Berita // News : Dasar
Halau Pendatang Asing: BN Terpaksa Telan Hempedu, Terima Hakikat
hold=0>
Wednesday, August 14, 2002 - 12:15 AM GMT



Kerajaan BN
pimpinan UMNO dilaporkan akan menanggung malu besar tidak lama lagi kerana
terpaksa 'menjilat kembali ludah' mengenai dasarnya menghalau pendatang
asing dari Indonesia, yang selama ini menjadi nadi industri pembinaan
negara. pemuda-keadilan.org dimaklumkan bahawa JK Kabinet Mengenai
Pendatang Indonesia, yang dipengerusikan oleh bakal Perdana Menteri Abdullah
Badawi sendiri, akan membuat kenyataan secara senyap-senyap yang akan
membenarkan semula ! pekerja Indonesia memasuki negara ini. Perkara ini
turut dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan dan luar negara. Malah, 'orang
kuat' Perdana Menteri Aseh Che Mat hanya mampu berkata 'no comment' apabila
ditanya mengenai perkara ini, dipercayai kerana bimbang pengesahannya akan
membawa malu kepada kerajaan BN. Sebelum ini, kerajaan BN mengerahkan
segala tenaga pihak berkuasa untuk menghantar ribuan pendatang asing ke
Indonesia. Dasar tergesa-gesa itu - seperti juga dasar tergesa-gesa BN yang
lain - mendapat kecaman meluas di serata dunia, terutamanya berikutan
laporan layanan kasar dan zalim pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang
Indonesia. Malah, bekas Perdana Menteri meletakkan hubungan diplomatik
Malaysia-Indonesia dalam keadaan tegang apabila secara sombongnya menolak
rayuan Presiden Megawati sendiri supaya dasar tergesa-gesa itu dikaji
semula. Walau bagaimana pun, tidak sampai dua minggu dasar itu
dilaksanakan, kerajaan mendapati ! bahawa hampir 90% projek pembinaan di
negara ini lumpuh kerana ketiadaan buruh mahir dari Indonesia. Sebelum
ini, hampir 100% sektor pembinaan besar - termasuk projek mega tajaan BN -
mengambil buruh mahir Indonesia sebagai pekerja. Satu laporan yang
dikeluarkan oleh sebuah persatuan pemaju perumahan juga memberi amaran
kepada kerajaan bahawa tindakan tergesa-gesa itu akan menyebabkan harga
rumah naik di antara 5 % hingga 10%. Dipercayai, kabinet terpaksa menelan
hempedu menarik balik keputusan dan kata-kata keras yang dibuat dua minggu
lalu, kerana sedar implikasi besar kepada negara. Namun, policy reversal
yang memalukan itu dijangka akan cuba dibisukan oleh media perdana.
Keadilan berulang kali menyeru kerajaan supaya bertindak lebih berhemah
mengenai pendatang asing, kerana sumbangan mereka kepada pembangunan negara
sendiri.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application! /x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke