yang tak bersalah (dlm kes anak MB Kelantan dan rakan-rakan) dan menggadai ketuanan Melayu (dlm kes biasiswa, quota dan bahasa inggeris) bahawa majority rakyat Melayu yang beragama Islam ini tidak bersetuju dengan tindakan mereka. Itu sahaja!" Moga suara hati sahabat saya ini akan sampai jua kepada pihak-pihak yang berkenaan. Ada pun punca dan sebab kekalahan PAS dari sudut politik dan strategi akan kita analyze kan di lain kali. Apa pun yang berlaku, hakikatnya PAS sudah pun kalah dlm p/raya kecil Pendang 2002 ini; moga penat lelah kami lillah hi taala semata-mata untuk bangun menyatakan yang hak, mencurahkan suara hati kami mewakili majority rakyat marhain beragama Islam ini, walau pun mungkin tidak dipandang endah oleh mereka-mereka yg berkenaan, tapi kami berharap usaha ikhlas kami ini akan diberkati dan diberi balasan pahala yg sewajarnya oleh Allah SWT, kami doakan moga-moga kalau tidak banyak pun, sedikit sebanyak, message yang ingin disampaikan akan tiba jua kepada pihak yang empunya kuasa di atas sana. Selamat tinggal Pendang, moga bertemu lagi di lain ketika…. Wassalam, Ahmad Baharudin Kasbi _________________________________________________________________ http://fastmail.ca/ - Fast Secure Web Email for Canadians