Saksi utama kes selak kain beri keterangan bercanggah
Saturday, September 28 @ 22:53:44 MYT


oleh HELMI KHALID
ALOR SETAR, 28 Sept (Hrkh) - Perbicaraan kes dakwaan 'selak kain Abdul Razak
Abbas' bermula di Mahkamah Majistret Alor pagi tadi dengan saksi pertama
pendakwa, Yusnita Romli, 27 tahun, memberikan keterangannya tetapi enggan
mengesahkan beberapa perkara penting di mahkamah.

Yusnita tidak menjawab apabila disoal balas oleh peguam Abdul Razak Abas,
Karpal Singh berhubung tujuan dia ke Kampung Pondok Chegar, Pantai Johor
iaitu tepat yang didakwa berlakunya kes selak kain pada 11 Julai lalu.
Yusnita yang berasal dari Kampung Seberang Pantai Johor, dekat sini yang
bekerja sendiri sebelum itu telah memberikan keterangan di Mahkamah
Majistret 2 Alor Setar dan mengakui telah melihat kemaluan Abdul Razak
bersama seorang lagi rakannya, Che Gayah Abu Bakar.
Perbicaraan dilangsungkan di hadapan Majistret, Mohd. Redzuan Abdu! llah.
Karpal: Kejadian ini berlaku di depan rumah atau bila awak sampai di rumah
itu?
Yusnita: Saya lalu depan rumah.
Karpal: Bukan untuk rayu undi?
Yusnita: Bukan.
Karpal: Awak tak terlintas langsung untuk rayu undi di rumah itu?
Yusnita: Tidak.
Karpal: Laporan polis awak menyebut, sampai di rumah itu untuk rayu undi?
Mana satu benar, laporan polis atau jawapan awak tadi? Ada perbezaan apa
yang awak kata.
Yusnita: (terdiam)
Karpal: Adakah perkataan (keterangan) ini tak tepat?
Yusnita: (terus mendiamkan diri)
Karpal: Sanggup jawab atau tak jawab?
Yusnita: Saya tak mahu jawab soalan itu.
Dalam keterangan sebelum itu di mahkamah, Yusnita memberitahu dia dan Che
Gayah ke kampung itu untuk menghantar 'handbill' yang tercetak nama serta
saluran mengundi kepada pengundi di situ manakala dalam laporan polis yang
juga menjadi bahan bukti mahkamah bertanda P1 dia menyebut pergi ke kampung
itu untuk merayu undi.
Menurut la! poran polis, Yusnita mendakwa dia pergi semula ke tempat kejadian
bersama pihak polis selepas membuat laporan dan memberikan keterangan,
laporan dibuat pada jam 7.20 malam pada 11 Julai lalu.
Bagaimanapun Yusnita tidak dapat memberikan jawapan yang tepat tentang waktu
dia dan pihak polis pergi ke tempat kejadian untuk mengambil gambar
sekalipun beliau telah menyatakan bahawa dia membuat laporan polis pada jam
7.20 petang, selepas dari itu baru beliau bersama pihak polis ke tempat
kejadian untuk mengambil gambar.
Karpal: Pukul berapa awak ke sana (ke tempat kejadian bersama polis)?
Yusnita: Saya tak pasti.
Karpal: Tengahari?
Yusnita: Tak pasti.
Karpal: Petang?
Yusnita: Tak pasti.
Karpal: 6.30 petang?
Yusnita: Tak pasti.
Perbicaraan ini mendapat perhatian hangat, kamar mahkamah penuh sesak dan
lebih seratus yang lain termasuk muslimat sabar menunggu perbicaraan di luar
kamar mahkamah.
Turut hadir dalam perbicaraan ini te! rmasuk, Exco Kerajaan Terengganu, Tun
Salleh Abbas yang juga bekas Ketua Hakim Negara, Exco Kerajaan Kelantan,
Takiyuddin Hassan, Setiausaha Perhubungan Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh,
Adun Bukit Raya, Mohd. Taulan Rasul yang juga peguam dan Bendahari PAS
Kedah, Adun Air Hitam, Abdul Ghani Ahmad (Peguam Syariah), pimpinan PAS
beberapa Kawasan serta ahli dan penyokong PAS.
Sementara itu, saksi juga memberikan keterangan yang bercanggah berkait
dengan laporan kepada bapanya.
Dalam soal balas oleh Karpal, Yusnita memberitahu selepas membuat laporan
polis, dia masih belum memberitahu kepada bapanya mengenai kejadian itu dan
dia juga mengakui agak sudah lama tidak bertemu bapanya.
Karpal: Ada cerita pada bapa awak lepas buat laporan polis?
Yusnita: Tidak lagi.
Karpal: Bila cerita, bila jumpa?
Yusnita: Lama tak jumpa bapa, tak pasti, jumpa datang ke balai polis (Anak
Bukit) kali kedua, tak pasti bila.
Karpal: Apa awak cerita pada bap! a awak?
Yusnita: Cerita ada orang selak kain pada saya.
Karpal: Itu saja?
Yusnita: Ya, itu saja.
Karpal: Adakah bapa awak ambil apa-apa tindakan pada orang itu?
Yusnita: Tak tahu.
Dalam keterangan sebelum itu, Yusnita mengayatakan bahawa beliau datang
semula ke balai berkenaan pada malam itu juga untuk mengenalpasti tertuduh
yang sedang berada dalam sebuah bilik bersama seorang lelaki lain di balai
yang sama.
Manakala jawapannya kepada Timbalan Pendakwaraya pula tidak sama seperti
yang diakui dalam soal balas Karpal.
Abdul Razak Musa: Pada malam itu, awak beri keterangan, lepas itu ke tempat
kejadian, lepas itu ke mana?
Yusnita: Ke bilik gerakan, lepas itu ke balai semula.
Abdul Razak Musa: Awak cerita pada ayah awak pada malam itu juga, sebelum ke
balai?
Yusnita: Ya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do yo! u Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke