Berapa ahli parlimen kita tahun 2003
Monday, August 12 @ 15:53:07 MYT


Min Aina Ila Aina
Oleh Subky Latif
Dalam tahun 1955 negara kita memilih 52 orang Ahli Majlis Persekutuan yang
setaraf dengan Anggota Dewan Rakyat. Dalam tahun 1959, pilihan raya pertama
selepas merdeka atau pilihan raya pertama memilih Ahli Dewan Rakyat, kawasan
pilihan raya digandakan menjadi 104.

Setelah Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian dari Malaysia, maka bilangan
Ahli Dewan Rakyat pada tahun 2002 ialah 194. Sekarang Suruhanjaya Pilihan
Raya yang dipimpin oleh Dato' Nik Abdul Rashid Abdul Rahman mencadangkan
supaya ditambah 25 kerusi lagi.
Parlimen tidak keberatan untuk meluluskannya untuk menjajdi 219 memandang
kerajaan mempunyai majoriti yang cukup untuk meminda perlembagaan termasuk
merombak persempadanan kawasan pilihan raya.
Perlembagaan memperuntukkan! betapa persempadanan baru boleh dibuat tiap-tiap
sepuluh tahun. Rombakan itu atau menambah bilangan kerusi itu tidak wajib
tiap-tiap sepuluh tahun. Tetapi ia boleh dilakukan.
Yang menarik kerajaan Barisan Nasional, dulunya Perikatan, menjadikan amalan
untuk membaharui sempadan pilihan raya tiap-tiap sepuluh tahun. Justeru itu
dalam masa kurang dari 50 tahun ia berkuasa ia telah menambah kawasan
pilihan raya dari 52 kepada 194 dan dalam masa beberapa bulan lagi ia diduga
menjadi 219.
Pertambahan dari 52 kerusi dalam tahun 1955 kepada 104 dalam masa lima tahun
iaitu tahun 1959 adalah suatu yang sedang diterima memandangkan pilihan raya
tahun 1955 itu dibuat sebelum merdeka dan yang kemudiannya selepas merdeka.
Majlis Perundangan Persekutuan yang dibentuk tahun 1955 itu tidak dianggotai
sepenuhnya oleh wakil yang dipilih. Hampir separuh lagi ahli majlis itu
dilantik oleh Pesuruhraya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Sebuah negara
yang m! erdeka bertanggungjawab membentuk sebuah parlimen yang ahlinya
dipilihan seluruhnya oleh rakyat.
Maka Parlimen yang pertama itu telah ditegakkan dengan 104 anggota. Rasional
tambahan kerusi atau rombakan sempadan kawasan pilihan raya itu ialah
pertambahan penduduk dan pengagihan supaya satu-satu kawasan itu tidak
terlalu ramai penduduk dan pengundinya dibandingkan dengan kawasan lain.
Tetapi rakyat akan bertambah dari semasa ke semasa. Jika logik itu hendak
dipakai, maka SPR akan mereceh kawasan pilihan raya itu setiap kali genap
sepuluh tahun. Justeru itu kita telah saksikan dalam masa kurang dari 50
tahun wakil rakyat yang terpilih untuk lebel nasional bertambah seramai 157
orang.
Pertambahan ketaranya ialah peralihan dari Majlis Perundangan Persekutuan
kepada Dewan Rakyat dan yang kedua kerana Sabah dan Sarawak menyertai
Malaysia.
Oleh kerana kita tidak menduga sepandan Malaysia akan dirombak kepada lebih
luas, maka tidak mungk! in ada pertambahan mendadak lagi selepas ini. Tetapi
rombakan sempadan tetap akan berlaku selagi negara ini diperintah oleh
Barisan Nasional. Ia merasa terpanggil untuk memenuhi peruntukan yang
dibenarkan oleh perlembagaan itu.
Tetapi sampai berapa lama dan hingga ramai mana? Kalau tempoh 50 tahun yang
pertama ia bertambah seramai 157 kawasan menjadi 219 kesemuanya, maka ramai
mana pula ahli Dewan Rakyat dalam tempoh menjelang seratus tahun akan
datang?
Kalau pertambahan yang akan diluluskan dalam sidang parlimen akan datang
dianggarkan 25 orang, apakah pertambahan setiap sepuluh tahun akan datang
akan kurang dari 25 orang? Kalau tambahan itu ditetapkan 25 orang setiap
kali, maka menjelang abad akan datang pertambahan itu dianggarkan 225 orang.
Dicampurkan dengan 219 yang ada menjelang pilihan raya akan datang, maka
ahli Dewan Rakyat dalam tahun 2999 akan menjadi 444 orang.
Dan kalau UMNO terus menjadi tulang belakang kerajaan hingga! hari kiamat,
maka tidak tahu hendak diduga ramai mana pula ahli parlimen ketika itu.
Saya tidak bercadang supaya peruntukan perlembagaan itu dipinda, tetapi
setiap ketua kerajaan selepas yang tua ini hendaklah mentafsirkan peruntukan
perlembagaan suatu yang mesti dirombak setiap sepuluh tahun sekali, tetapi
ia adalah kemudahan jika ia benar-benar diperlukan.
Kita tidak mahu dalam masa seratus tahun akan datang bilangan ahli parlimen
Malaysia jauh lebih ramai dari Anggota Majlis Pemesyuaratan Rakyat Indonesia
sedang negara dan rakyatnya jauh lebih besar. Atau bilangan itu menjelang
kiamat mengatasi anggota Kongres Amerika.
Agaknya ini satu lagi keunikan Malaysia.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke