Pas cadang SPR tambah 5 kerusi Parlimen –Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU, Selasa 13 Ogos - Pas akan mengemukakan bantahan rasmi
kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana tidak menambah satu pun kerusi
Parlimen di negeri-negeri yang parti itu mempunyai pengaruh yang kuat.
Pengerusi Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata dalam
bantahan itu, Pas akan mengemukakan cadangan kepada SPR agar menambah lima
kerusi Parlimen bagi tiga buah negeri yang menjadi kubu kuat parti itu iaitu
Kedah, Kelantan dan Terengganu.
"Pas akan cadangkan agar SPR menambah masing-masing dua kerusi Parlimen di
Kedah dan Terengganu dan satu di Kelantan," katanya kepada pemberita pada
persidangan media di sini, Selasa.
Beliau berkata bantahan itu akan dikemukakan kepada SPR dalam masa terdekat
untuk dikaji sebelum syor persempadanan semula kawasan pilihan raya yang
dikeluarkan SPR itu dibentangkan di Parlimen.
Mustafa yang juga Naib Presiden Pas, berkata Pas juga meminta SPR menimbang
dua faktor penting dalam proses pembahagian kawasan pilihan raya iaitu
purata pengundi berdaftar dan kelebihan kawasan luar bandar yang mempunyai
penduduk yang tidak ramai tetapi kawasan yang luas.
Beliau berkata daripada aspek kelebihan luar bandar, Terengganu juga
mempunyai kawasan luar bandar yang luas seperti Hulu Terengganu dan Kemaman.


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke