*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nak ucapkan selamat datang kembali kepada ilmuan
penyabar macam sdra Abd Jamil Lam ni.  Kerana
nak dengar hujjah bernas menangkis hentaman kepada
ulama2, jarang2 ada.  Oleh kerana jarang2, maka
terpaksalah hentaman dibalas dengan cara yang
sewajarnya supaya ianya tak berleluasa - itu saja
kederat yg ada.

----- Original Message ----- 
From: Abdul Jamil Lam 
To: [EMAIL PROTECTED] 
Sent: Monday, August 19, 2002 1:39 PM
Subject: H-Net* Pertahankan Tauhid Dan Aqidah
Islam

Assalamualaikum wmt. wbt. 
Saya merasa terpanggil untuk menulis di ruang
ini, walaupun agak lama juga tidak aktif.

Terpanggil kerana ada isu yang berkaitan TAUHID
dan AQIDAH diperbahaskan secara bertali arus oleh
media massa dan beberapa Ulama’ yang menjadi
penyambung lidah syaitan dan dajal (menggunakan
istilah Tuan Hj. Abd. Ghani Samsudin).

Isu “Allah lebih samseng dari segala samseng
-samseng!” yang dipopularkan oleh Tuan Guru Dato’
Nik Abdul Aziz, sudah lama menjadi perhatian
saya. Dan rumusannya saya begitu faham, tahu dan
begitu menghayatinya maksud hakiki di sebalik
istilah tersebut. Lantas daripada itu saya
MEMBENARKAN segala apa yang diperkatakan oleh
Tuan Guru.

Beliau menggunakan pendekatan ilmu tauhid /
usuluddin yang merupakan sebahagian daripada Ilmu
KETUHANAN (yakni tasauf). Tafsiran
mengikut “musyakalah”.

Saya tidak akan menghuraikannya lagi, kerana
segala jawapannya sudah diperjelaskan di dalam
dada-dada akhbar, kuliah dan ceramah oleh Tuan
Guru sendiri dan Yang Dipertua PUM. Mereka
lebih “authority” daripada saya yang hanya insan
biasa.

Sebab itu saya sebelum ini selalu menekankan agar
kembali kepada mempelajari dan menghayati ilmu
ketuhanan ini. Hanya dengan cara ini sahaja kita
akan dapat lebih “mengenali dan mengabdikan diri”
kepada PENCIPTA!

Itu baru sikit Tuan Guru Nik Aziz “melatah”!
Samalah juga dengan “melatah”-nya Mansur al
Hallaj dengan pengucapan “Ana’l Haq” (Akulah
YangBenar)!

Hakikatnya, orang yang menyatakan tentangan
terhadap pengucapan Tuan Guru Nik Aziz itu
(berkenaan isu Allah Samseng) mereka adalah
PENDUSTA AGAMA! Atau inilah yang dikatakan “jahil
wara’”. Belajar ilmu tauhid, tetapi tidak belajar
habis-habisan… tidak betul-betul tahqiq dengan
pengisian sebenar yang ada di dalam ilmu tersebut.

Kenyataan ini samalah dengan orang-orang yang
menentang jalan KESUFIAN!

Ramai dikalangan kita ini, hebat-hebat belaka
ilmu mereka..lulusan Azhar, Texas, Harvard,
Jordan dan entah apa-apa lagi lulusan.
Tetapi “mandul ilmu”! Sebab apa??? Sebabnya ilmu
yang dituntut itu tidak diamalkan (praktik)!
Macam mana ilmu itu nak beranak (bercambah)???

Akibatnya, timbullah tafsiran-tafsiran yang
sempit dan hujjah-hujjah yang malang. Menghukum
orang lain atas kapasiti ilmu orang itu tidak
sehaluan dengan kehendak ilmu mereka yang kaum
menentang ini. Inilah masalah yang paling besar
berlaku sejak dari dahulu lagi. Di zaman-zaman
Sahabat dan ahli Sufi.

Berbalik kepada persoalan kenyataan Tuan Guru Nik
Aziz tersebut, kepada rakan-rakan yang meminta
pandangan saya; secara peribadi saya MEMBENARKAN
tentang apa yang diucapkan beliau (Allah Samseng)
dari sudut musyakalah! Ini kenyataan peribadi
saya. Jikalau ada rakan sealiran yang
tersinggung, saya minta maaf!

Saya MEMBENARKAN bukan atas dasar kapasiti Dato’
Nik Aziz sebagai seorang TUAN GURU atau Mursyidul
Am PAS! Tatapi atas dasar KEBENARAN ilmu Allah
yang dihidupkan beliau, dizahirkan beliau dan
ditajallikan beliau!

Zaman sekarang bukan zaman yang perlu kita sorok
sorokkan kebenaran tentang ilmu Allah ini.
Kena “open” habis!

Zaman HIDUPKAN ILMU, ZAHIRKAN ILMU DAN TAJALLIKAN
ILMU!

Tetapi tidak semudah itu! Jadi, pelajari dan
tuntutlah ilmu Ketuhanan selagi hayat dikandung
badan!

Seperkara lagi, ketika ini sedang
berlangsungnya “Seminar Antarabangsa Dakwah Dan
Tariqat Tasawwuf” dari 17-19 Ogos, 2002 (hari ini
merupakan acara terakhir). Anjuran Jab. Mufti
Negeri Sembilan Darul Khusus dan Majlis Agama
Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama Fakulti
Pengajian Islam, UKM.

Para pembentang kertas kerjanya terdiri daripada
beberapa ahli akademik dan organisasi yang
terlibat secara langsung dalam aspek dakwah dan
tariqat tasawwuf daripada pelbagai negara.

Interesting juga seminar ini. Lebih interesting
lagi jikalau penentang tariqat atau kesufian
menghadiri majlis seminar ini. Dari situ mereka
boleh bersoal jawab secara langsung tentang apa-
apa yang mereka begitu jahil!

Fikirkan dan renungkanlah Firman Allah Ta’ala
yang bermaksud :

“Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang
berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan
padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis
tanaman serta pohon-pohon tamar yang berumpun dan
yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air
yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya
dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa,
dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi
orang-orang yang (mahu) berfikir serta
memahaminya.”

[Al-Rad : 4]

Wallahu ta’ala a’lam…….

Al-Fakir Ilallah – Abdul Jamil Lam Al-Qadiri



-- 
__________________________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "buku lima" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke