Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Hrkh) - Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) kesal
terhadap Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohammad serta pihak media
kerana memfitnah PUM yang membela Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik
Abdul Aziz Nik Mat.

Yang DiPertua PUM,Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dalam kenyataan akhbarnya
menegaskan bahawa sebagai Perdana Menteri, Mahathir perlu berlaku adil dan
merujuk kaedah-kaedah berfikir yang saksama dalam menyelesaikan isu 'Tuhan
Samseng' sepertimana yang digembar-gemburkan dalam media saban hari.
Katanya, sejarah dan pembawaan orang seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz perlu
diambil kira dan ditelaah secara objektif.
Katanya,Tuan Guru adalah seorang ulama muktabar yang sudah berpuluh-puluh
tahun berdakwah dan mengajar umat Islam supaya mematuhi undang-undang serta
ajaran Allah Yang Esa.
PUM b! erkata, tidak pernah ada hukuman dan penghakiman sebelum ini yang
mensabitkan bahawa Tuan Guru adalah pencaci Tuhan atau berkelahi dengan
Allah oleh mana-man mahkamah dan individu ulama' yang adil dan berwibawa.
Sifat warak Tuan Guru dan komitmen yang kental untuk membela agama melalui
wadah politik adalah suatu bukti iltizamnya terhadap memperkasakan gerakan
menyebarkan risalah Allah.
Menurut Ustaz Abdul Ghani lagi, amal ibadat peribadi Tuan Guru seperti
solat, zikir dan bertasbih memuji Allah siang dan malam bukan satu rahsia
bagi rakyat Kelantan dan Malaysia amnya.
Dalam umur beliau yang lanjut, katanya, cabaran dan kesukaran terhadap
belajar dan mengajar ke arah mempertahankan Allah serta Islam.
Motif beliau dalam mengungkapkan sesuatu berkenaan Allah tentulah dapat
dipertanyakan kepada beliau sendiri.
"Mengapa media massa tidak beri peluang kepada tuan guru untuk menjawab
persoalan yang dibangkitkan dan ucapan beliau ketika meng! ajar mengenai makna
nama-nama Allah.
Seterusnya PUM menyelar tindakan sembrono dan tidak adil oleh media massa
dengan tidak berlandaskan ilmu, menyelami niat sebenar kata-kata ulama yang
harus dihormati.
Mengenai tanggapan bahawa PUM lebih sesuai menjadi sebuah cawangan PAS, PUM
ingin menegaskan bahawa perspektif dan pandanagn PUM adalah berlandaskan
kepada faktor yang telah disebutkan.
Ustaz Ghani menegaskan PUM sebenarnya adalah badan dakwah yang bebas yang
menyokong usaha-usaha memartabatkan islam contohnya cadangan kerajaan untuk
menggunakan mata wang Islam Dinar dan Perak pada tahun 2003.
Mengenai keengganan pihak tertentu mengiktiraf PUM sebagai badan Ulama'yang
sebenar, PUM tidak terkilan atau tidak terjejas kerana penafian yang mereka
buat laksana penafian orang buta terhadap wujudnya matahari.
PUM menyeru kepada pemimpin politik Melayu agar merujuk kepada sumber
Al-Quran dan Ulama' Muktabar dalam mencari pandangan syarak ! terhadap sesuatu
isu.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke