Istilah KMM gamatkan Dun Kelantan
Tuesday, October 22 @ 19:10:15 MYT


KOTA BHARU, 22 Okt (Hrkh) - Istilah KMM menggamatkan persidangan Dewan
Undangan Negeri Kelantan petang ini, apabila ia diberi tafsiran baru oleh
Haji Shukri Abdul Rahman (PAS - Kadok).

Beliau menjelaskan KMM adalah ringkasan daripada perkataan Kerana Mu
Malaysia dan bukan Kumpulan Militan Malaysia yang sering disebut sebelum
ini. Beliau menyebut perkataan itu ketika membahas ucapan menjunjung kasih
pada persidangan Dun, sesi petang hari pertama.
Ekoran itu, Ustaz Hassan Mahmood (PAS - Tawang) bangun mencelah meminta
memberi tafsiran yang jelas mengenai KMM. "Saya hanya tahu KMM ialah Kerana
Mu Malaysia dan maksud lain saya tidak pasti," katanya.
Ucapannya seringkali diganggu Adun-Adun kerajaan lain, sehingga beliau
terpaksa banyak memberi laluan kepada mereka untuk mendapatkan penjelasan.
Bagaimanapun pada sesi itu, hanya seorang sahaja wakil rakyat B! arisan
Nasional (BN) yang hadir iaitu, Saufi Deraman (BN - Galas). Seorang lagi
Adun BN, Norzula Mat Diah (Paloh) tidak kelihatan.
Wakil rakyat BN tersebut tidak mengambil peluang langsung untuk meminta
laluan dan mengemukakan soalan tambahan pada sesi petang ini.
Haji Shukri berkata, kerajaan PAS sering ditekan oleh pihak lawan sehingga
mereka sanggup memperalatkan sebuah stesen televisyen, bagi memaparkan kisah
kehidupan penduduk miskin di Kadok.
Katanya, segmen Kelantan Dalam Gerhana yang disiarkan oleh stesen televisyen
berkenaan sebelum ini sebenarnya cuba mengelirukan keadaan sebenar dengan
menuduh kerajaan PAS tidak mengambil berat kehidupan rakyat.
"Sedangkan orang diwawancara oleh televisyen berkenaan di Kadok sebelum ini
mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.
Haji Buni Amin Hamzah (PAS- Salor) mencadangkan kerajaan negeri mewujudkan
projek pertanian berskala besar bagi merealisasikan Kelan! tan sebagai negeri
pertanian.
Katanya, ladang yang diwujudkan secara sistematik akan menggambarkan
Kelantan sebagai negeri jelapang makanan. Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman
(PAS - Kemahang) berkata, pembesaran landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra di Pengkalan Chepa dianggap perlu bagi memesatkan lagi pembangunan di
negeri ini.
"Terminal baru yang ada sekarang sudah canggih, namun landasannya masih
lama. Ini seolah-olah menggambarkan 'nasi masak, periuk pecah," katanya.(MJ)
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke