Tergamak Zahid Hamidi menyindir Anwar
Monday, October 21 @ 12:07:27 MYT


MIN AINA ILA AINA
Oleh Subky Latif
DATO' Zahid Hamidi, Anggota Parlimen Bagan Datoh menyanggah panjang lebar
dalam sikap anti pembangkangnya teristimewa Belanjawan BA 2002 yang
disampaikan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen.

Pandangan Zahid itu terpapar di akhbar, dipercayai adalah hujahnya
membahaskan Bajet 2002 yang kerajaan bentangkan. Zahid akhir-akhir ini
jarang menulis. Jadi apa istimewanya ucapan Zahid disiarkan penuh? Selain
dari ucapannya, hanya ucapan Menteri Kewangan saja yang disiarkan penuh.
Seperti Anggota Parlimen BN lain, Zahid Hamidi ada hujah, tetapi hujahnya
disiarkan penuh.
Bagi Zahid, Ketua Pembangkang kerana sifatnya pembangkang sengaja
menghuduhkan apa saja yang kerajaan buat, tidak kira baik atau sebaliknya.
Ertinya pembangkang di Malaysia ini tidak bernilai.
Logiknya, Zahid Hamidi membela bajet Dr. Mahathir bukan kera! na dia penyokong
BN, tetapi dia adalah rasional. Jika diandaikan Zahid jadi pembangkang dia
adalah berbeza dengan Dato' Fadzil Noor, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Dr.
Wan Azizah Ismail. Lebih dari itu beliau tidak juga seperti Anwar Ibrahim.
Belanjawan BA itu adalah disepakati oleh pemimpin-pemimpin BA. Dasar BA
adalah mencerminkan dasar Anwar Ibrahim juga. Dan apakah Anwar tidak
mengetahui apa yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang?
Yang jelas isteri Anwar bertanggungjawab sama atas belanjawan BA itu. Isteri
Anwar adalah ganti galang Anwar.
Kata Zahid, Ketua Pembangkang patut didakwa jika ada kes, mengikut OSA
kerana rangka belanjawan pembangkang itu dikatakan dibuat atas maklumat
pegawai kerajaan. Ada kemungkinan ia melanggar OSA.
Jika ditakdirkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi didapati bersalah, maka beliau
dipenjarakan. Maka senasiblah dia dengan Anwar.
Senangkah Zahid jika ketua pembangkang berada bersebelahan dengan bilik
Anwar! ? Jika ada yang senang dengan ketua pembangkang menerima nasib itu,
maka senang jugakah mereka itu dengan memenjarakan Anwar?
Sekian ramai orang yang berketuakan Anwar. Antara mereka terkenal dan
berpangkat ialah ditakdirkan kerana Anwar juga. Mereka menyokongnya dan ada
mereka yang fanatik dengannya.
Zahid berada dalam politik yang terkenal secara mendadak dan kaya raya ada
hubungannya kerana menjadi orang Anwar. Terpelanting dari Ketua Pemuda UMNO
pun kerana dipercayai orang Anwar. Dan perang terbuka antara Anwar dan Dr.
Mahathir pun adalah atas ucapan terbuka Zahid yang mengecam pimpinan
kerajaan mengamalkan kroni, korupsi dan nepotisma. Ketika itu dia adalah
ketua Pemuda UMNO.
Zahid menjadi mangsa kekejaman ISA beberapa minggu pun kerana dia adalah
orang Anwar. Memang orang yang pernah menjadi orang Anwar dan yang fanatik
dengan Anwar menghadapi kepayahan. Tetapi itulah risiko dalam perjuangan
apabila seseorang itu berjuang bersa! ma-sama dengan orang seperti Anwar.
Sehuduh-huduh Hang Jebat mati mempertahankan Hang Tuah dan sampai mati di
tangan Hang Tuah kerana setiakan Hang Tuah. Agaknya bodoh jadi macam Hang
Jebat?
Antara yang setiakawan dengan Anwar dulu dipercayai masih bersama Anwar
walaupun dilihat bersama Dr. Mahathir. Lain di mata lain di hati, lain di
dalam lain di luar.
Tetapi yang di dalam menderita; makankah tak makankah; kesakitankah;
terpisah dengan anak dan isteri; terhina dan kesunyian. Lebih dari itu
adalah penderitaannya atas orang yang menjadi orang-orangnya kini
bersama-sama ceria dengan orang yang melemparnya ke penjara.
Zahid logiknya rasional membela bajet dan kerajaan; dia menyelar BA dengan
belanjawannya. Tidakkah secara rasional tadi Zahid sudah menyindir Anwar?
Anwar tidak terlepas langsung dari belanjawan Ustaz Hadi.
Saya tidak rapat dengan Anwar dan tidak pula jauh dengannya. Saya lalu
makan, Anwar belum tentu lalu makan. Saya ! dapat bersama anak dan isteri,
Anwar tidak dapat bersama anak dan isteri. Kadang-kadang tengah makan
teringat Anwar, saya makan juga tetapi dapatkah Anwar makan macam saya.
Kadang-kadang ketika riang bersama anak dan isteri teringatkan Anwar yang
terpisah dari anak dan isteri. Dia tidak mamcam saya masa itu. Saya tidak
rapat dengannya tetapi tidak jauh.
Bagaimana orang yang sentiasa bersama Anwar? Lalukah mereka makan ketika
Anwar tidak dipastikan lalu makan atau tidak lalu makan. Mereka makan di
gedung dan di restoran, Anwar makan sendirian di penjara. Lalukah mereka
makan?
Makanlah! Tetapi tergamakkah mereka menyindir Anwar?
Memadai dalam tulisan ini saya tidak menghujah hujah-hujah Zahid dalam
akhbar anti pembangkang itu, saya cuma menghujah sikapnya. Biarlah hujahnya
itu diucapkan oleh orang lain.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke