Berita // News : Bicara
Isu Hudud: Pemimpin Bukan Islam Beri Sumbangan Bernas dan Jelas
hold=0>
Tuesday, August 13, 2002 - 12:55 AM GMT



Timbalan Ketua
Pemuda, YB Saudara Saifuddin Nasution Ismail berpendapat walaupun isu
pelaksanaan hudud boleh dikira rumit dalam konteks hubungan kaum di negara
ini, pemimpin serta ahli Keadilan bukan beragama Islam telah menunjukkan
persefahaman dan menyumbang dalam wacana mengenai isu itu secara bernas.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mesyuarat MPT, EXCO Pemuda dan
Wanita Jumaat lalu yang berkisar mengenai perkara itu, di samping beberapa
isu lain. M! esyuarat diadakan di Dewan Seri Anggerik Indah, Pusat Penerangan
Keadilan Shah Alam. Dalam mesyuarat tersebut, di samping menyuarakan
kebimbangan dan sentimen penduduk bukan Islam, pemimpin-pemimpin Keadilan
bukan Islam menyertai aktif wacana untuk memahami perkara itu dari
perspektif umat Islam. Menurut YB Saudara Saifuddin, walaupun pendirian
parti mengenai pelaksanaan hukum hudud tidak boleh diumumkan sehingga hasil
mesyuarat Jumaat lalu disahkan oleh MPT, beliau berpendapat sumbangan dan
penyertaan pemimpin seperti Dr Lee Boon Chye dan Irene Fernandez banyak
membantu. "Budaya cuba saling faham memahami ini adalah satu perkara baik
yang kita lihat Keadilan telah berjaya semaikan dalam masa kurang empat
tahun," komen beliau lagi.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Pictu! re


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke