*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mana satu betul???

Sebelum ini Mahathir kata segala salah laku atau penyelewangan perlu
dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin parti, jangan buat
lapuran polis (sila lihat point #1 dibawah).

Kemudian Elly buat lapuran kepada lembaga disiplin umno sebagaimana yang
disarankan oleh Mahathir (sila point #2).

Kemudian Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen,
penyelewangan bukan dalam bidang kuasa lembaga tetapi dalam bidang kuasa
polis!!! (sila lihat point #3 dibawah).

Fening! Fening!



1)
Dipetik dari Utusan 14-Sept-2002 mengenai komen Mahathir dalam ruangan
bertajuk "UMNO tidak mahu individu salah guna dana jadi pemimpin":

Bagaimanapun, beliau menegaskan, sebarang aduan mengenai dakwaan salah laku
atau penyelewengan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan
Disiplin parti.
``Dalam UMNO kita KITA TIDAK BUAT LAPORAN POLIS. Laporan hanya dibuat kepada
Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin. Saya fikir dia tidak faham apa yang
(dia) dibuat,'' kata Dr. Mahathir lagi.
 
2)
Utusan 15-Sep-2002 dalam ruangan bertajuk "Elly akan kemuka aduan kepada
Jawatankuasa Disiplin parti":

Menurutnya, tindakan itu bagi menyahut saranan Presiden parti, Datuk Seri
Dr. Mahathir Mohamad supaya sebarang aduan mengenai dakwaan salah laku atau
penyelewengan dikemukakan kepada jawatankuasa berkenaan.

``Sebagai orang baru (dalam parti), kita tak tahu kepada siapa hendak pergi
(mengadu). Kita ingatkan kalau isu penyelewengan adalah jenayah dan mesti
dilaporkan kepada polis.

``Dengan adanya kenyataan Presiden ini, saya sendiri akan hantar laporan
kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin,'' katanya ketika dihubungi di
sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir semalam bahawa parti boleh
menjalankan siasatannya sendiri walaupun laporan polis mengenai dakwaan
penyelewengan dalam Puteri telah dibuat.

Perdana Menteri juga menegaskan, mengikut tradisi UMNO, laporan hanya dibuat
kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin, bukannya kepada polis.


3)
Di petik dari Berita Harian 11-Okt-2002 dalam ruangan yang bertajuk "Lembaga
Disiplin tiada kuasa siasat Azalina":

KUALA LUMPUR, Jumaat - Lembaga Disiplin Umno tidak akan menyiasat sebarang
tuduhan salah laku serta penyelewengan yang didakwa dilakukan Ketua Penaja
Puteri Umno, Azalina Othman, kerana bukan di bawah bidang kuasa lembaga itu.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, berkata
lembaga itu hanya berkuasa menyiasat dan menjatuhkan hukuman terhadap ahli
yang melanggar etika parti.

"Segala tuduhan salah laku dan penyelewengan wang tabung digolongkan sebagai
pecah amanah yang terletak dalam bidang kuasa polis," katanya pada sidang
akhbar di ibu pejabat Umno di sini, hari ini. 



_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke