Kenyataan Media // Media Release
: Ezam Bersalah :
Rafidah Dan Rahim Tamby Chik Mesti Didakwa
hold=0>
Thursday, August 08, 2002 - 11:27 PM GMT



YB Haji Mahfuz
Haji Omar Ketua Dewan Pemuda PAS Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat)
memandang serius keputusan Mahkamah Syesen Shah Alam yang menjatuhkan
hukuman dua tahun penjara ke atas Sdr Mohd Ezam Mohd Noor, Ketua Pemuda
Keadilan kerana kesalahan memiliki dokumen-dokumen yang diklasifikasikan di
bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). DPP Pusat berpandangan bahawa keputusan
mahkamah ini secara langsung mengesahkan semua maklumat yang terkandung di
dalam d! okumen tersebut sebagai benar dan perlu diberi perhatian oleh rakyat
negara ini. Kerana itu DPP Pusat melihat bahawa orang-orang yang disabitkan
dalam dokumen tersebut iaitu Datuk Seri Rafidah Aziz dan Tan Sri Abdul Rahim
Tamby Chik mesti didakwa seperti mana pertuduhan dalam dokumen tersebut.
Dokumen yang menjadi asas kes tersebut ialah kertas cadangan pertuduhan
daripada Ketua Pendakwaraya, Datuk Gani Patail kepada Peguam Negara, Tan Sri
Mohtar Abdullah tentang beberapa perbuatan rasuah Rafidah dan Rahim yang
telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). BPR telah mencadangkan
beberapa pertuduhan untuk mereka dan Datuk Gani telah mengemukakan cadangan
pendakwaan melalui dokumen tersebut. Namun begitu, Kerajaan BN telah
mengklasifikasikan dokumen yang membabitkan pemimpin tertinggi mereka itu
sebagai rahsia rasmi. Dokumen ini kemudiannya didedahkan oleh Ezam kepada
rakyat sebagai bukti penyelewengan BN. DPP Pusat berpandangan bahawa sa! tu
pendakwaan mestilah dikemukakan dengan segera ke atas Rafidah dan Rahim
setelah mahkamah mengesahkan kesahihan dokumen pertuduhan tersebut. Peguam
Negara, Datuk Gani Patail sangat wajar bertindak sedemikian sesuai dengan
cadangan beliau ketika menjawat jawatan Ketua Pendakwaraya. Mungkin Peguam
Negara sebelum ini, Mohtar Abdullah gagal menjalankan amanahnya, maka kini
tanggungjawab tersebut di bahu beliau. Peguam Negara tidak boleh membuat
pendakwaan terpilih kerana BPR telah menyiasat dan mengemukakan cadangan
pendakwaan kes ini walaupun ia melibatkan pemimpin tertinggi BN. DPP Pusat
turut melihat bahawa bekas Peguam Negara, Mohtar Abdullah dan bekas Ketua
Pendakwaraya, Gani Patail juga wajar dikenakan tindakan di atas kegagalan
mereka menjalankan amanah dengan berkesan ketika menjawat jawatan tersebut
sehingga kedua-dua pemimpin BN itu terlepas daripada dakwaan. DPP Pusat
berpandangan bahawa kedua-dua mereka sekarang ini tidak laya! k menjadi Peguam
Negara ataupun Hakim Mahkamah Persekutuan kerana mereka terbukti gagal
menjalankan tugas dengan berkesan bahkan telah berlaku tidak adil dalam
urusan perundangan negara. DPP Pusat juga mendesak Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi dan Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya mengambil tindakan segera
kerana kes ini telah selesai disiasat oleh BPR. Jika kes rasuah di Kelantan
yang belum disiasat dipandang begitu serius oleh mereka berdua, maka kes ini
lebih penting kerana bukan melibatkan pegawai tetapi menteri. Kegagalan
mendakwa orang-orang terbabit membuktikan bahawa pemimpin BN telah menguasai
badan penguatkuasaan dan kehakiman serta Kerajaan BN sengaja melindungi
amalan rasuah pemimpin mereka. DPP Pusat menyeru rakyat supaya bangkit
menolak Kerajaan BN yang telah menyelewengkan kepentingan rakyat dan rakyat
mesti bersama Ezam yang telah mengorbankan dirinya untuk mendedahkan
penyelewengan tersebut.


> ATTACHMENT par! t 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke